backup og meta

Latihan Kekuatan

Latihan Kekuatan

Kekuatan merupakan satu elemen penting dalam menjalani aktiviti seharian bagi setiap individu. Latihan kekuatan kebiasaannya melibatkan senaman yang dapat membakar lemak secara efisien, menurunkan peratusan lemak badan dan meningkatkan jisim otot.

Menerusi artikel ini, anda akan mempelajari mengapa latihan kekuatan penting dalam rutin senaman anda.

Manfaat

Secara amnya, latihan kekuatan boleh memberikan pelbagai jenis kebaikan. Antaranya adalah:

#1 Pengurusan berat dalam latihan kekuatan

Latihan kekuatan boleh membantu setiap individu untuk meningkatkan tahap metabolisme badan.

Hal ini dapat membantu mereka yang ingin menurunkan berat memandangkan senaman tersebut menggunakan banyak kalori sebelum dan selepas sesi senaman.

#2 Latihan kekuatan bantu urus keadaan kronik

Senaman yang boleh meningkatkan kekuatan badan turut menghindarkan proses terjadinya keadaan kesihatan kronik serta membantu menurunkan tahap keterukan simptom yang dialami.

Keadaan ini boleh dicapai secara tidak langsung memandangkan senaman merupakan elemen penting dalam kawalan berat badan seseorang.

Ini bermakna ia mampu menurunkan risiko obesiti dan berat badan berlebihan yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan lain.

Selain itu, individu yang menghidap masalah kesihatan kronik lain seperti artritis, sakit belakang, sakit jantung, diabetes dan kemurungan boleh mendapat kebaikan daripada latihan kekuatan.

#3 Baik untuk tulang

Latihan kekuatan boleh mempengaruhi tahap ketumpatan dan kekuatan tulang seterusnya menurunkan risiko masalah osteoporosis.

Mereka yang bersenam dari usia muda boleh menikmati kebaikan ini apabila tua kelak. 

Bagi mereka yang tua, aktiviti senaman (mengikut kesesuaian) turut boleh memberikan kebaikan tulang dan menghindarkan masalah osteoporosis.

Namun adalah lebih baik jika anda merujuk kepada doktor terlebih dahulu.

#4 Meningkatkan keupayaan kognitif

Walau nampak seperti mustahil, kajian menunjukkan senaman secara berkala boleh menambah baik proses berfikir orang dewasa di samping meningkatkan keupayaan mereka untuk mempelajari sesuatu yang baharu.

Perkara ini turut terbukti melalui kajian melibatkan pelajar sekolah. 

Mereka yang bersenam secara konsisten mempunyai pencapaian akademik yang lebih memberangsangkan berbanding dengan pelajar yang tidak bersenam.

#5 Meningkatkan kualiti hidup secara menyeluruh

Latihan kekuatan boleh meningkatkan kualiti hidup dan menambah baik keupayaan individu untuk menyiapkan kerja harian dengan mudah.

Ia juga boleh membantu membina keseimbangan badan dan menurunkan risiko daripada jatuh.

Contoh senaman

latihan kekuatan

Senaman boleh dijalankan di gim atau rumah. Antara pilihan senaman yang lazim adalah:

  1. Mesin berat.
  2. Senaman berat badan.
  3. Menggunakan getah rintangan.
  4. Senaman bebanan bebas.

Pakar menyarankan anda untuk berjalan selama 5 hingga 10 minit dan melakukan regangan sebelum memulakan latihan kekuatan.

Jika anda berusia melebihi 40 tahun atau anda mempunyai penyakit kronik, anda perlu merujuk kepada doktor sebelum memulakan sebarang bentuk senaman.

Bagi pelan senaman yang lengkap berserta tip keselamatan semasa bersenam, anda seharusnya merujuk kepada pelatih kecergasan profesional yang bertauliah.

Senaman spesifik

Aktiviti yang boleh diklasifikasikan sebagai latihan kekuatan boleh digunakan untuk menyasarkan kawasan otot yang spesifik.

Bergantung kepada keperluan seseorang, terdapat pelbagai jenis senaman yang anda boleh lakukan di gim atau rumah untuk meningkatkan tahap kekuatan otot:

  1. Angkat berat.
  2. Mendaki bukit.
  3. Bersenam menggunakan getah rintangan.
  4. Berbasikal.
  5. Tekan tubi dan senaman sit up.
  6. Yoga dan pilates.
  7. Senaman kaki menggunakan bebanan bebas.
  8. Senaman bisep.

senaman kekuatan berbasikal

Kesan terlebih senam

Kelesuan adalah kesan sampingan lazim yang boleh dialami oleh mereka yang bersenam.

Walau bagaimanapun, terdapat individu yang boleh mendapat masalah overexertion, iaitu badan mereka mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan bebanan atau senaman yang dikenakan ke atas otot.

Kunci kepada kekuatan badan adalah untuk memahami limitasi sendiri dan menghindarkan overexertion berikutan keadaan itu selalunya menjurus kepada kecederaan fizikal.

Saranan, terutamanya kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan rejim senaman ini, adalah untuk melatih semua kumpulan otot sekurang-kurangnya 2 hari seminggu.

Usah melatih kumpulan otot yang sama dua hari berturut-turut berikutan ia boleh menyebabkan masalah overexertion.

Konklusi

Latihan kekuatan penting kerana ia boleh meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh bagi setiap individu.

Walaupun anda digalakkan untuk mencuba senaman ini, anda perlu faham, bukan semua individu sesuai melakukannya.

Oleh itu, sebelum memulakan rutin senaman baru, rujuk doktor atau pelatih kecergasan bertauliah untuk khidmat nasihat dan saranan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Strength exercises. (https://www.nhs.uk/live-well/exercise/strength-exercises/). Diakses pada 26 Januari 2021.
  2. How to improve your strength and flexibility. (https://www.nhs.uk/live-well/exercise/how-to-improve-strength-flexibility/). Diakses pada 26 Januari 2021.
  3. Strength and Resistance Training Exercise. (https://www.heart.org/en/healthy-living/fitness/fitness-basics/strength-and-resistance-training-exercise). Diakses pada 26 Januari 2021.
  4. Best exercises for health and weight loss. (https://www.helpguide.org/articles/healthy-living/what-are-the-best-exercises-for-me.htm). Diakses pada 26 Januari 2021.
  5. Four Types of Exercise Can Improve Your Health and Physical Ability. (https://www.nia.nih.gov/health/four-types-exercise-can-improve-your-health-and-physical-ability). Diakses pada 26 Januari 2021.
  6. Strength training: Get stronger, leaner, healthier. (https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/fitness/in-depth/strength-training/art-20046670). Diakses pada 26 Januari 2021.
  7. Overexertion and bodily reaction. (https://injuryfacts.nsc.org/work/safety-topics/overexertion-and-bodily-reaction/). Diakses pada 26 Januari 2021.
  8. The association between school-based physical activity, including physical education and academic performance. (https://www.cdc.gov/healthyyouth/health_and_academics/pdf/pa-pe_paper.pdf) Diakses pada 26 Januari 2021.

 

Versi Terbaru

27/10/2021

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Lelaki Yang Ada Masalah Prostat & Pundi Kencing Boleh Cuba Senaman Ini!

Selalu Sakit Belakang Lepas Bangun Tidur? Usah Derita Lagi, Cuba 5 Jenis Senaman Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 27/10/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan