Menurut Institut Perubatan, tubuh manusia memerlukan sekurang-kurangnya 13 vitamin bagi membolehkannya berfungsi dengan baik. Diet yang seimbang adalah cara yang disyorkan bagi mendapatkan jumlah vitamin yang diperlukan. Bagaimanapun, bagi pesakit penyakit buang pinggang kronik (CKD) atau mereka yang menerima dialisis, mereka tidak dapat memperoleh semua vitamin dan mineral atas pelbagai sebab kesihatan.
Vitamin dan mineral
Pesakit dengan CKD mempunyai keperluan yang lebih besar untuk beberapa vitamin dan mineral. Antara contoh vitamin yang diperlukan adalah B1, B2, B6, B12, asid folik, niacin, asid pantotenik, biotin dan vitamin C, manakala mineral adalah zink, zat besi dan kuprum.