Orang lama pernah pesan jika digigit haiwan ini, jangan panik dan terus cabut ia dari kulit anda kerana khuatir gigi pacat akan melekat di situ, lantas membuatkan darah terus mengalir tanpa henti.
Jadi, bagaimana langkah betul rawatan gigitan haiwan yang kecil ini? Teruskan baca artikel!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Alahan, sila dapatkannya di sini.
Pacat, haiwan kecil yang menghisap darah!
Mungkin masih ada yang keliru di antara haiwan pacat dengan lintah bukan? Untuk pengetahuan anda semua, kedua-dua haiwan ini berasal dari rumpun keluarga cacing beruas (annelida) serta memiliki alat di badan mereka untuk menghisap darah manusia.
Mempunyai tubuh yang kecil, lembut, licin dengan gigi yang banyak lagi tajam, pacat dan lintah ini memerlukan darah daripada haiwan lain termasuk manusia untuk meneruskan kehidupan.
Bagi membezakan yang mana satu di antara kedua-dua haiwan penghisap darah ini, sila lihat pada habitatnya; pacat tinggal di kawasan perhutanan manakala lintah pula di kawasan perairan.
Sekiranya anda kerap ke kawasan yang penuh hutan seperti kebun atau ladang, maka risiko untuk digigit pacat adalah lebih tinggi. Persoalannya, apa akan terjadi jika anda digigit haiwan ini?
Apa akan terjadi jika anda digigit haiwan ini?
Tampak sahaja ia bersaiz kecil, namun gigitan haiwan pacat boleh bawa komplikasi seperti berikut:
#1. Pendarahan yang sukar berhenti
Apabila digigit haiwan ini, mungkin ramai orang yang akan rasa panik dan bertindak terus cabut ia daripada kulit. Sebenarnya, tindakan ini kurang tepat kerana gigi pacat boleh kekal terlekat.
Disebabkan gigi yang masih ada pada kulit, pendarahan akan jadi lebih sukar untuk berhenti. Cara yang betul adalah dengan cabut ia daripada kulit dengan perlahan, cermat dan berhati-hati.
Antara petua orang lama, anda boleh menaburkan abu rokok ke atas badan pacat itu untuk buat ia ‘pening’ lantas melepaskan gigitan tanpa paksaan. Kemudian, cuci serta tutup luka tersebut.
Gigi pacat jadi punca #2. Infeksi pada individu
Bersifat parasit, pacat mungkin telah menghisap darah pada haiwan lain sebelum ia menggigit anda. Akibatnya, ada risiko kewujudan bakteria, virus atau kuman yang boleh berpindah pada anda.
Antara kes yang pernah dilaporkan gara-gara gigitan haiwan ini adalah Aeromonas, Streptococcus, Clostridium tetani dan lain-lain. Infeksi ini akan kekal dalam badan individu dan bawa gejala.
Gigi pacat juga punca #3. Reaksi alergi kulit
Sesetengah individu mungkin mempunyai alahan terhadap gigitan pacat. Antara gejala yang boleh berlaku adalah kulit muncul ruam, bisul, gatal, bengkak dan bakal menjadi teruk jika tidak dirawat.
Apa yang mungkin lebih membimbangkan adalah wujud juga risiko untuk reaksi alergi ini berlaku sangat teruk bahkan boleh jadi punca pening, pitam, sukar bernafas atau kejutan anafilaksis.
Baca lagi artikel berkaitan:
#4. Risiko ia masuk ke dalam rongga
3 kesan di atas tadi mungkin akan terjadi jika pacat menggigit dan menghisap darah daripada luar kulit manusia. Bayangkan pula jika haiwan ini dapat masuk ke dalam rongga terbuka tubuh badan seperti hidung, telinga, mulut atau alat kemaluan?
Pacat yang dapat masuk ke dalam tubuh badan individu pula akan menggigit, menghisap, menetap dan membiak dari dalam. Pembedahan untuk membuang pacat ini mungkin perlu dijalankan.
Bagaimana rawatan gigitan pacat yang betul?
Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, anda tidak boleh sesekali jatuh panik dan terus cabut pacat dari kulit kerana gigi haiwan ini boleh melekat lantas membuat darah terus mengalir tanpa henti jika tidak mendapatkan rawatan.
Berikut adalah antara langkah betul yang mesti anda buat jika digigit haiwan pacat, ikuti cara ini:
- Cabut haiwan ini dari kulit dengan perlahan, cermat dan berhati-hati.
- Cuci bekas gigi pacat dengan air dan sabun untuk elak infeksi atau alergi.
- Tutup luka gigi pacat dengan kain atau plaster agar darah tidak keluar.
- Segera jumpa doktor jika ada komplikasi terus selepas digigit haiwan ini.
Sebenarnya, gigitan haiwan ini mungkin tidak begitu berbahaya kepada manusia kerana ia hanya mengejutkan dan tidak pula menyakitkan. Bahkan, ia juga digunakan di dalam terapi kesihatan.
Pun begitu, risiko-risiko di atas tadi masih perlu diberi lebih perhatian. Sebaiknya, gunakan pakaian yang menutup keseluruhan tubuh badan ketika mengunjungi kawasan habitat pacat.
[embed-health-tool-bmr]