Pencetus Alahan yang Perlu Anda Kenal Pasti

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 15/10/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Sesetengah orang mempunyai alahan terhadap perkara tertentu. Hal ini berlaku apabila tubuh terlalu sensitif dan bertindak balas terhadap perkara tertentu walaupun ia bukanlah sesuatu yang membahayakan. Lain orang, lain alahanya.

Antara tanda alahan atau alergi ialah:

  • Gatal-gatal.
  • Kulit naik ruam.
  • Bersin dan batuk.
  • Bibir, muka, lidah, atau mana-mana bahagian badan menjadi bengkak.
  • Susah bernafas atau serangan asma.
  • Pening kepala atau pengsan.

Jika pernah mengalami simptom di atas, anda mungkin mempunyai alahan. Walaupun setiap orang mempunyai pencetus yang berbeza, terdapat beberapa perkara yang sering menjadi puncanya.

Pencetus alahan yang kerap menjadi punca

1. Kutu habuk

Binatang kecil ini menjadikan kulit, rambut, dan kuku manusia yang gugur secara semula jadi sebagai bahan makanannya. Kebiasaannya kutu habuk tinggal di permaidani, bantal, tilam, dan perabot. Pastikan barang-barang ini dibersihankan secara berkala untuk membuang kotoran yang ada.

2. Haiwan peliharaan

Kucing, anjing, hamster, dan burung ialah antara haiwan yang kerap menjadi pencetus kepada alergi. Jika anda kerap bersin, batuk, atau mengalami mana-mana tanda serangan alahan yang disenaraikan di atas ketika memegang atau menghampiri haiwan ini, cuba elakkan diri daripadanya.

3. Makanan laut

Apa-apa makanan boleh menyebabkan alergi. Namun, makanan laut kerap menjadi puncanya. Berhati-hati ketika mengambil makanan laut jika anda tahu ia boleh merangsang simptom alahan anda. Simptom boleh menjadi serius sehingga membuatkan anda sesak nafas.

4. Asap rokok

Berita baik untuk rakyat Malaysia apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan bahawa restoran awam bakal dijadikan sebagai kawasan larangan merokok bermula awal tahun 2019. Bagi mereka yang mempunyai alahan terhadap asap rokok, kerisauan anda mungkin terubat dengan pengumuman ini.

5. Debunga

Anda mungkin mengalami pening kepala atau susah bernafas selepas mencium bunga tertentu. Ia mungkin disebabkan oleh debunga yang menjadi pecetus kepada alahan anda.

6. Ubat-ubatan

Maklumat ini sangat penting untuk diketahui kerana ia akan menentukan jenis ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor kepada anda untuk merawat sebarang penyakit. Sila maklumkan kepada doktor jika anda mempunyai alergi terhadap mana-mana ubat.

Mengenal pasti pencetus alergi adalah sangat penting bagi mengelakkan berlaku serangan berulang kali. Ia bukan sahaja mengelakkan ketidakselesaan tetapi juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda dan keluarga.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pening Kepala Kalau Bau Perfume Kuat Sangat? Mungkin Anda Ada Alahan Minyak Wangi

    Tahukah anda, ada individu yang akan alami alahan kulit jika mereka terdedah dengan minyak wangi? Alahan jenis ini berbahaya dan perlukan perhatian doktor!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Alahan, Alahan Kulit 11/01/2021 . 3 minit bacaan

    Bukan Hanya Kacau Waktu Tidur, Tapi Penyakit Asma Juga Buat Hidup Anda Terjejas

    Apabila menghidap penyakit asma, dia bukan setakat mengalami sakit itu sahaja. Malah, komplikasi asma itu sendiri boleh mengganggu gaya hidup seseorang.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Asma, Kesihatan Pernafasan 08/01/2021 . 3 minit bacaan

    Info Lengkap Tentang ASMA: Jenis, Simptom, Risiko & Rawatan

    Penyakit asma adalah antara gangguan pernafasan paling biasa dialami kebanyakan individu. Umumnya, penghidap asma juga akan berdepan simptom lain.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Asma, Kesihatan Pernafasan 07/01/2021 . 3 minit bacaan

    Kulit Gatal-Gatal Jika Pakai Barang Kemas? Cuba Check Ini Tanda Alergi Emas Atau Ekzema

    Alahan juga boleh tercetus melalui barang kemas anda seperti alahan emas dan perak. Bagaimana hal ini boleh berlaku? Adakah ia hanya berpunca daripada emas?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Alahan, Alahan Kulit 06/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    asma

    AWAS Wanita Penghidap Asma Berisiko Alami Komplikasi Teruk COVID-19! Ambil Langkah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan
    suntikan vaksin

    Betul Ke Vaksin COVID-19 Boleh Sebabkan Kesan Sampingan Kekal? 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan
    sakit ketika seks

    Buat Suami, Ini 7 Punca Yang Sebabkan Zakar Rasa Sakit Semasa Seks

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 05/02/2021 . 3 minit bacaan
    kulit kering sekitar mulut

    Ada Masalah Kulit Kering Di Sekitar Mulut? Ini Punca & Tip Merawatnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan