Pelebaran serviks diperlukan untuk proses kelahiran faraj, namun ada kalanya ia tidak seperti yang diharapkan. Jadi ini cara mempercepat pembukaan serviks bagi melahirkan anak yang boleh bakal ibu cuba.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Pelebaran serviks diperlukan untuk proses kelahiran faraj, namun ada kalanya ia tidak seperti yang diharapkan. Jadi ini cara mempercepat pembukaan serviks bagi melahirkan anak yang boleh bakal ibu cuba.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Semasa mengandung, serviks akan tertutup rapat dan ia perlu dilembutkan serta terbuka untuk membolehkan bayi memasuki saluran kelahiran.
Menjelang akhir trimester ketiga, serviks biasanya akan melembut untuk memulakan proses peregangan dan melebar.
Untuk kehamilan pertama, kematangan serviks mesti berlaku sebelum fasa kelahiran aktif bermula.
Kelahiran aktif adalah kontraksi biasa, panjang dan kuat yang bertindak pada serviks.
Untuk kehamilan seterusnya, proses pelebaran dan pembukaan serviks boleh berlaku dalam masa yang sama.
Serviks yang terbuka membolehkan bayi melaluinya. Disebabkan itu, penting untuk mengamalkan cara mempercepat pembukaan serviks.
Doktor akan memeriksa pelebaran serviks (cervical dilation) pada janji temu pranatal sebelum kelahiran.
Perubahan biasanya bermula beberapa minggu sebelum melahirkan anak. Tetapi adalah normal untuk serviks tertutup hampir dengan tarikh jangkaan bersalin.
Contohnya, bagi wanita yang pertama kali hamil mungkin tidak mengalami pembukaan serviks sehingga bersalin, walaupun serviks sudah mulai menipis atau melembut sebelumnya.
Jika berlanjutan, induksi diperlukan.
Ini kerana jika proses bersalin berpanjangan, ia boleh membawa kesan negatif kepada bayi, termasuklah:
Untuk mengelakkan induksi, wanita hamil disaran untuk mencuba kaedah semula jadi melembut dan mempercepat pembukaan serviks.
Ingin merangsang dan melembutkan serviks di rumah?
Nasib baik ada cara yang boleh anda lakukan bagi membantu proses bersalin nanti, seperti:
Kebanyakan wanita hamil akan berdiri secara semula jadi dengan kaki terbuka (berbentuk V).
Tetapi meletakkan jari kaki secara selari dapat memisahkan tulang sitz – yang membuka pelvis dan ‘memujuk’ bayi ke posisi yang betul. Ini sekali gus membantu mempercepat pembukaan serviks.
Keseimbangan tubuh juga penting dalam mempercepatkan proses bersalin ini.
Cuba berdiri dengan kedudukan pinggul di atas pergelangan kaki – bukannya menekan perut. Sebaiknya amalkan untuk duduk secara menegak dan bukannya membongkok.
Menggoyang dan memantulkan (bouncing) pinggul menggunakan birthing ball dapat membuka pelvis dan berkemungkinan mempercepatkan pelebaran serviks.
Mengamalkan aktiviti berjalan kaki membuatkan bayi akan menekan rahim. Ia dipercayai membantu serviks terbuka dan melembut.
Air mani mengandungi prostaglandin yang merangsang pelembutan serviks. Mengalami orgasma dapat memicu kontraksi rahim – kedua-duanya dapat mempercepat pembukaan serviks.
Banyak kajian menunjukkan hubungan seks tidak mempercepatkan proses melahirkan anak.
Pun begitu, jika anda mempunyai kehamilan berisiko rendah dan doktor tidak menghalang kalian bersama, tiada salahnya untuk melakukan hubungan seks.
Baca juga:
Bagaimana pula dengan pemakanan, adakah terdapat makanan yang boleh membantu mempercepat pembukaan serviks untuk memudahkan proses melahirkan anak?
Walaupun terdapat banyak makanan dikatakan dapat membantu mempercepatkan kelahiran anak, namun tiada bukti saintifik yang dapat mengesahkannya.
Tetapi tiada salahnya untuk mencuba, bukan? Walau bagaimanapun, sebaiknya dapatkan rundingan doktor terlebih dahulu ya.
Memakan kurma pada minggu-minggu akhir kehamilan dipercayai dapat meningkatkan kematangan dan pelebaran serviks pada fasa awal kelahiran.
Ia juga dikatakan dapat mengurangkan keperluan penggunaan pitocin semasa bersalin. Pitocin adalah versi sintetik hormon oksitosin yang dihasilkan secara semula jadi.
Minuman herba kaya dengan zat besi, kalsium dan vitamin tidak akan menyebabkan kelahiran bayi berlaku lebih cepat.
Tetapi ia berpotensi untuk memberikan manfaat semasa proses melahirkan anak itu nanti.
Minuman teh ini membantu proses kelahiran secara spontan di samping menjadikan ia lebih mudah untuk bakal ibu.
Ibu hamil disyorkan untuk mengamalkan minuman ini – 1 atau 2 cawan sehari – bermula pada minggu ke-32.
Walau bagaimanapun, anda tidak boleh mengambilnya jika:
Kesabaran adalah sangat penting dalam proses bersalin ini dan tubuh anda mengetahui apa yang dilakukannya.
Mencuba sebarang kaedah semula jadi untuk mempercepat pembukaan serviks tiada salahnya.
Namun elakkan daripada terlalu memaksa diri dan amat dinasihatkan untuk anda mendapatkan rundingan doktor terlebih dahulu sebelum mencuba sebarang tip.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen