backup og meta

5 Kelebihan Kelas Antenatal Bakal Parents Patut Tahu, No. 3, 4 Amat Penting!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/06/2022

    5 Kelebihan Kelas Antenatal Bakal Parents Patut Tahu, No. 3, 4 Amat Penting!

    Kehamilan perkara penuh keajaiban dan agak menakutkan khususnya bagi yang pertama kali bergelar ibu bapa. Bagi bakal ibu, mengikuti kelas antenatal dapat membantu dalam menjangkakan apa yang bakal dihadapi selepas kelahiran bayi nanti.

    Jom ketahui apakah antara kelebihan lain bagi wanita hamil jika mereka mendaftarkan diri dalam kelas ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu kelas antenatal?

    Ia dianggap sebagai sesi aktiviti untuk persediaan sepanjang kehamilan. Jika mengikuti kelas ini, anda dan pasangan akan mengalami perspektif yang menarik mengenai kehamilan dan bertemu dengan individu yang sama emosi dengan kalian. 

    Bukan sekadar itu, anda akan dibimbing oleh pakar kelahiran yang akan membantu mempersiapkan diri dengan teknik bersalin yang terbaik dan terkini. 

    Kelas ini juga akan memberikan kalian maklumat berharga seperti melibatkan aspek penjagaan dan perkara yang harus dijangkakan sebelum bersalin, cara penyusuan susu ibu, serta suplemen yang diperlukan bagi memastikan tahap kebajikan dan kesihatan sentiasa dalam keadaan terbaik.

    Waktu disarankan untuk mula menghadiri kelas

    Berdasarkan cadangan pakar dan pengajar, tempoh paling sesuai untuk menyertai kelas ini adalah apabila kandungan berusia antara 30 hingga 32 minggu. 

    kelas antenatal

    Manfaat wanita hamil menyertai kelas antenatal

    Turut dikenali sebagai kelas bersalin, umumnya tiada paksaan untuk anda dan pasangan menyertai kelas ini.

    Tetapi berikut merupakan antara kelebihan utama jika mengikuti kelas bersalin ini, seperti:

    1. Berjumpa rakan baharu

    Salah satu faedah utama menyertai kelas ini adalah anda akan bertemu wanita hamil lain. Ia akan membantu anda membina sekumpulan rakan baharu yang melalui pengalaman sama. Ini sekali gus membolehkan diri berkongsi pengalaman, soalan dan mengadu.

    Ada juga ibu yang menghadiri kelas ini sudah pun mempunyai anak. Mereka pastinya mempunyai lebih pengalaman dan boleh membantu menjawab segala persoalan yang anda alami.

    2. Mendapat ilmu pengetahuan mengenai kehamilan dan proses bersalin

    kelas antenatal

    Kelas bersalin ini dapat memberikan ibu mengandung banyak maklumat dan memberikan penjelasan berkaitan aspek kelahiran bayi.

    Anda akan dapat memahami apa yang akan berlaku semasa bersalin dan bagaimana tubuh berubah sepanjang proses tersebut. Dalam masa sama, anda juga akan diterangkan mengenai kemungkinan komplikasi yang boleh terjadi semasa bersalin dan cara penyelesaiannya.

    Selain itu, anda juga akan diberi penerangan mengenai terminologi perubatan, sekali gus membolehkan anda memahami apa yang dibincangkan oleh doktor dan jururawat semasa bersalin.

    Kelas ini akan memberikan anda kepastian mengenai prosedur yang terlibat dan merungkai ketidakpastian khususnya buat wanita hamil yang pertama kali bergelar ibu. 

    Paling penting, anda harus tahu setiap maklumat yang diberikan boleh dipercayai kerana mereka adalah pakar terlatih.

    Kelas antenatal #3. Meningkatkan keyakinan diri

    Antara manfaat menyertai kelas ini adalah untuk meningkatkan rasa yakin diri. Ini kerana apabila anda memahami lebih perkara yang terlibat dalam prosedur melahirkan anak, sudah tentu diri akan berasa lebih yakin dan tenang.

    Kebanyakan pasangan atau bakal ibu bapa akan lebih tenang dan yakin kerana mereka mengetahui apa yang boleh dijangkakan dan cara menguruskan apabila perkara itu berlaku.

    Baca juga:

    4. Mendekatkan diri dengan pasangan

    Kelas ini juga boleh membantu anda dan pasangan mendapatkan tahap keintiman dan kemesraan yang lebih baik. Mempelajari proses bersalin bersama-sama adalah dapat mengeratkan lagi hubungan kalian.

    Jika anda menghadiri kelas antenatal bersama pasangan, kalian berdua akan mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai keseluruhan proses bersalin nanti.

    Mengikuti kelas ini juga merupakan panduan untuk ibu bapa baharu mengetahui semua perkara melibatkan kehamilan dan kelahiran sehingga proses penjagaan bayi baru lahir.

    5. Lebih seimbang & sihat

    Menyertai kelas bersalin ini dapat membuatkan anda lebih memahami tentang prosedur dan proses berkaitan bersalin, sekali gus membantu anda membuat keputusan lebih baik dalam meningkatkan kesihatan diri.

    Anda akan mempelajari risiko dan faedah yang berkaitan dengan pelbagai prosedur serta cara terbaik dalam menangani komplikasi kehamilan tertentu.

    Kelas ini juga akan memberikan anda pemahaman menyeluruh mengenai cara terbaik untuk mengekalkan pemakanan dan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan – akhirnya membawa hasil kesihatan lebih baik untuk anda dan bayi dalam kandungan.

    kelas antenatal

    Memilih kelas antenatal

    Berikut adalah perkara yang boleh dipertimbangkan semasa memilih kelas bersalin nanti:

    • Topik yang dibincangkan dan penceramah setiap topik
    • Pastikan tarikhnya adalah apabila kehamilan anda mencapai sekurang-kurangnya 30 minggu
    • Lokasi tidak terlalu jauh
    • Pakej/harga yang mereka tawarkan berpatutan

    Perlunya menyertai kelas

    Dengan menyertai kelas antenatal, anda dan pasangan akan mendapat pemahaman lebih baik mengenai kehamilan, proses bersalin dan keadaan selepas melahirkan anak. Ia adalah pendedahan yang bagus untuk kalian sebelum kehadiran cahaya mata.

    Kelas bersalin menyeronokkan! Bagi ibu bapa baharu, anda disarankan untuk mempertimbangkan bagi menghadiri kelas ini kerana ia akan membantu kalian mengharungi fasa keibubapaan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan