backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Geligata Boleh Terjadi Akibat Alergi Terhadap Air! Ia Kondisi Jarang Berlaku?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/08/2021

Geligata Boleh Terjadi Akibat Alergi Terhadap Air! Ia Kondisi Jarang Berlaku?

Air adalah salah satu keperluan terpenting dalam tubuh seseorang yang tidak boleh digantikan!

Cuba bayangkan bagaimana keadaan anda tanpa air atau tidak berhubung secara terus dengan air?

Namun, ada orang yang mengalami alergi air atau aquagenic urticaria, keadaan kesihatan yang jarang berlaku di mana geligata yang menyebabkan ruam selepas kulit bersentuhan dengan air tanpa mengira suhunya serta boleh menyebabkan rasa terbakar.

Geligata ini dianggap sebagai alahan air di mana kondisi ini boleh dicetuskan daripada banyak sumber air, termasuklah hujan, salji, peluh dan air mata.

alergi air

Punca alergi air

Penyelidik masih berusaha untuk menentukan punca sebenar alahan air namun walau bagaimanapun, saintis telah mencadangkan teori-teori berikut:

  • Bahan yang dibubarkan di dalam air seperti klorin memasuki kulit dan mencetuskan tindak balas imun
  • Dalam teori ini, geligata tidak disebabkan oleh air, khususnya, tetapi sebaliknya alergen di dalam air
  • Interaksi antara air dan bahan yang terdapat di dalam atau pada kulit menghasilkan bahan toksik, yang membawa kepada perkembangan geligata

Simptom alergi air

Kesan daripada keadaan ini, seseorang akan mengalami ruam yang gatal serta sakit dan ruam ini biasanya muncul di leher, lengan, dan dada.

Tetapi, ia juga boleh muncul di mana-mana bahagian tubuh.

Pendedehan kepada air dalam beberapa minit, seseorang boleh mengalami:

  • Eritema atau kemerahan pada kulit
  • Rasa terbakar
  • Alami luka/lesi
  • Welts
  • Kerengsaan
  • Keradangan

Dalam kes yang lebih teruk, air minuman boleh menyebabkan anda mengalami simptom termasuk:

  • Ruam di sekitar mulut
  • Kesukaran menelan
  • Kesukaran bernafas
  • Berdehit

Apabila anda mengeringkan tubuh badan anda, simptom bermula dalam masa 30 hingga 60 minit.

alergi air

Diagnosis dan rawatan

Untuk mendiagnosis alahan air, doktor anda akan menjalankan ujian fizikal untuk melihat simptom anda.

Mereka juga akan mengkaji sejarah perubatan anda, dan juga boleh melakukan ujian cabaran air.

Tidak ada ubat untuk alahan air namun terdapat pilihan rawatan yang tersedia untuk mengurangkan simptom.

Antihistamin adalah ubatan yang digunakan untuk merawat simptom seperti alergi.

Doktor anda boleh mengesyorkan anda mengambil antihistamin preskripsi untuk menenangkan geligata selepas bersentuhan dengan air.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/08/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan