Keluar darah coklat ketika hamil 6 minggu boleh menjadi gejala biasa awal kehamilan. Namun jika situasi keluar darah ketika hamil turut disertai simptom lain, ia boleh menjadi petanda komplikasi. Ayuh semak!
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Keluar darah coklat ketika hamil 6 minggu boleh menjadi gejala biasa awal kehamilan. Namun jika situasi keluar darah ketika hamil turut disertai simptom lain, ia boleh menjadi petanda komplikasi. Ayuh semak!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Normal ke keluar darah ketika hamil yang berwarna coklat?
Pendarahan berwarna coklat semasa berbadan dua adalah perkara biasa pada trimester pertama, khususnya jika dalam jumlah yang sedikit dengan konsistensi seperti lendir. Keadaan ini boleh berlanjutan sehingga 3 hari.
Jika terdapat simptom lain selain pendarahan coklat ini, lakukan pemeriksaan doktor dengan segera bagi mendapatkan lebih kepastian mengenai keadaan ibu dan bayi dalam kandungan.
Lendiran coklat boleh berlaku disebabkan perkara-perkara berikut:
Sedikit lelehan berwarna coklat yang berair atau seperti jeli adalah perkara biasa, terutamanya pada awal kehamilan.
Ini berlaku kerana perubahan pH faraj yang boleh mengurangkan keputihan. Keadaan ini boleh berlangsung selama 2 atau 3 hari.
Lendiran yang berwarna coklat ini juga mungkin dapat dilihat selepas aktiviti seperti hubungan seksual, menaiki tangga atau membawa barangan runcit yang berat.
Umumnya tiada sebarang rawatan diperlukan untuk mengatasi keadaan ini.
Tetapi jika pendarahan yang berlaku adalah berat, berlanjutan lebih daripada 3 hari atau wujud gejala lain seperti kegatalan faraj, sakit perut ataupun kekejangan, sila berunding dengan doktor segera.
Sesetengah jangkitan kelamin (STD) seperti gonorea atau klamidia boleh menyebabkan lendiran berwarna coklat.
Ia boleh disertai dengan gejala lain seperti lendiran berbau busuk, sensasi terbakar atau sakit semasa membuang air kecil, sakit pelvis dan pendarahan semasa hubungan seks.
Dalam kes ini, anda perlu berjumpa pakar sakit puan untuk rawatan yang akan bergantung kepada hasil diagnosis. Anda mungkin diberikan preskripsi antibiotik seperti ceftriaxone, doxycycline atau azithromycin.
Baca juga:
Jangkitan saluran kencing (UTI) boleh menyebabkan keluar darah coklat ketika hamil 6 minggu. Ia biasanya disertai dengan simptom lain seperti:
Sekiranya anda mengesyaki diri dijangkiti UTI, berundinglah dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan dan ujian air kencing. Doktor mungkin menetapkan antibiotik yang selamat untuk kehamilan jika disahkan UTI.
Kehamilan ektopik ialah keadaan di mana embrio ditanam dan berkembang di luar rahim. Ia boleh berlaku pada tiub fallopio, rongga perut atau serviks, yang mengembangkan gejala seperti:
Justeru, amat penting untuk ibu melakukan pemeriksaan dengan pakar sakit puan. Ini membolehkan ultrasound dilakukan dan menilai sama ada kehamilan tersebut boleh menimbulkan risiko kepada ibu atau bayi.
Semasa kehamilan, tisu serviks dan tisu sekeliling terdedah kepada risiko untuk berlaku pendarahan.
Trauma serviks ringan seperti kesan pemeriksaan serviks atau seks, boleh menyebabkan kecederaan yang sangat kecil dan mengakibatkan berlaku lelehan coklat.
Keadaan ini bukanlah sesuatu yang serius dan tiada rawatan diperlukan. Tetapi jika pendarahan berterusan atau semakin banyak, lakukan pemeriksaan dengan segera.
Lendiran coklat semasa mengandung juga boleh menjadi tanda keguguran, terutamanya jika ia berlaku dalam tempoh 20 minggu pertama kehamilan.
Selain ketulan darah ketika hamil, keguguran juga boleh menyebabkan gejala seperti demam dan menggigil, sakit perut yang teruk, lendiran faraj tidak berbau dan pergerakan janin berkurangan selama lebih 5 jam.
Jika terdapat sebarang gejala keguguran, lakukan pemeriksaan doktor segera untuk pengesahan.
Rawatan biasanya melibatkan pengambilan ubat dan rehat bagi membantu pembuangan tisu janin. Anda juga mungkin perlu menjalani prosedur D&C (cuci rahim) untuk mengeluarkan janin tersebut.
Jika sekali-sekala terdapat lendiran coklat selepas seks, gunakan panty liner untuk sehari atau dua. Perhatikan tempoh pendarahan berlaku.
Namun sebagai langkah berwaspada, amat disyorkan supaya bakal ibu melakukan pemeriksaan doktor jika keluar darah ketika hamil.
Walaupun kemungkinan besar ia bukanlah petanda bahaya, tetapi bukankah lebih baik untuk mengambil langkah berhati-hati bagi menghindari sebarang komplikasi yang tidak diingini.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen