backup og meta

Bakal Ibu Kena Ambil Tahu 5 Cara Meneran Dengan Betul, Baru Tak 'Nervous'!

Bakal Ibu Kena Ambil Tahu 5 Cara Meneran Dengan Betul, Baru Tak 'Nervous'!

Buat bakal ibu di luar sana, tahukah anda cara meneran dengan betul bagi cara bersalin normal ? Ia merupakan aspek penting ketika melahirkan anak nanti bagi mengelakkan sebarang komplikasi tidak diingini.

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui cara dan posisi meneran ketika bersalin nanti. Semoga bermanfaat!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Meneran semasa fasa kedua kelahiran bayi

Sebelum terus kepada cara meneran dengan betul, ayuh fahami serba sedikit mengenai fasa kedua kelahiran bayi ini.

Tempoh meneran ini berlaku selepas serviks melebar sepenuhnya, sekali gus membolehkan anda ‘menolak’ bayi daripada rahim dan turun melalui saluran kelahiran hingga selamat dilahirkan.

Fasa kontraksi mungkin menurun sejurus sebelum mendapat sensasi untuk meneran. Anda perlu menggunakan masa ini untuk berehat dan mengumpul tenaga sebelum meneran.

Umumnya, tempoh peringkat ini adalah berbeza mengikut kedudukan dan saiz bayi serta keupayaan anda untuk meneran.

Untuk wanita pertama kali bersalin, purata tempoh meneran adalah 1-2 jam. Dalam sesetengah keadaan ia boleh berlanjutan lebih dua jam.

Biasanya bayi dilahirkan dengan muka menghadap ke belakang ibu – dirujuk sebagai posisi anterior. Namun ada juga bayi menghadap perut ibu – dirujuk sebagai posisi posterior.

Bayi posterior mungkin memerlukan lebih masa untuk melalui pelvis. Ini menjadikan proses meneran lebih sukar.

Kedudukan uri ketika hamil.
Kedudukan uri ketika hamil.

Petua cara meneran dengan betul atau cara meneran tanpa koyakan teruk

Berikut antara petua buat bakal ibu ketika meneran nanti:

Kontraksi semasa meneran

Semasa fasa kedua bersalin, rahim terus mengecut kira-kira setiap lima minit dan setiap pengecutan berlangsung antara 45-90 saat. Kontraksi yang terjadi kuat dan mungkin atau tidak disertai dengan dorongan untuk meneran.

Pun begitu, adakala selepas berdepan tempoh yang panjang atau kesukaran bersalin, proses meneran boleh menyebabkan keletihan dan ketidakselesaan.

Kebanyakan wanita akan merasakan peningkatan tekanan di perineum, rektum dan punggung bawah ketika fasa ini. Biasanya tekanan rektum ini terasa seperti pergerakan usus.

Sebaik sahaja kepala bayi mula kelihatan, anda akan merasakan sensasi regangan atau terbakar.

Cara meneran dengan betul: Rehat seketika

Meneran paling berkesan apabila ibu merasakan keinginan untuk menolak. Bagi mereka yang diberikan suntikan anestesia epidural, anda mungkin mengalami sensasi kebas disebabkan anestetik.

Teknik delayed pushing – menunggu bayi masuk secara pasif ke saluran bersalin – dipercayai sebagai alternatif untuk mula meneran ketika bukaan rahim (pelebaran serviks) berukuran 10cm.

Ukuran bukaan serviks.
Ukuran bukaan serviks.

Cara meneran tanpa koyakan teruk: Posisi meneran ketika bersalin

Terdapat banyak posisi berbeza yang boleh dicuba semasa proses meneran. Daripada semua kedudukan, posisi meletakkan dagu ke bawah dan menggunakan punggung untuk membolehkan otot perut membantu rahim menolak bayi sering digunakan.

Pun begitu, posisi lain juga dapat membantu proses meneran dan mempunyai kelebihan tersendiri.

Anda boleh mempercepatkan proses kelahiran bayi jika mencuba posisi dengan tarikan graviti seperti duduk atau mencangkung.

Manakala jika proses bersalin cepat, anda mungkin dapat memperlahankan regangan perineum dengan mencuba posisi dengan graviti neutral, sama ada berbaring mengiring atau berlutut.

Cara meneran dengan betul: Masanya untuk berhenti

Ada masanya, anda mungkin diminta untuk tidak meneran semasa kontraksi berlaku. Antara sebabnya adalah serviks tidak melebar sepenuhnya atau bayi berada di saluran dan perineum perlu meregang secara perlahan-lahan.

Situasi ini memerlukan anda untuk berhenti meneran bagi tempoh masa singkat. Gunakan masa ini untuk meregangkan leher, bahu dan kaki. Jangan lupa untuk menghembus nafas – bayangkan seperti sedang meniup lilin.

Cara meneran dengan betul: Teknik pernafasan

Teknik pernafasan untuk meneran adalah berbeza bagi kebanyakan individu. 

Merengus atau mengerang mungkin dapat membantu anda meneran dengan lebih baik. Biarkan diri untuk bebas mengeluarkan sebarang bunyi secara semula jadi. Usah berasa malu, okay?

Elakkan daripada menahan nafas terlalu lama kerana ia boleh menjejaskan anda dan bayi. Tetapi jika ingin menahan nafas ketika meneran, tiada masalah jika ia boleh membantu anda.

Pentingnya cara meneran dengan betul, elak kesilapan

Proses kelahiran adalah satu aktiviti yang penuh dengan keterujaan untuk berjumpa bayi, ketakutan dan kesakitan secara mental dan emosi. Sebab itu amat penting untuk mengikuti kelas antenatal sebagai persediaan bersalin nanti.

Bagi memudahkan proses melahirkan bayi, berikut beberapa kesilapan yang perlu dielakkan sebagai cara meneran tanpa koyakan:

Suami memberi sokongan ketika bersalin.
Suami memberi sokongan ketika bersalin.

Tidak cukup rehat

Bersalin boleh menyebabkan rasa gementar, khusus buat mereka yang pertama kali melaluinya. Ia juga boleh meningkatkan rasa kebimbangan. 

Jadi sebaiknya, semasa fasa awal bersalin, dapatkan rehat secukupnya. Jika boleh, tidur. Ia sangat bermanfaat bukan sahaja buat ibu tetapi turut membantu bayi dalam kandungan berehat.

Proses meneran tidak mudah

Sejujurnya, meneran bukanlah semudah menyebutnya. Maka bersedia sebaiknya.

Pastikan pengambilan cecair mencukupi. Meletakkan kain lap sejuk di dahi dan belakang leher boleh membantu.

Tidak menukar posisi

Mencuba kedudukan berbeza semasa fasa meneran, boleh membantu meredakan kesakitan yang ketara.

Pastikan anda membuat kajian mengenai posisi semasa bersalin atau mengikuti kelas antenatal sebagai persediaan terbaik.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, berundinglah dengan pakar sakit puan untuk mendapatkan lebih kepastian mengenai cara dan posisi meneran ketika bersalin nanti.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Pushing: The Second Stage of Labor. https://www.sutterhealth.org/health/labor-delivery/pushing, Accessed on Sept 23, 2022
  2. Labor & Delivery. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/9676-labor-delivery, Accessed on Sept 23, 2022
  3. Making Noise in Labor and Birth. https://www.lamaze.org/Giving-Birth-with-Confidence/GBWC-Post/making-noise-in-labor-and-birth, Accessed on Sept 23, 2022   
  4. Birth Injuries. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=birth-injuries-90-P02687, Accessed on Sept 23, 2022 
  5. 5 Tips for Pushing During Childbirth. https://www.lancastergeneralhealth.org/health-hub-home/motherhood/your-pregnancy/5-tips-for-pushing-during-childbirth, Accessed on Sept 23, 2022
  6. Second stage of labour: how and when to push. https://www.nct.org.uk/labour-birth/your-guide-labour/second-stage-labour-how-and-when-push, Accessed on Sept 23, 2022 
  7. Pushing methods for the second stage of labour. https://www.cochrane.org/CD009124/PREG_pushing-methods-second-stage-labour, Accessed on Sept 23, 2022 

Versi Terbaru

25/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Berdebar Nak Masuk Bilik Bersalin? Ibu Kena 'Prepare' Hadapi Kontraksi Sebelum, Semasa & Lepas Bersalin!

Bagaimana Rasanya Sakit Kontraksi? Ibu Perlu Peka Sebelum Dekat Tarikh Bersalin!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan