Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Amalkan cara bernafas dengan betul dengan guru yang bertauliah.
Nadi adalah saluran tenaga halus dalam tubuh manusia yang boleh tersekat kerana pelbagai faktor. Nadi shodhan pranayama ialah teknik pernafasan yang membantu membersihkan saluran tenaga yang tersekat, sekali gus menenangkan fikiran anda.
Duduk dengan selesa dan pastikan tulang belakang anda dalam keadaan tegak dan bahu dalam keadaan santai
Kekalkan senyuman di wajah anda
Letakkan tangan kiri anda pada lutut kiri dan biarkan tapak tangan terbuka menghala ke atas
Letakkan hujung jari telunjuk dan jari tengah tangan kanan di antara kening, jari manis dan jari kelingking pada lubang hidung kiri dan ibu jari pada lubang hidung kanan. Anda akan menggunakan jari manis dan jari kelingking untuk membuka atau menutup lubang hidung dan ibu jari kiri untuk lubang hidung kanan
Tekan ibu jari anda ke bawah pada lubang hidung kanan dan hembus perlahan-lahan melalui lubang hidung kiri
Sekarang, tarik nafas dari lubang hidung kiri dan kemudian tekan lubang hidung kiri perlahan-lahan dengan jari manis dan jari kelingking. Keluarkan ibu jari kanan dari lubang hidung kanan, tarik nafas dari kanan
Tarik nafas dari lubang hidung kanan dan hembus dari kiri. Anda kini telah menyelesaikan satu pusingan nadi shodhan pranayama. Teruskan menyedut dan menghembus dari lubang hidung secara berselang-seli
Lengkapkan 9 pusingan secara bergilir-gilir melalui kedua-dua lubang hidung. Selepas setiap hembusan nafas, pastikan anda bernafas dari lubang hidung yang sama yang anda hembus. Pastikan mata anda ditutup sepanjang masa dan teruskan menarik nafas panjang
2. Teknik bernafas Bhramari pranayama (bee breath)
Teknik pernafasan ini boleh membantu untuk melegakan fikiran anda. Teknik ini mudah dilakukan ketika anda berada di rumah mahupun di tempat kerja.
Duduk tegak di sudut yang tenang dengan mata tertutup. Kekalkan senyuman di wajah anda
Pejamkan mata anda untuk buat seketika
Letakkan jari telunjuk anda pada telinga anda dan pada tulang rawan
Tarik nafas dalam-dalam dan semasa anda menghembus nafas, perlahan-lahan tekan tulang rawan. Teruskan menekan atau on off menekan tulang rawan sambil membuat bunyi humming seperti lebah
Anda juga boleh membuat bunyi nada rendah tetapi digalakkan untuk membuat bunyi yang tinggi untuk hasil yang lebih baik
Tarik nafas sekali lagi dan teruskan rentak yang sama 3-4 kali
3. Ujjayi breathing (victorious breath)
Ini adalah salah satu teknik pernafasan yang paling biasa digunakan dalam yoga untuk membantu membina haba dan tenaga dalam badan. Ia melibatkan menyedut dan menghembus melalui hidung sambil menyempitkan bahagian belakang tekak anda.
Tutup mulut anda dan perlahan-lahan mengecutkan tekak, khususnya glotis (sebahagian daripada laring)
Mulakan dengan hembusan nafas pendek, kemudian tarik nafas perlahan-lahan dan berirama dalam satu nafas panjang dan berterusan
Benarkan udara mengalir melalui kerongkong yang tersekat, menghasilkan bunyi lembut seperti geseran
Teruskan menarik nafas sehingga anda merasakan rasa kenyang di dada
Tahan nafas selama kira-kira 6 saat, idealnya menggandakan tempoh penyedutan
Pastikan tulang belakang, kepala dan leher anda kekal tegak sepanjang masa
Relaks otot muka anda, elakkan hidung tersumbat dan kekalkan penyedutan yang perlahan dan lancar
Hembus nafas secara beransur-ansur dan semula jadi bagi mengelakkan sebarang pergerakan tersentak
Selepas melengkapkan kitaran, ambil nafas seperti biasa dan rehat seketika
4. Kapal bhati pranayama
Yoga akan mengajar anda untuk ajar cara bernafas dengan betul.
Jika diterjemahkan perkataan kapal bhati, ia memberi maksud ‘dahi yang bersinar,’ dan inilah adalah hasil amalan biasa di mana- dahi yang bersinar bukan sahaja dari luar, tetapi juga intelek yang menjadi tajam dan halus.
Duduk dengan selesa dan pastikan tulang belakang anda dalam keadaan tegak. Letakkan tangan anda di atas lutut dengan tapak tangan terbuka menghala ke atas
Tarik nafas dalam-dalam
Semasa anda menghembus nafas, ‘tarik’ perut anda ke dalam. Tarik pusat anda ke arah tulang belakang. Lakukan sebanyak yang anda boleh lakukan. Anda boleh meletakkan tangan kanan di atas perut untuk merasakan otot perut mengecut
Semasa anda mengendurkan pusat dan perut, nafas mengalir ke dalam paru-paru anda secara automatik
Ambil 20 nafas sedemikian untuk melengkapkan satu pusingan
Selepas melengkapkan pusingan, berehat dengan mata tertutup dan perhatikan sensasi dalam badan anda
Lakukan dua lagi pusingan teknik pernafasan ini
5. Sheetkari pranayama
Tutup lubang hidung kanan dengan ibu jari kanan anda
Hembus nafas sepenuhnya melalui lubang hidung kiri dan kemudian bernafas melalui lubang hidung kiri
Tutup lubang hidung kiri dengan jari manis anda dan hembus melalui kanan
Ulang lima hingga 10 kali.
Posisi yoga untuk pemula.
Kesimpulan
Mengamalkan cara bernafas dengan betul semasa senaman yoga dapat menggalakkan perkembangan badan serta minda anda. Namun, ia bukanlah pengganti perubatan.
Apa-apa pun, penting untuk anda semua mempelajari dan mengamalkan postur yoga di bawah pengawasan guru yang terlatih. Sekiranya terdapat sebarang keadaan perubatan, amalkan postur yoga selepas berunding dengan doktor dan guru.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Nadi Shodhan Pranayama (Alternate nostril breathing). https://www.artofliving.org/in-en/yoga/pranayama/nadi-shodhan-alternate-nostril-breathing. Diakses pada 17 Jun 2025.
Kapal Bhati Pranayama – Skull Shining Breathing Technique https://www.artofliving.org/yoga/breathing-techniques/skull-shining-breath-kapal-bhati. Diakses pada 17 Jun 2025.
Cool Down this Summer with Yoga. https://artoflivingretreatcenter.org/blog/cool-down-this-summer-with-yoga/. Diakses pada 17 Jun 2025.
How To Do Ujjayi Pranayama, Steps and It’s Benefits. https://theyogainstitute.org/ujjayi-pranayama. Diakses pada 17 Jun 2025.
Bhramari Pranayama – Humming
Bee Breathing. https://www.artofliving.org/yoga/breathing-techniques/bhramari-pranayama. Diakses pada 17 Jun 2025.
Bhramari Pranayama—Bee Breath. https://artoflivingretreatcenter.org/blog/bhramari-pranayama-bee-breath/. Diakses pada 17 Jun 2025.
3 breathing exercises to relieve stress. https://www.bhf.org.uk/informationsupport/heart-matters-magazine/wellbeing/breathing-exercises. Diakses pada 17 Jun 2025.
What is Pranayama and Yoga? https://www.artofliving.org/yoga/breathing-techniques/yoga-and-pranayama. Diakses pada 17 Jun 2025.
Using the Breath to Build Heat, Energy and vitality. https://www.outdoor-yoga.org/journal-1/using-the-breath-to-build-heat-and-energy. Diakses pada 17 Jun 2025.
Versi Terbaru
18/06/2025
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor