Apa itu sakit Hemofilia?
Sakit Hemofilia adalah gangguan yang jarang berlaku di mana darah tidak beku dengan normal. Terdapat dua jenis hemofilia iaitu:
- Hemofilia A (hemofilia klasik atau kekurangan faktor VII )
- Hemofilia B (Penyakit Krimas atau kekurangan faktor IX )
Faktor VII dan faktor IX adalah protein penting dalam darah untuk proses pembekuan darah. Oleh itu, apabila faktor-faktor ini berkurang atau terlalu rendah akan menyebabkan hemofilia.
Jika mempunyai penyakit hemofilia, anda mungkin akan mengalami proses pendarahan yang lebih lama selepas cedera dan sukar membeku dengan normal. Luka kecil selalunya tidak menjadi masalah.
Masalah besar di sini, apabila berlaku pendarahan di dalam badan terutamanya pada lutut, buku lali dan siku. Sekali gus, ia boleh merosakkan organ, tisu dan membawa maut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Hemofilia, sila dapatkannya di sini.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen