Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
5 Fakta Nyamuk Yang Anda Kena Tahu, Nombor 3 Paling Penting!
Di negara tropikal seperti Malaysia, nyamuk sangat kerap ditemui. Dengan kekerapan hujan yang tinggi, ia memberikan keadaan yang kondusif bagi nyamuk untuk berkembang-biak. Walaupun anda sudah kenal dengan nyamuk, mungkin ada beberapa fakta nyamuk yang anda tidak pernah ketahui!
Untuk ketahui lebih mengenai fakta nyamuk, teruskan membaca artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit, sila dapatkannya di sini.
5 Fakta nyamuk mengejutkan yang anda perlu tahu!
1. Hanya nyamuk betina menggigit manusia
Mesti anda tertanya-tanya, apakah nyamuk jantan menghisap darah?
Di dunia, terdapat lebih 3500 spesis nyamuk. Namun, tidak semua nyamuk mempunyai selera terhadap darah anda. Sementara kedua-dua nyamuk betina dan jantan menghisapbunga, hanya nyamuk betina sahaja menghisap darah manusia untuk penghasilan telur.
Menarik bukan?
2. Nyamuk lebih suka warna gelap
Seorang lelaki sedang bercucuk tanam dengan memakai baju warna gelap.
Tahukah anda nyamuk suka dengan warna gelap? Hitam mungkin menawan, tapi jika anda ingin mengelakkan nyamuk, gunakan warna yang lebih terang.
Jadi jika anda berada di kawasan di taman dan hutan, elakkan pakai pakaian yang berwarna gelap.
3. Nyamuk lebih suka menghisap darah seorang lebih dari seorang yang lain
Jika nyamuk suka menggigit anda sedangkan ahli rumah anda jarang digigit, mungkin ada faktor penarik pada diri anda. Bahan-bahan kimia seperti karbon monoksida yang dikeluarkan melalui pernafasan atau asid laktik di dalam peluh boleh menarik minat nyamuk.
4. Nyamuk paling aktif ketika bulan penuh, antara fakta nyamuk yang lain
Macam serigala jadian? Ya, memang sama. Bulan penuh boleh meningkatkan tahap keaktifan nyamuk sehingga 500 peratus!
5. Satu sudu air sudah cukup untuk jejentik hidup
Satu sudu air pun dah cukup untuk jejentik hidup! Sifat nyamuk inilah yang perlu dipantau agar ia tidak membiak dengan banyak.
Oleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk tidak membiarkan air bertakung di rumah. Sebab itu jugalah pihak berkuasa mengenakan denda jika ada air bertakung di rumah anda. Bayangkan, air sebanyak satu sudu pun sudah cukup untuk jejentik membiak, macam mana pula kalau satu tong air?
6 Cara mudah untuk mencegah gigitan nyamuk
Nyamuk haiwan yang unik
Fakta nyamuk yang kami kongsikan sememangnya tidak di sangka-sangka! Kami berharap anda belajar sesuatu dan dijadikan panduan untuk membanteras nyamuk aedes dan sebagainya.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Off. 5 Suprising Facts About Mosquitoes. Dimuat turun daripada https://off.com/en/education/insects-101/5-surprising-facts-about-mosquitoes.
Versi Terbaru
18/12/2025
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor