Ujian-ujian ini pada lazimnya digunakan untuk mengesan sel kanser pada bahagian lain dalam tubuh anda tetapi tidak mengesan secara tepat sekiranya anda menghidap kanser dalam darah. Ujian ini hanya menunjukkan beberapa petunjuk kanser darah.
Jika ujian ini mengesan sebahagian besar daripada sel darah putih yang tidak normal, anda berkemungkinan menhidap penyakit ini.
Ujian lazim untuk kanser hematologi ialah:
- Bilangan darah secara keseluruhan (CBC);
- Ujian protein darah;
- Ujian mengesan tumor;
- Ujian mengesan sel tumor yang beredar dalam badan.
Bagaimana pesakit Kanser Darah dirawat?
Rawatan untuk penyakit hematologi bergantung kepada jenis kanser, usia pesakit dan kadar kanser tersebut merebak, bahagian kanser itu merebak dan faktor-faktor lain. Antara rawatan yang lazim diberikan ialah:
- Transplan sel stem ialah memasukkan sel stem darah yang sihat ke dalam badan. Sel stem ini boleh didapati daripada tulang sumsum, darah yang mengalir dalam saluran darah dan darah daripada tali pusat
- Kimoterapi ialah penggunaan ubat anti kanser yang direka untuk mengganggu dan membantutkan pertumbuhan sel kanser di dalam badan. Kimoterapi untuk kanser darah kadang kala mengandungi beberapa jenis ubat dalam satu set regimen. Ia juga mungkin diberikan sebelum transplan sel stem dilakukan
- Terapi radiasi boleh digunakan untuk memusnahkan sel kanser atau untuk meredakan kesakitan atau rasa tidak selesa. Ia juga boleh diberikan sebelum tranplan sel stem dilakukan
Gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kanser Darah?
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen