Alami Kaki Bengkak Semasa Hamil, Ini Penyebabnya Dan Apa Yang Boleh Ibu Lakukan

Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 15/12/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Semasa anda memasuki trimester kedua kehamilan, kasut akan mula rasa sedikit ketat kerana kaki anda sedang mengembang. Ia boleh menyebabkan anda tidak selesa, tetapi terdapat cara untuk anda berasa lebih selesa dan kaki kurang mengembung.

Kaki bengkak semasa hamil 

Apa yang anda sedang alami ini dinamakan edema – iaitu keadaan di mana lebihan cecair terkumpul pada tisu anda. Kira-kira tiga perempat daripada wanita hamil terjejas disebabkan edema, di mana mereka mula mengalami gejala ini sekitar minggu ke-22 hingga minggu ke-27 kehamilan.

Semasa trimester ketiga, edema boleh jadi lebih teruk jika anda mengalami lebihan cecair amniotik atau jika anda hamil kembar. Masalah bengkak lebih menjadi-jadi semasa musim panas dan semakin anda hampir dengan tarikh bersalin. Walau bagaimanapun, selepas anda melahirkan bayi, masalah bengkak kaki anda akan berkurangan.

cara cepat mengandung selepas haid

Masalah pembengkakan ini berlaku kerana badan anda menahan cecair untuk menyokong anda dan bayi dalam kandungan. Cecair tersebut akan kekal dalam sel anda dan membenarkan aliran darah meningkat. Ini akan menyebabkan buku lali dan kaki anda, juga tangan anda turut mengembang.

Dalam pada itu, uterus akan menekan saluran darah anda membawa kepada kaki. Apabila urat menjadi sempit, darah akan mula berkumpul pada kaki anda dan menyebabkan bengkak kaki.

Cara mengurangkan kaki bengkak semasa hamil? 

pemeriksaan ibu mengandung

Sebenarnya, masalah bengkak adalah normal semasa hamil. Akan tetapi, jika anda rasa tidak selesa, berikut ada beberapa tips yang boleh anda cuba:

  • Baring mengiring untuk mengurangkan darah berkumpul pada kaki
  • Tinggikan kaki anda. Contohnya, letakkan kusyen di bawah kaki anda semasa anda berbaring, atau letakkan bangku kecil di bawah meja kerja anda di pejabat
  • Pakai kasut yang selesa yang boleh memuatkan kaki anda yang bengkak. Elakkan kasut yang ketat yang boleh menekan kaki anda
  • Jangan silangkan kaki atau buku lali semasa duduk
  • Elakkan berdiri terlalu lama. Kerap berjalan sebentar untuk membantu melancarkan perjalanan darah
  • Jangan pakai sarung kaki atau stoking yang ketat terutama yang menakan di bahagian buku lali atau betis. Tanggalkannya sebelum anda turun dari katil supaya darah tidak sempat berkumpul pada buku lali anda
  • Minum banyak air
  • Kerap bersenam seperti berjalan atau menunggang basikal senaman. Berenang dan kelas aerobik air juga baik untuk mengurangkan masalah kaki bengkak
  • Jika anda malas untuk bergerak daripada tempat duduk anda, bongkokkan dan buat regangan kaki naik ke atas dan ke bawah, atau anda boleh pusingkan kaki secara membulat

Makan makanan seimbang dan elakkan makanan ringan. Pilih makanan yang kaya dengan vitamin C dan E. Sumber baik untuk vitamin C termasuklah: buah sitrus, lada merah dan hijau, tembikai, ubi kentang, tomato, strawberi, kubis, dan brokoli.

Makanan kaya dengan vitamin E termasuklah minyak sayuran (terutamanya minyak jagung, soya dan germa gandum), biji bunga matahari, germa gandum, jagung manis, kacang gajus, dan kacang badam.

Jangan terlalu bimbang akan masalah bengkak kaki. Selepas bersalin, masalah edema anda ini akan hilang.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

DARI PAKAR Dian Sonnerstedt

Jenis-jenis Yoga

Katakanlah sekarang ini anda sedang cuba berlatih yoga buat pertama kali, atau kali kedua, dan anda masih belum menemukan jenis yoga yang paling sesuai dengan diri anda. Artikel ini boleh membantu anda untuk memutuskan ...

Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
jenis yoga

Urutan Kehamilan: Adakah Idea yang Baik?

Adakah urutan kehamilan yang dilakukan sewaktu wanita hamil selamat untuk dilakukan? Adakah terdapat sebarang risiko terhadap ibu hamil tersebut?

Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
urutan kehamilan

5 Rahsia Kecil Yang Akan Berlaku Jika Ibu Bersalin Secara Normal, Sakit Itu Cukup Membahagiakan

Nak proses bersalin secara normal jadi lancar? Ibu hamil kena buat 5 perkara penting ini dahulu. Mulakan ia seawal minggu yang ke 38.

Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
bersalin secara normal

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Perut Membuncit Tapi Tak Hamil Pun? Ladies, AWAS, Ini Kemungkinan Yang Berlaku!

Peliklah, kenapa ujian upt negatif tapi perut buncit? Hamil ke tidak ini? Para wanita yang dikasihi, ada kemungkinan anda mengalami masalah sista ovari.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Cabaran Ketika Hamil, Cubaan Hamil 01/03/2021 . 3 minit bacaan

Bagaimana Sistem Otot Rangka & Tulang Manusia Berfungsi? Ini Info Lengkap Mengenainya

Sistem otot rangka merupakan salah satu sistem di dalam badan manusia yang merangkumi sejumlah organ seperti tulang, otot, tendon, ligamen dan tisu lembut..

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Tulang / Otot 01/03/2021 . 4 minit bacaan

Kulit Selalu Gatal Walaupun Baru Lepas Mandi? Mungkin Anda Ada Masalah Kulit Kering!

Anda sering alami masalah kulit gatal selepas mandi? Cuba lakukan 3 langkah ini untuk menghilangkan rasa gatal-gatal selepas mandi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Alahan Kulit 01/03/2021 . 3 minit bacaan

Bukan Sebab Duduk Atas Bantal, Ini Rupanya Punca Sebenar Bisul Di Punggung!

Mungkin ramai yang masih percaya dengan mitos bisul di punggung adalah disebabkan oleh perbuatan duduk atas bantal. Ia salah, dan ini punca sebenarnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Penyakit Jangkitan Kulit 01/03/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

aliran darah

Wahai Lelaki, Ambil 8 Suplemen Ini Jika Anda Ingin Tingkatkan Kebolehan Mencapai Ereksi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
hubungan suami istri

Kajian Kata Warga Emas Cenderung Lebih Aktif Bersetubuh, Ini Rupanya Sebabnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
maksud alergi

Apa Itu Alergi? Kenali Simptom, Diagnosis, Rawatan Dan Cara Pencegahannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 01/03/2021 . 4 minit bacaan
ketumbuhan dalam perut

Kanser Perut Sering Lewat Didiagnosis, Tapi Jangan Risau, Ada 5 Pilihan Rawatan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan