home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Lelaki Yang Ada Masalah Prostat & Pundi Kencing Boleh Cuba Senaman Ini!

Lelaki Yang Ada Masalah Prostat & Pundi Kencing Boleh Cuba Senaman Ini!

Perbuatan membuang air kecil adalah satu proses perkumuhan yang normal berlaku bagi menyingkirkan lebihan cecair dalam tubuh badan kita.

Pun begitu, ia akan menjadi satu masalah yang mengganggu kehidupan seharian sekiranya ia perlu dilakukan banyak kali pada sesuatu masa.

Bagi lelaki, keadaan ini mungkin berlaku akibat dua kondisi kesihatan! Apakah ia?

Ini rupanya sebab kerap kencing bagi lelaki yang sebenar!

Ramai yang akan sangka bahawa perkara ini terjadi disebabkan oleh terlalu banyak minum air.

Ya, ia mungkin salah satu daripada asbab yang logik dan masuk akal kerana memang benar pengambilan air boleh mempengaruhi kekerapan membuang air kecil.

Pun begitu, sebenarnya mungkin juga wujud kondisi kesihatan dalam diri yang anda sendiri tidak sedari iaitu masalah pada prostat serta pundi kencing.

bahaya kencing berdiri

Masalah prostat

Prostat adalah kelenjar sebesar saiz kacang dan terletak di antara pangkal zakar dan pundi kencing, yang hanya ada pada lelaki.

Apabila meningkat usia, kelenjar ini mungkin akan membesar dan membengkak lantas memberi tekanan kepada saluran air kencing.

Kondisi yang dikenali sebagai benign prostatic hyperplasia (BPH) ini seterusnya akan membuat lelaki kerap terasa ingin terkencing.

Masalah pundi kencing

Masalah pundi kencing yang biasa berlaku adalah overactive bladder (OAB) dan ia akan mengakibatkan otot pengawal pundi kencing menjadi lemah.

Kesannya, kondisi ini menyebabkan lelaki akan lebih kerap terasa ingin membuang air kecil sedangkan ia telah dilakukan banyak kali.

Ia juga dipengaruhi oleh pengambilan terlalu banyak air dalam sesuatu masa terutamanya air berkafein, bergas, alkohol atau jus sitrus.

Adakah anda salah seorang yang mengalaminya namun tidak tahu sebab kerap kencing? Segera berjumpa doktor untuk ketahui diagnosis sebenar ya!

Senaman boleh bantu lelaki dengan masalah kerap kencing?

kencing berdiri

Kebiasaannya, otot yang mengawal fungsi perkumuhan ini akan menjadi lemah seiring dengan peningkatan usia seorang lelaki.

Disebabkan itu, lelaki yang sudah berusia atau warga emas kerap mengalami masalah sukar mengawal pembuangan air kecil.

Selain mengambil ubatan sesuai mengikut saranan doktor, anda juga mungkin boleh menyelesaikan masalah ini hanya dengan melakukan senaman!

Senaman yang dimaksudkan di sini sebenarnya adalah mudah iaitu hanya dengan berjalan, berjoging, berenang atau apa-apa lagi aktiviti yang sihat.

Atau untuk lebih menarik, anda juga mungkin boleh mengikuti isteri anda untuk menghadiri kelas tarian zumba, poco-poco atau aerobik.

Pendek kata, bersenamlah untuk pundi kencing dan kesihatan yang lebih sejahtera!

Senaman kegel adalah jawapan yang paling tepat?

kegel

Mungkin anda akan menyangkakan bahawa senaman kegel ini hanya untuk golongan wanita sahaja bukan? Tidak, lelaki juga boleh dan perlu melakukannya!

Ini kerana ia boleh membantu merawat lelaki dengan masalah prostat dan pundi kencing yang menjadi sebab kerap kencing berlaku.

Buat anda yang belum tahu, senaman kegel dicipta untuk menguatkan dinding pelvik terutamanya buat mereka yang ada masalah berkaitan dengannya.

Tetapi, bagaimana untuk menjayakan senaman ini?

Ini cara untuk melakukannya

Pertama sekali, anda sendiri perlu mengetahui di mana terletaknya otot pada dinding pelvik dengan cara membuang air kecil dan tahan ia seketika.

Melalui langkah ini, anda akan mampu mengenal pasti dengan tepat kedudukan otot yang berjaya menahan air kecil tadi daripada keluar.

Kemudian, mulakan senaman kegel dengan pundi kencing yang kosong selepas kencing. Berbaring di atas lantai dengan lutut membengkok.

Selepas itu, cuba kemutkan otot dinding pelvik anda selama beberapa saat dan pastikan bahagian ini relaks seketika serta ulang proses ini.

Namun sila pastikan anda fokus kepada otot ini sahaja ya? Selepas sudah mahir, anda juga boleh melakukannya ketika sedang duduk atau berdiri!

Lelaki, jangan ambil mudah jika alami masalah kerap kencing!

Konklusinya, terdapat dua sebab kerap kencing yang utama bagi lelaki dan mungkin juga wujud punca lain yang tidak diketahui.

Disebabkan itu, adalah wajar untuk kalian tidak mengambil ringan masalah ini dan segera berjumpa doktor untuk diagnosis.

Sementara itu, tidak salah juga untuk anda cuba senaman kegel yang ternyata bagus untuk kesihatan pundi kencing dan tubuh badan secara umum ini bukan?

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. http://www.rush.edu/rumc/page-1298329135516.html
  2. https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/o/overactive-bladder-(oab)
  3. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/benign-prostate-problems
  4. https://www.uclahealth.org/urology/prostate-cancer/kegel-exercises-for-men
  5. mayoclinic.org/healthy-lifestyle/mens-health/in-depth/kegel-exercises-for-men/art-20045074
Gambar penulis
Ditulis oleh Ahmad Farid pada 29/12/2020
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Wazir Aiman
x