Sebagai contoh, suntikan alahan boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis alahan daripada pendedahan terhadap kulat sehinggalah ke alahan yang disebabkan oleh sengatan serangga.
Walau bagaimanapun, titisan alahan pula lebih efektif untuk rawatan alergi rhinitis, conjunctivitis atau alahan terhadap hama debu.
Malah, titisan alahan juga dilihat sebagai rawatan yang sesuai untuk kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas. Mereka juga lebih selesa untuk menerima rawatan alergi berbentuk titisan berbanding suntikan.
Secara amnya, kedua-dua kaedah rawatan selamat dan efektif untuk mengurangkan reaksi alergi badan terhadap alergen.
Walaupun suntikan alahan mampu merawat lebih banyak jenis alergi, namun rawatan menggunakan titisan alergi pula lebih murah dan mudah untuk digunakan.
Oleh sebab itu, pemilihan antara suntikan atau titisan mungkin akan berbalik semula kepada jenis alahan yang anda alami serta ketersediaan rawatan tersebut di tempat anda.
Perbezaan rawatan suntikan alahan dan titisan alahan

Selain faktor yang dibincangkan di atas, ada beberapa lagi perbezaan di antara dua jenis rawatan alahan ini yang perlu anda tahu:
Suntikan alahan
- Diberikan oleh doktor
- Suntikan diberikan sekali atau dua kali seminggu dalam masa sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan. Kemudian, suntikan akan diberikan sebulan sekali
- Menakutkan untuk kanak-kanak
- Menyakitkan
Titisan alahan
- Boleh diambil sendiri di rumah, tidak perlu ke hospital
- Sekali, atau 3 kali seminggu
- Mudah diterima oleh kanak-kanak
- Tidak menyakitkan
Untuk pengetahuan anda, rawatan menggunakan ubat titisan dilihat dapat mengurangkan hampir 40% simptom alahan seperti batuk, bersin dan sesak nafas berbanding penggunaan steroid dan antihistamin.
Malah, ia juga dapat mengurangkan masalah hidung berair dan tersumbat. Menurut Sandra Lin dari Johns Hopkins Medicine, penggunaan ubat titisan ini amat bermanfaat kepada ramai penghidap alahan.
Bukan sahaja ia dapat mengurangkan ketidakselesaan yang dialami, malah masa perjalanan antara rumah dah hospital juga dapat dijimatkan.
Kini, pesakit tidak lagi perlu ke hospital berkali-kali untuk mendapatkan rawatan untuk alahan yang dihidapi.
Kesimpulan
Walaupun rawatan dengan cara titisan nampak lebih berkesan dan menjimatkan, ia mungkin belum lagi dikeluarkan secara meluas di negara kita.
Rawatan menggunakan suntikan pula sudah diamalkan selama bertahun-tahun. Oleh sebab itu, ia mungkin lebih diyakini berbanding rawatan baharu ini.
Jika anda mencari cara untuk merawat alergi serta simptom-simptomnya seperti gatal, mata berair, hidung tersumbat dan sebagainya, berjumpalah doktor dengan kadar segera untuk berbincang mengenai kaedah rawatan yang sesuai.
Jadi, jangan biarkan alahan menganggu hidup anda! Simptomnya boleh dikurangkan jika anda berjumpa pakar untuk mendapatkan rawatan.