Anda Hamil & Alami Diabetes? AWAS! Ada Makanan Patut DIELAKKAN, Pilih Betul-Betul Ya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Diabetes gestasi adalah masalah kencing manis yang dialami wanita ketika hamil. Jom ketahui makanan yang harus dielakkan oleh ibu dengan kencing manis semasa mengandung.

Hati-hati, jangan tersilap makan!

Masalah kencing manis semasa mengandung

Diabetes semasa hamil atau turut dikenali sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM) adalah penyakit diabetes yang berkembang semasa tempoh kehamilan.

Diabetes gestasi ini didefinisikan sebagai gula dalam darah tinggi yang berkembang semasa atau pertama kali dikenal pasti ketika mengandung. 

Semasa tempoh kehamilan, cara badan anda menggunakan insulin akan mengalami perubahan. 

Insulin adalah hormon yang membolehkan sel menyerap dan menggunakan glukosa, atau gula untuk tenaga.

Kesan insulin akan terganggu sedikit disebabkan oleh pelbagai hormon yang dihasilkan oleh plasenta (organ yang membekalkan zat pemakanan kepada bayi melalui tali pusat). Ia dikenali sebagai rintangan insulin.

Bagi sesetengah wanita mengandung, badan berhenti bertindak balas terhadap insulin atau tidak menghasilkan hormon tersebut secukupnya untuk membekalkan glukosa yang diperlukan. 

Jika ia berlaku, badan akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan keadaan itu secara tidak langsung mengakibatkan ibu mengalami kencing manis semasa mengandung.

Biasanya masalah diabetes gestasi akan pulih selepas melahirkan anak. Pun begitu, wujud risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes selepas bersalin. 

Makanan perlu dielak jika alami kencing manis semasa mengandung

Terpaksa mengawal atau mengelakkan sesetengah makanan sememangnya tidak menyeronokkan. Apatah lagi jika ia makanan kegemaran anda seperti makanan segera

Walau bagaimanapun, untuk kesihatan anda dan juga bayi, ibu terpaksa berkorban sedikit apabila disahkan menghidap diabetes gestasi. 

Berikut adalah beberapa jenis makanan yang perlu dihindari:

  • Makanan segera
  • Minuman beralkohol
  • Makanan pastri seperti mufin, donut atau kek
  • Makanan bergoreng
  • Minuman bergula seperti soda, jus dan minuman manis
  • Aiskrim
  • Makanan diproses 
  • Makanan yang sangat berkanji seperti pasta putih, roti putih, nasi dan juga kentang
  • Bijirin manis, bar granola manis dan oat manis

diabetes gestasi

Mesti ada ibu hamil yang terkena kencing manis mempersoalkan mengapa makanan yang dinyatakan di atas tidak boleh dimakan atau perlu dikurangkan pengambilannya, kan?

Pastinya ada penjelasan buat ibu-ibu sekalian.

  • Mengawal jumlah hidangan berkanji

Makanan berkanji yang diambil akan berubah menjadi glukosa. Disebabkan itu penting untuk tidak mengambilnya secara berlebihan atau ia akan meningkatkan jumlah glukosa yang tersimpan.

Bukan tidak boleh memakan makanan berkanji, boleh. Namun, anda harus pastikan ia dalam jumlah yang berpatutan, seperti 1 cawan kanji bagi setiap hidangan atau 2 keping roti putih.

  • Secawan susu 

Susu adalah minuman yang sihat dan sumber kalsium penting untuk badan. Namun, susu adalah jenis karbohidrat dalam bentuk cecair.

Oleh itu, pengambilan berlebihan atau terlalu banyak sekali gus oleh wanita yang menghidap kencing manis semasa mengandung boleh menyebabkan peningkatan gula dalam darah. 

  • Hadkan pengambilan buah-buahan

Buah adalah makanan sihat tetapi ia tinggi kandungan gula semula jadi. 

Seorang ibu mengandung boleh memakan sehingga 3 hidangan buah setiap hari, tetapi disarankan untuk makan satu persatu dan bukan sekali gus. 

Elakkan daripada memakan buah yang diproses dalam tin.

  • Waktu bersarapan

Pada waktu pagi, kadar gula dalam darah sukar untuk dikawal disebabkan tahap naik turun normal kadar hormon.

Pun begitu, pengambilan bijirin halus, buah-buahan bahkan susu mungkin tidak boleh diterima dengan baik semasa sarapan pagi.

Jika kadar gula dalam darah meningkat terlalu banyak selepas bersarapan dengan makanan sebegitu, ia bermakna anda harus mengelakkan daripada mengambilnya pada waktu sarapan.

Biasanya, sarapan pagi yang mengandungi kanji serta protein adalah gabungan terbaik. 

  • Elakkan jus buah

Untuk menghasilkan segelas jus memerlukan beberapa biji buah. Umumnya, jus adalah sumber karbohidrat pekat. 

Disebabkan ia dalam bentuk cecair, memakannya berisiko untuk menaikkan kadar gula dalam darah dengan cepat, sudah tentu tidak bagus untuk mereka dengan gestasi diabetes.

  • Hadkan pencuci mulut dan makanan bergula

Tahap gula dalam darah akan meningkat apabila memakan makanan bergula, terutamanya yang telah diproses. 

Wanita dengan diabetes gestasi perlu menghindari makanan atau minuman bergula sebanyak mungkin. 

Kek, biskut, gula-gula dan pastri cenderung mengandungi karbohidrat dalam jumlah yang banyak. 

diabetes ketika hamil

Makanan daripada jenis ini mempunyai jumlah kandungan lemak yang tinggi dan kurang bernutrisi. Hindari juga minuman soda dan manis. 

  • Jauhi gula tambahan

JANGAN menambah gula, madu atau pemanis ke dalam makanan atau minuman anda. 

Apabila sesuatu produk menyatakan ia “bebas gula”, sila semak kandungannya. Ini kerana produk sebegini selalu mengandungi sejumlah besar karbohidrat. 

Contohnya, makanan yang diproses dan makanan segera.

Jurnal pemakanan untuk kawal diabetes gestasi

Sangat penting untuk wanita dengan kencing manis semasa mengandung tidak melangkau waktu makan. 

Namun, elakkan untuk makan secara berlebihan sekali gus boleh menyebabkan peningkatan mendadak gula dalam darah.

Jika boleh, catatkan semua jenis dan jumlah makanan yang diambil bagi membantu memantau pengambilan karbohidrat setiap hari.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Periksa Rahim Melalui Faraj, Ini Cara Doktor Lakukan Scan TVS Ultrasound Transvaginal

Apa itu ujian ultrasound transvaginal? Bunyi seperti menyakitkan. Artikel akan perjelaskan keperluan scan melalui faraj yang melibatkan masalah kesihatan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Haid, Kesihatan Wanita 23/12/2020 . 3 minit bacaan

Mama, Ini Risiko Bayi Lahir Minggu Ke-36, Paling Bahaya Boleh Akibatkan MAUT

Kelahiran pramatang berisiko menjejaskan tahap kesihatan bayi. Ini masalah kesihatan yang terdedah kepada bayi pramatang 6 bulan patut ibu hamil ketahui.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Bayi, Bayi Pramatang, Keibubapaan 17/12/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil Alami Tekanan? Hati-hati, Jika Kesihatan Mental Tak Dijaga, Ada Risiko Pada Janin Nanti

Tekanan dialami oleh ibu mengandung bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng. Pernah tak terfikir mengenai reaksi janin saat ibu menangis? Jom ketahuinya..

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Kehamilan, Tips Hamil 10/12/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil Yang Suka Bersukan, Ini Jenis Latihan Yang Disarankan Ikut Trimester

Kebaikan bersukan bagi wanita mengandung tidak boleh dinafikan. Jom ketahui aktiviti bersukan yang sesuai untuk mereka berbadan dua.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Kehamilan, Tips Hamil 02/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

bahaya kencing manis

Ini Kesan Diabetes Masa Hamil Kepada Bayi Dalam Kandungan, Mak Buyung MESTI Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan
apa itu gdm

Ibu Hamil Sudah Tahu Apa Itu GDM? Jika Belum, Baca Ini Sekarang, PENTING!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 15/02/2021 . 3 minit bacaan
tips lelaki

Wahai Lelaki, Amalkan 7 Tip Ini Kalau Nak Anak, #3 Tu Wajib Ikut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 10/02/2021 . 3 minit bacaan
petua hilangkan selsema

Suntikan Flu, Paracetamol & Ibuprofen: Ini Pilihan Selamat Rawat Selesema & Flu Ketika Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 08/01/2021 . 3 minit bacaan