backup og meta

Takut Dengar Pengalaman Kena Seluk Semasa Bersalin? Ibu, Fahami Tentang Pemeriksaan Faraj!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 18/10/2022

    Takut Dengar Pengalaman Kena Seluk Semasa Bersalin? Ibu, Fahami Tentang Pemeriksaan Faraj!

    Sebelum tiba ke proses kelahiran bayi, bakal ibu perlu melalui pemeriksaan vagina. Namun ada yang mempersoalkan tentang kaedah seluk faraj itu, adakah ia perlu dilakukan?

    Pemeriksaan vagina untuk proses kelahiran bayi

    Bagi mereka yang pertama kali mengandung, pasti anda tertanya-tanya, apa itu pemeriksaan faraj, kan?

    Pada dasarnya, pemeriksaan vagina atau vaginal examination (VE) melibatkan doktor untuk memasukkan jari ke dalam vagina bagi mengetahui proses pembukaan serviks atau dalam bahasa mudah, bukaan rahim. 

    Untuk proses kelahiran bayi, serviks ibu perlu berubah daripada tertutup kepada terbuka dengan bukaan kira-kira 10 cm. Ia juga dikenali sebagai pelebaran serviks – dilating

    Pemeriksaan yang turut dikenali sebagai kaedah seluk faraj ini akan memberikan maklumat mengenai tahap pembukaan serviks.

    Ia juga membantu doktor untuk mengetahui kedudukan bahagian bayi yang terdapat di pelvis ibu.

    Pemeriksaan vagina beri kesan berbeza bagi setiap wanita

    Biasanya, pemeriksaan ini dilakukan dengan keadaan ibu hamil berbaring, seperti saat melahirkan anak. 

    Ini kerana walaupun pemeriksaan itu dilakukan untuk tempoh yang singkat, tetapi ia boleh menyebabkan ketidakselesaan pada individu.

     
    pemeriksaan vagina
    Sumber: http://www.practisingmidwife.co.uk/

    Kesan pemeriksaan vagina yang dilakukan bagi menentukan proses kelahiran ini adalah berbeza bagi setiap wanita.

    Bagi sesetengahnya, mungkin tidak kisah mengenai proses tersebut. Walau bagaimanapun, ada yang menganggap ia sebagai menyakitkan.

    Untuk sebilangan wanita, memasukkan jari ke dalam faraj boleh menjadi 1 pengalaman yang mengakibatkan tekanan, ini terutamanya jika mereka pernah mengalami penderaan seksual.

    Tujuan seluk faraj

    Pemeriksaan vagina yang dilakukan akan mengukur perkara-perkara tertentu untuk memberi gambaran bahawa waktu kelahiran mungkin akan berlaku dalam jangka masa terdekat.

    Ia dilakukan untuk membantu menilai 6 perkara berikut sebelum proses kelahiran bayi terjadi, seperti:

    1. Dilatasi

    Merujuk kepada berapa luas serviks telah terbuka – 10 cm merupakan bukaan terbesar.

    1. Kematangan

    Merujuk kepada konsistensi serviks. Ia akan bermula dengan rasa tegang seperti hujung hidung. 

    Kemudian bertukar lembut seperti bahagian cuping telinga dan akhirnya akan dirasakan lebih lembut seperti bahagian dalam pipi.

    1. Penipisan serviks

    Sebelum melahirkan, bahagian bawah rahim yang disebut serviks mula melembut, memendek dan menipis. 

    Penipisan rahim umumnya dinyatakan dengan persembahan. Contohnya, pada penurunan 0%, serviks pada umumnya sangat tebal, berukuran 2 sentimeter. 

    Untuk proses kelahiran bayi, serviks menipis 100% atau sepenuhnya.

    1. Stesen

    Pemeriksaan vagina akan membantu menentukan posisi bayi dengan pelvis. Ia diukur dalam nilai tambah dan tolak.

    Bayi pada stesen 0 (sifar) dikatakan sudah berhubung dengan pelvis, manakala angka negatif menandakan bayi belum bersedia.

    Ini bermakna, jika bacaan menunjukkan angka positif, proses kelahiran bayi akan semakin dekat. Bersedia mommies!

    pemeriksaan vagina

    1. Kedudukan bayi

    Kedudukan bayi semasa dalam serviks penting. Bahagian badan bayi yang ‘memimpin’ dikenali sebagai presenting part

    Jika bahagian bawah badan bayi berada di pintu rahim, ia dipanggil kedudukan songsang

    Manakala jika kedudukan kepala bayi berada di bawah, ia disebut sebagai posterior atau anterior.

    1. Kedudukan serviks

    Semasa kehamilan, serviks cenderung ke belakang (posterior) di bahagian belakang kepala bayi. 

    Manakala apabila rahim matang dan menjelang waktu bersalin, serviks akan bergerak ke depan, untuk memudahkan proses kelahiran bayi. 

    Risiko prosedur seluk faraj 

    Pemeriksaan bukaan rahim ini boleh meningkatkan risiko jangkitan, walaupun dilakukan dengan berhati-hati bersama pemakaian sarung tangan yang disteril.

    Kaedah seluk faraj ini juga boleh mendorong bakteria normal yang terdapat di dalam vagina ke arah serviks.

    Di samping itu, terdapat juga peningkatan risiko membran untuk pecah apabila wujud tekanan yang terlalu banyak pada serviks.

    Sesetengah doktor secara rutin melakukan apa yang disebut menanggalkan selaput, yang hanya memisahkan air ketuban dari serviks. 

    Tujuannya adalah untuk pelucutan membran merangsang pengeluaran prostaglandin bagi membantu proses persalinan dan merengsakan serviks yang akhirnya akan menyebabkannya berlakunya kontraksi.

    Menjelang proses kelahiran bayi, meminimumkan pemeriksaan vagina adalah cara paling selamat. 

    Ini terutamanya jika membran sudah dipecahkan. Ia adalah untuk mengurangkan risiko jangkitan daripada berlaku.

    pemeriksaan vagina

    Keperluan pemeriksaan vagina untuk proses kelahiran bayi

    Seluk faraj yang dibuat adalah bertujuan untuk meyakinkan wanita (dan kakitangan) bahawa akan berlaku proses bersalin normal dan juga untuk memberi amaran awal jika keadaan adalah sebaliknya.

    Biasanya, pemeriksaan vagina dilakukan setiap 4 jam. Tetapi ia juga boleh dipercepatkan jika doktor merasakan ia adalah perlu – bergantung kepada perkembangan proses kelahiran.

    Jika terdapat keraguan atau kebimbangan, lakukan rundingan dengan doktor- ini adalah penyelesaian terbaik untuk mendapatkan kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 18/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan