backup og meta

Panduan Untuk Bakal Bapa, Ini 5 Langkah Basuh Dan Tanam Uri Bayi Dengan Betul!

Panduan Untuk Bakal Bapa, Ini 5 Langkah Basuh Dan Tanam Uri Bayi Dengan Betul!

Dalam Islam, uri bayi yang dilahirkan haruslah dibasuh dan ditanam. Tetapi adakah anda tahu cara basuh uri yang betul serta kaedah untuk menanamnya?

Buat mereka yang baharu bergelar ibu ayah, tahniah kami ucapkan! Dalam artikel Hello Doktor ini ada cara basuh uri yang boleh anda jadikan panduan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Apa itu uri?

Sebelum anda mengetahui cara basuh uri, jom kita fahami secara ringkas mengenainya atau dalam istilah perubatan, disebut sebagai plasenta.

Plasenta adalah organ sementara yang menghubungkan bayi dengan rahim semasa kehamilan. Plasenta berkembang sejurus selepas persenyawaan berlaku dan melekat di dinding rahim.

Kandungan plasenta adalah saluran darah yang terkandung dalam struktur yang dikenali sebagai ‘vili’. Salur darah bersambung dengan aliran darah bayi melalui tali pusat.

Bayi disambungkan dengan plasenta melalui tali pusat. Kedua-duanya – uri dan tali pusat – bertindak sebagai talian hayat bayi dalam kandungan anda.

cara basuh uri
Bayi di dalam kandungan.

Kepanjangan plasenta dianggarkan kira-kira 10 inci panjang dengan ketebalan 1 inci pada bahagian tengahnya. Ia boleh mencapai berat sekitar 0.5 kg pada saat bayi dilahirkan.

Bagi wanita yang melalui secara normal (faraj), plasenta akan keluar sejurus selepas bayi selamat dilahirkan – semasa tempoh kelahiran yang dikenali sebagai tahap ketiga bersalin.

Untuk ibu yang melahirkan secara caesarean, doktor akan mengeluarkan plasenta daripada rahim semasa prosedur kelahiran.

Antara fungsi plasenta termasuklah:

  1. Membekalkan bayi dengan oksigen dan nutrien.
  2. Mengeluarkan sisa berbahaya dan karbon dioksida daripada bayi.
  3. Menghasilkan hormon yang membantu bayi membesar.
  4. Membawa imuniti ibu kepada bayi.
  5. Membantu melindungi bayi.
cara basuh uri
Janin di dalam kandungan.

Cara basuh uri bayi: Bahan yang diperlukan

Tujuan utama membasuh uri ini adalah untuk menghilangkan baunya sebelum ditanam.

Ini kerana jika ia tidak dibasuh, darah yang berada bersama uri berkemungkinan besar akan menarik perhatian haiwan. Kesannya tempat uri ditanam mungkin akan dikorek haiwan.

  • Uri
  • Garam kasar
  • Asam jawa
  • Kain putih

Sekiranya uri kelihatan agak membusuk, anda boleh menggunakan bahan tambahan seperti limau purut bagi membantu menghilangkan bauan tersebut.

Cara yang mudah untuk panduan si bapa

Sudah bersedia untuk mengetahui cara membasuh uri? Jangan nervous, ia sebenarnya proses yang mudah. Cuma bagi mereka yang mengalami fobia darah atau hemophobia, mungkin akan timbul sedikit kesukaran.

Biasanya pihak hospital akan memberikan plasenta yang telah dibungkus bersama kertas kalis air berwarna hijau.

#1. Sediakan bahan basuh uri

Pastikan semua bahan dan perkakasan yang diperlukan sudah tersedia. Ini bagi memudahkan proses membasuh plasenta ini dan mengelakkan si bapa kelam kabut.

#2. Pilih cara basuh uri

Amnya, ada 2 cara basuh uri yang boleh anda pilih.

Anda boleh membasuhnya di bawah aliran air paip. Kemudian, basuh uri dan darah yang melekat padanya dengan garam, asam jawa dan limau (jika perlu) sehinggalah uri tidak lagi berlumuran darah.

Pastikan kertas kalis air tersebut turut dibasuh jika ada kesan darah, ya?

Cara basuh uri yang lain pula adalah dengan meletakkan uri di dalam bekas atau besen berisi air garam. Dikatakan air rendaman garam ini dapat membantu memudahkan proses membersihkan darah beku.

ibu berpantang
Kit wajib untuk ibu berpantang.

#3. Buang air basuhan itu

Jika memilih menggunakan aliran air paip, anda boleh skip langkah ini.

Bagi mereka yang memilih menggunakan air rendaman garam, pada langkah seterusnya anda perlu membuang air tersebut. Kemudian dibasuh semula dengan air bersih. 

Gosokkan dan urut perlahan-lahan bagi mengeluarkan semua sisa darah yang berada pada plasenta, termasuklah pada tali uri. Jangan lupa untuk menggunakan asam jawa bagi membantu menghilangkan bau hanyir darah. 

Kemudian, bilas dengan air. Kertas kalis air berwarna hijau juga perlu dibasuh jika terdapat kesan darah.

#4. Bungkus uri bayi

Setelah melakukan cara basuh uri di atas, bungkus plasenta bayi anda dengan kemas menggunakan kain putih.

#5. Tanam uri bayi

Langkah seterusnya adalah proses menanam uri. Tiada pantang larang tanam uri atau waktu sesuai tanam uri yang ditetapkan. Namun, ditekankan untuk anda tahu mahu tanam uri di mana.

Disarankan untuk anda memilih tanah yang lembut bagi memudahkan proses mencangkul lubang. 

Kedalaman lubang sekurang-kurangnya 0.5 meter, lebih dalam adalah lebih baik. Ini dapat mengelakkan binatang liar daripada dapat menghidu bau plasenta.

Masukkan bungkusan uri yang diikat kemas ke dalam lubang. Timbuskan dan ratakan permukaan tanah.

Bagi mengelakkan kemungkinan lubang dikorek binatang liar, tindihkan tempat plasenta ditanam dengan batu besar. Selesai.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Placenta & Umbilical Cord Tahiratun. https://www.livingislam.org/maa/puct_e.html, Accessed on April 15, 2022
  2. Irsyad Al-Fatwa Series 205: The Ruling Of Burying Placenta In Certain Places. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/667-irsyad-al-fatwa-series-205-the-ruling-of-burying-placenta-in-a-certain-place, Accessed on April 15, 2022 
  3. Taking Your Placenta Home. https://thewomens.r.worldssl.net/images/uploads/fact-sheets/TakingPlacentaHome_IH080518.pdf, Accessed on April 15, 2022
  4. Honoring The Placenta in Different Cultures. https://parentsguidecordblood.org/en/news/honoring-placenta-different-cultures, Accessed on April 15, 2022
  5. Panduan Mencuci Dan Menanam Uri Bayi. https://omaq.org/panduan-mencuci-dan-menanam-uri-bayi/, Accessed on April 15, 2022  
  6. A R Gatrad and Aziz Sheikh. Muslim birth customs. http://dx.doi.org/10.1136/fn.84.1.F6, Accessed on April 15, 2022  
  7. Placenta. https://my.clevelandclinic.org/health/body/22337-placenta, Accessed on April 15, 2022   
  8. Placenta: How it works, what’s normal. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/placenta/art-20044425#, Accessed on April 15, 2022

 

Versi Terbaru

04/06/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ibu Berpantang, Amalkan 4 Tip Penting Ini Untuk KEKAL Sihat Dan Bertenaga!

Berdebar Nak Masuk Bilik Bersalin? Ibu Kena 'Prepare' Hadapi Kontraksi Sebelum, Semasa & Lepas Bersalin!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan