Meskipun bukan semua orang, tapi pasti ramai individu yang pernah mengalami kondisi hidung berdarah bukan? Persoalannya, kenapa hidung berdarah? Kenapa hingus keluar darah? Kenapa hidung berdenyut?
Apa yang mungkin menggelikan hati, ada satu kepercayaan di mana keadaan ini berlaku disebabkan keghairahan!
Tidak semestinya, kerana terdapat banyak lagi sebab sebenar kenapa hidung berdarah terjadi kepada individu termasuklah sejenis penyakit berbahaya.
Jika ia berlaku setiap hari kepada anda, jom baca artikel ini dengan lebih lanjut untuk tahu jawapannya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, sila dapatkan di sini.
Maksud hidung berdarah
Kenapa hingus keluar darah?
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita tahu definisi sebenar tentang perkara penting ini terlebih dahulu.
Buat anda yang mungkin belum tahu, hidung berdarah adalah satu keadaan di mana darah keluar dan mengalir secara tiba-tiba daripada hidung.
Ia boleh terjadi kepada sebelah nostril (lubang hidung) atau kedua-duanya sekali secara serentak dan mengejut.
Kebiasaannya, ia mungkin akan terhenti sendiri sekiranya tidak didalangi oleh kondisi kesihatan yang berbahaya.
Sekiranya ia berlaku tanpa henti dan kerap tanpa anda sendiri tahu akan puncanya, segera berjumpa doktor untuk berkonsultasi tentang rawatan lanjutan.
Kenapa hidung berdarah
Kenapa hingus keluar darah?
Seperti mana yang kebanyakan kita mungkin sudah tahu, terdapat pelbagai punca ia berlaku namun ada dua perkara utama yang mendasarinya iaitu:
Kecederaan
Sekiranya terdapat sebarang luka, rengsa atau radang pada bahagian dalam lubang hidung akibat impak dan trauma, anda perlu segera berjumpa doktor pakar.
Persekitaran
Udara yang kering pada sekitar kawasan anda diami boleh membuat membran nasal anda mengering lantas menjadikannya berdarah jika dirangsang terlalu kuat.
Adalah tidak mustahil hidung berdarah boleh berlaku dan berulang kepada sesiapa sahaja, terutamanya mereka yang kerap melakukan perkara seperti berikut:
#1. Kerap mengorek hidung punca kenapa hidung berdarah
Kenapa hidung berdenyut?
Tanpa disedari, kalian mungkin akan mengorek hidung kerana rasa gatal atau tidak selesa yang datang dari dalam lubang hidung anda.
Ini adalah lebih berisiko kepada mereka yang mempunyai alahan terutamanya jika ada kondisi kesihatan berkaitan kawasan hidung.
#2. Selalu menghembus hidung
Kenapa hingus keluar darah?
Kalian juga mungkin tidak sedar berapa kali dalam sehari anda menghembus hidung untuk mengeluarkan sebarang bendasing daripada organ yang satu ini.
Akibatnya, anda mungkin akan menghembus hidung dengan terlalu kuat sehingga mampu merosakkan saluran darah di dalamnya.
#3. Mengambil ubatan tertentu
Sekiranya anda mengambil ubatan tertentu yang mempunyai kesan sampingan untuk menipiskan darah anda, pendarahan hidung mungkin akan berlaku.
Antara contoh ubatan tersebut adalah aspirin, clopidogrel (Plavix) dan warfarin (Coumadin).
#4. Menyembur spray nasal punca kenapa hidung berdarah
Kenapa hingus keluar darah?
Selain ubatan tertentu yang diambil secara oral, spray nasal seperti corticosteroids and antihistamines juga mungkin akan mengakibatkan hidung berdarah.
Ini adalah disebabkan berlaku kerengsaan akibat terkena bahagian hujung (tip) botol spray terbabit.
#5. Amalan makanan/suplemen dengan bahan tidak mesra hidung
Selain itu, ketahuilah bahawa makanan atau suplemen yang kalian ambil seharian juga mungkin akan membuat kondisi ini berlaku dan berulang.
Antara contoh bahan-bahan itu adalah:
- Halia
- Ginseng
- Bawang putih
- Ginkgo biloba
- Feverfew
- Vitamin E
#6. Bahan kimia
Sekiranya anda sangat kerap terdedah kepada bahan kimia yang terkandung dalam asap rokok, asid sulfurik, gasolin atau ammonia, risiko kalian terkenanya adalah lebih tinggi.
Begitu juga jika kalian mengambil dadah yang mempunyai banyak bahan kimia berbahaya terutamanya yang disedut melalui hidung, risiko nasal berdarah akan meningkat.
#7. Kondisi kesihatan
Akhir sekali, kenapa hidung berdarah boleh terjadi adalah akibat pelbagai kondisi kesihatan yang dialami oleh tubuh badan anda termasuklah:
- Hipertensi
- Penyakit jantung
- Kecacatan nasal
- Tumor
Dalam pada itu, ia juga selalu dikaitkan dengan salah satu penyakit yang juga sangat berbahaya iaitu hemofilia!
Hemofilia adalah salah satu dalangnya?
Buat anda yang mungkin masih belum tahu, hemofilia adalah sejenis penyakit warisan sejak lahir dan berpunca akibat kekurangan faktor pembekuan darah.
Ini menjadikan darah di dalam tubuh badan penderita sangat cair lantas membuatkan mereka mudah mengalirkan darah jika terluka dan bukaan kulit berlaku.
Antara simptom-simptom penyakit ini adalah seperti berikut:
- Lebam yang besar kerap berlaku
- Pendarahan di dalam sendi dan otot
- Pendarahan tanpa henti selepas terluka dan bukaan kulit berlaku
Dan pendarahan yang dinyatakan ini termasuklah pada bahagian hidung lantas mengakibatkan hidung berdarah.
Jadi, hemofilia juga adalah salah satu daripada penyebab kenapa hidung boleh mengalami pendarahan setiap hari.
Bagi mereka yang menghidapi kondisi ini, kalian digalakkan untuk mengamalkan konsep R.I.C.E. untuk merawat pendarahan yang berlaku.
Fakta
Konsep R.I.C.E. bermaksud R (Rest), I (Ice), C (Compress), E (Elevation) untuk merawat segala pendarahan yang secara tiba-tiba terjadi.
Hemofilia juga adalah punca kenapa hidung berdarah!
Konklusinya, penyakit warisan hemofilia yang menyebabkan gangguan pada darah juga boleh jadi punca keadaan ini berlaku dan berulang setiap hari.
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan mengenainya, segera berjumpa doktor untuk berkonsultasi ya!