5. Power bank untuk si ayah yang bergerak aktif
Dia selalu bekerja atau aktif bersukan sehingga terlupa mengecas telefon? Cuba belikan power bank untuk memudahkan mereka mengecas telefon bimbit!
6. Belikan jam tangan bila hari bapa!
Jam tangan merupakan hadiah yang tidak lapuk sepanjang zaman. Ia klasik, tahan lama dan amat sesuai dijadikan hadiah untuk insan yang kita kasihi. Belikan mereka sepasang jam tangan yang sesuai dengan gayanya. Jika tidak pasti, anda boleh tanya ibu untuk rekomendasi!
7. Ada bajet besar? Belikan telefon bimbit baharu!

Kalau anda ada bajet besar sempena hari bapa, cuba belikan telefon bimbit baharu! Disebabkan teknologi berkembang dengan sangat pesat dan pantas, besar kemungkinan telefon bimbit yang digunakan bapa sudah outdated.
Jadi, telefon pintar baharu mungkin merupakan hadiah yang terbaik untuk diberikan bila hari bapa tiba nanti. Lepas ni, bolehlah ajar ayah cara untuk melakukan panggilan video!
8. Kad hari bapa tulisan tangan
Inginkan sesuatu yang lebih peribadi? Cuba hadiahkan orang tersayang anda kad hari bapa tulisan tangan. Kumpulkan semua ahli keluarga dan tuliskan ucapan ringkas untuk si bapa. Kemudian, bolehlah potong kek sama-sama! Pasti mereka akan ingat sambutan hari bapa ini sampai bila-bila.
9. Ajak makan malam bersama
Jika anda tidak mempunyai bajet yang besar, cukuplah sekadar mengajak ayah dan ahli keluarga yang lain makan malam bersama-sama. Lagipun, siapa yang tidak suka makan bukan? Jadi, cuba bawa ayah makan di tempat kegemarannya. Pasti ayah akan suka!
Baca juga:
10. Buat sesuatu yang ayah sukai bersama-sama

Jika anda langsung tiada idea mengenai hadiah hari bapa, apa kata ajak ayah untuk lakukan aktiviti kegemarannya bila hari bapa tiba. Anda dan ahli keluarga boleh pergi bercuti, memancing, berbasikal atau mendaki gunung!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen