backup og meta

5 Petua Hilang Sakit Tekak Hanya Dari Rumah, Beberapa Kali Cuba Sudah Sembuh!

5 Petua Hilang Sakit Tekak Hanya Dari Rumah, Beberapa Kali Cuba Sudah Sembuh!

Mungkin ramai yang akan kata mereka tidak ada masa untuk sakit kepala, namun bagaimana pula jika sakit tekak? Musim hujan panas begini sudah pasti ramai yang mencari-cari petua hilang sakit tekak.

Sakit tekak juga adalah salah satu kondisi yang akan mengakibatkan kehidupan seharian kita terganggu dan terjejas!

Ini terutamanya jika anda bekerja sebagai seorang penyanyi, pelakon, pengacara, peniaga atau apa-apa sahaja kerjaya yang memerlukan suara sebagai aset utama.

Untuk menyelesaikannya, sudah pasti ada dalam kalangan kita yang akan mencari ubat sakit tekak bila menelan.

Persoalannya, adakah ia berkesan? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Baca lebih lanjut tentang Keadaaan Telinga, Hidung & Tekak di sini.

Cari petua hilang sakit tekak? Fahami dulu kondisi ini

Sakit tekak bila menelan merujuk kepada rasa sakit, pedih, perit atau gatal pada tekak yang akan menjadi lebih teruk ketika menelan air liur, makanan dan minuman.

Kebiasaannya, punca sakit tekak ini berpunca daripada pharyngitis yang merupakan jangkitan virus akibat demam, selesema atau flu dan akan sembuh dengan sendiri.

Selain itu, punca sakit tekak juga mungkin disebabkan oleh jangkitan bakteria (streptococcal infection) yang memerlukan pengambilan antibiotik untuk merawatnya.

Sekiranya ia bukan berlaku akibat daripada virus atau bakteria, maka sila berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjutan.

Pun begitu, siapa yang ada masa untuk sakit tekak sehingga perlu berjumpa doktor?

Inilah punca ramai orang gemar mengambil pil yang dihisap sehingga larut iaitu lozeng! Namun, persoalannya, adakah lozeng satu-satunya petua hilang sakit tekak? Jom teruskan pembacaan anda.

petua hilang sakit tekak
Pemeriksaan doktor boleh menentukan punca sakit tekak anda.

Adakah lozeng petua hilang sakit tekak yang berkesan?

Kami faham bahawa ramai orang memang sangat gemar mencari lozeng untuk melegakan tekak di farmasi, klinik atau pasar raya.

Ini ekoran ia sangat popular dan mempunyai pelbagai jenama, perisa dan jenis yang anda boleh pilih mengikut kesukaan diri.

Persoalannya, adakah ia benar-benar berkesan sebagai petua hilang sakit tekak?

Jawapannya adalah ya, tentu sekali kerana lozeng mengandungi beberapa sebatian yang mampu membantu melegakan tekak seperti:

  • Menthol
  • Tylenol
  • Amylmetacresol

Lebih menarik, lozeng ini didatangkan dengan bentuk dan rasa seakan gula-gula lantas membuat individu yang tidak gemar makan ubat mampu mengambilnya.

Adakah terdapat sebarang alternatif yang lain?

Ya, ada. Jom sama-sama kita ikuti alternatif untuk merawat sakit tekak seperti berikut:

#1. Madu sebagai cara hilangkan sakit tekak kering

Seperti mana yang kebanyakan kita sudah tahu, madu adalah sangat bagus untuk merawat masalah tekak.

Menurut sebuah kajian, telah terbukti bahawa ia mampu melegakan batuk pada waktu malam, lebih bagus berbanding ubat batuk biasa.

Bukan itu sahaja, kajian juga membuktikan bahawa madu adalah sangat bagus untuk membantu merawat luka.

Ini sekali gus menjadikannya sebagai ramuan terbaik untuk merawat sakit tekak.

#2.  Pudina

Pudina sangat popular dicampurkan dalam ubat gigi ekoran kemampuannya untuk membuat nafas lebih segar.

Dalam pada itu, ia juga mengandungi menthol yang mampu menipiskan lapisan mukus dalam mulut sekali gus melegakan batuk dan sakit tekak.

Selain menthol, pudina juga tinggi sebatian antiradang, antibakteria dan antiviral yang bagus untuk merawat luka.

Jika digabungkan kesemuanya, ia lebih daripada mampu untuk merawat sakit tekak.

petua hilang sakit tekak
Teh pudina antara remedi terbaik melegakan sakit tekak.

#3. Cuka epal

Secara semula jadinya, cuka epal memang tinggi sebatian antimikrobial yang mampu melawan pelbagai jangkitan.

Disebabkan sifatnya yang asidik, ia berupaya membantu menipiskan lapisan mukus dalam mulut dan tekak lantas menghalang mikrobial dari merebak.

#4. Bawang putih antara cara hilangkan sakit tekak kering

Bawang putih adalah tinggi kandungan allicin, sebatian organosulfer yang berfungsi melawan pelbagai jangkitan.

Menurut kajian, pengambilannya dalam diet seharian anda mampu menghalang diri daripada terkena demam atau selesema yang biasa.

petua hilang sakit tekak
Selain untuk tekak, bawang putih juga boleh membantu mencegah kanser paru-paru.

Ini adalah disebabkan bawang putih juga mempunyai sifat antimikrobial yang mampu mencegah jangkitan.

#5. Serbuk penaik juga boleh jadi petua hilang sakit tekak?

Menurut The National Cancer Institute, kumur air garam bercampur serbuk penaik mampu melegakan sakit tekak kerana ia boleh membunuh bakteria selain menghalang pertumbuhan yis dan kulat.

Caranya, campurkan 1/4 sudu kecil serbuk penaik, 1/8 garam dan 1 cawan air suam kemudian kumur sebagai alternatif ubat sakit tekak.

Pun begitu, ini semua hanyalah cadangan yang boleh membantu sahaja.

Sebaiknya, dapatkan konsultasi daripada doktor pakar terlebih dahulu.

Dapatkan nasihat doktor

Bahan tradisional ini mungkin berkesan, namun sebaiknya dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Lozenges. http://www.myhealth.gov.my/en/lozenges-2/. Accessed March 8, 2022.
  2. 6 Sore Throat Remedies That Actually Work. https://health.clevelandclinic.org/sore-throat-remedies-that-actually-work/. Accessed March 8, 2022.
  3. Sore throat. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/sore-throat/symptoms-causes/syc-20351635. Accessed March 8, 2022.
  4. 6 At-Home Remedies to Ease Your Sore Throat. https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/health-and-wellness/2018/february/sore-throat. Accessed March 8, 2022.
  5. Home Remedies for Sore Throat. https://www.uclahealth.org/news/hot-sauce-and-other-home-remedies-for-a-sore-throat. Accessed March 8, 2022.

Versi Terbaru

09/02/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Kes Meningkat, Kenali Beza Sakit Tekak Angkara COVID-19 Dengan Jangkitan Biasa!

Rasa Sakit Tekak Setiap Kali Menelan Air Liur? Awas Dengan Apa Anda Makan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/02/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan