Pendedahan kepada jumlah haba dan kelembapan yang tidak normal atau berpanjangan tanpa bantuan atau pengambilan cecair yang mencukupi boleh menyebabkan seseorang mengalami pelbagai jenis penyakit haba.
Anda berkemungkinan mendapat penyakit ini semasa bersenam atau ketika sedang bekerja dalam suhu panas yang terlampau tinggi.
Keadaan ini boleh menyebabkan suhu badan anda meningkat dengan cepat melebihi dari darjah 40 darjah Celcius (°C).
Teruskan membaca artikel ini sehingga tamat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit ini supaya langkah pencegahan awal dapat diambil terutamanya apabila anda berada di kawasan yang terbuka.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Badan Sihat, anda boleh klik di sini.
Apa itu penyakit haba?
Jabatan Metrologi Malaysia (Met Malaysia) telah mengeluarkan laporan mengenai status gelombang haba pada tahap 1 (berjaga-jaga), iaitu dengan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celcius (°C) sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.
Penyakit yang berkaitan dengan haba termasuk dehidrasi, kekejangan haba, keletihan haba, strok haba dan memburuknya keadaan perubatan yang sedia ada.
Jika anda mempunyai keadaan perubatan seperti penyakit jantung, diabetes, atau penyakit buah pinggang dan jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, haba boleh membuat simptom anda lebih teruk.
Bagaimana penyakit haba menjejaskan tubuh?
Adalah sangat penting bahawa suhu badan seseorang kekal dalam lingkungan 36.1 hingga 37.8°C. Jika suhu badan meningkat daripada paras itu, seseorang boleh mengalami penyakit haba.
Apabila cuaca sangat panas, tubuh harus bekerja keras dan menghasilkan banyak peluh untuk mengekalkan tubuh dalam keadaan sejuk. Ini kerana peluh adalah salah satu mekanisme penyejukan normal tubuh.
Seseorang sukar untuk berpeluh jika dalam keadaan lembap atau jika seseorang itu telah dehidrasi.
Pendedahan kepada suhu tinggi boleh menyebabkan penyakit yang lebih serius, contohnya mencetuskan serangan jantung, menyebabkan kecederaan kekal yang serius (kerosakan kepada otak atau organ penting lain) akibat strok haba yang tidak dirawat, dan dalam kes-kes yang teruk mengakibatkan kematian.
Penyakit berkaitan haba
Penyakit yang berkaitan dengan haba termasuk dehidrasi, kekejangan panas, kelesuan haba, strok haba, dan memburuknya keadaan perubatan yang sedia ada.
Cara terbaik untuk mengelakkan penyakit yang berkaitan dengan haba ialah dengan meminum banyak air dan untuk kekal sejuk.
Siapakah yang berisiko?
Setiap orang perlu berhati-hati dalam cuaca panas tetapi sesetengah orang mempunyai risiko yang lebih besar terhadap kesan kesihatan yang serius dari haba berbanding yang lain, termasuk:
- Orang yang berumur lebih dari 75 tahun
- Bayi dan anak-anak, wanita hamil atau menyusui
- Orang yang berlebihan berat badan atau obesiti
- Orang yang tidak terlalu mudah alih
- Orang yang hidup sendiri, tiada tempat tinggal atau tanpa sokongan sosial
- Orang yang bekerja di persekitaran yang panas
- Orang yang bekerja dalam keadaan panas
- Orang dengan penyakit kronik (penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit ginjal, penyakit mental, demensia, alkohol dan penggunaan ubat lain)
- Orang yang mempunyai penyakit akut, seperti jangkitan dengan demam atau gastroenteritis (cirit-birit atau muntah)
- Orang yang mengambil ubat tertentu
Kesimpulannya, elakkan diri anda daripada melibatkan diri dalam aktiviti luar mahupun bersenam ketika cuaca sedang panas terik. Pastikan juga badan anda kekal hidrasi dengan minum banyak air sekurang-kurangnya enam gelas sehari.
[embed-health-tool-bmi]