backup og meta

Dua Vaksin Ini Boleh Cegah Kanser! Ketahui Cara Ia Berfungsi

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/06/2022

    Dua Vaksin Ini Boleh Cegah Kanser! Ketahui Cara Ia Berfungsi

    Ada yang mengatakan terdapat suntikan vaksinasi yang dapat mencegah dan merawat punca penyakit barah. Namun adakah ia sahih atau sekadar kontroversi semata-mata?

    Tidak dinafikan vaksin mempunyai manfaat dalam menyelamatkan jutaan nyawa, tetapi apakah dalam mengatasi kanser ini, ia juga berkesan?

    Bersempena dengan sambutan Hari Kanser Sedunia yang disambut pada 4 Februari setiap tahun, ayuh kita bongkar mengenai keberkesanan vaksinasi dalam melawan barah.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser sila dapatkannya di sini.

    Suntikan vaksinasi kanser 

    Vaksin adalah ubat yang membantu tubuh melawan penyakit. Ia melatih sistem imun untuk mencari dan memusnahkan kuman dan sel berbahaya.

    Terdapat banyak vaksin yang anda terima sepanjang hayat untuk mencegah penyakit biasa. 

    Tidak kurang juga ada vaksin yang berperanan untuk barah, di mana ia berfungsi sama ada untuk mencegah dan merawat kanser.

    Vaksin dapat menghalang punca penyakit barah? 

    Ada vaksin boleh menghalang individu sihat daripada mendapat kanser tertentu disebabkan oleh virus – seperti vaksin untuk cacar air atau flu. Vaksin ini melindungi tubuh daripada virus tersebut.

    Umumnya, vaksin jenis itu hanya berfungsi jika seseorang mendapat suntikan sebelum mereka dijangkiti virus. 

    Terdapat 2 jenis vaksin mencegah kanser yang diluluskan oleh U.S. Food and Drug Administration (FDA):

    #Vaksin HPV

    Vaksin melindungi diri daripada virus human papiloma (HPV). Jika virus ini berada lama dalam tubuh, ia boleh menyebabkan beberapa jenis kanser:

    Baca juga:

    #Vaksin Hepatitis B

    Individu dengan jangkitan kronik (jangka panjang) virus hepatitis B mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami kanser hati

    Mendapatkan suntikan vaksinasi untuk membantu mencegah jangkitan ini dapat mengurangkan risiko untuk mengalami kanser tersebut.

    Vaksin yang diberikan adalah cara pencegahan tradisional yang menyasarkan virus punca penyakit barah. Ia berguna untuk kanser yang diketahui berpunca daripada jangkitan.

    Namun kebanyakan kanser termasuklah kanser kolorektal, paru-paru, prostat dan payudara tidak dianggap berpunca daripada jangkitan.

    Vaksin merawat punca penyakit barah 

    Terdapat juga vaksin untuk merawat kanser sedia ada – dipanggil vaksin rawatan atau vaksin terapeutik, merupakan kaedah rawatan kanser yang dipanggil imunoterapi.

    Ia berfungsi dengan meningkatkan sistem imun tubuh bagi melawan kanser.

    Vaksin rawatan berbeza akan berfungsi dengan cara yang berlainan. Ia boleh:

    • Menghindari sel kanser daripada kembali
    • Memusnahkan sel kanser yang masih berada di dalam tubuh selepas rawatan tamat
    • Menghentikan tumor daripada membesar atau merebak

    punca penyakit barah

    Bagaimana cara vaksin merawat punca penyakit barah? 

    Antigen pada permukaan sel adalah bahan yang dianggap berbahaya oleh tubuh. 

    Sistem imun akan menyerang antigen dan menyingkirkannya. Ini meninggalkan memori pada sistem imun untuk melawan antigen tersebut pada masa hadapan. 

    Rawatan kanser melalui suntikan vaksinasi pula akan meningkatkan keupayaan sistem imun untuk mencari dan memusnahkan antigen.

    Selalunya, sel kanser mempunyai molekul tertentu dipanggil antigen khusus kanser pada permukaannya yang tidak dimiliki oleh sel sihat.

    Apabila vaksin memberikan molekul, ia akan bertindak sebagai antigen dan memberi isyarat kepada sistem imun untuk mencari dan memusnahkan sel kanser yang mempunyai molekul ini.

    Terdapat juga vaksin yang dihasilkan secara peribadi untuk individu tertentu. Ia dihasilkan daripada sel tumor yang dikeluarkan semasa pembedahan. 

    Kebanyakan vaksin yang merawat punca penyakit barah direka untuk menyasarkan antigen tertentu kanser yang tidak khusus pada seorang individu sahaja. 

    punca penyakit barah

    Vaksin tersebut akan diberikan kepada mereka yang tumornya mempunyai antigen sama pada permukaan sel tumor. 

    Cabaran dalam menggunakan vaksin sebagai kaedah rawatan 

    Merawat punca penyakit barah dengan vaksin boleh menjadi cabaran kerana:

    #Sel kanser menekan sistem imun 

    Ini adalah cara barah bermula dan berkembang. 

    Penyelidik menggunakan bahan tertentu dalam vaksin untuk membantu menyelesaikan masalah ini.  

    Adjuvant adalah bahan yang ditambah kepada vaksin untuk meningkatkan tindak balas imun tubuh.

    #Sel kanser bermula daripada sel sihat

    Kesannya, sel-sel kanser mungkin ‘kelihatan’ tidak berbahaya kepada sistem imun – di mana sistem imun mengabaikan sel tersebut, bukannya mencari bahkan tidak melawannya.

    #Tumor lebih besar sukar disingkirkan dengan hanya suntikan vaksinasi 

    Atas sebab inilah mengapa doktor sering memberikan vaksin kanser bersama-sama dengan pilihan rawatan lain.

    punca penyakit barah

    #Individu sakit atau lebih berusia mempunyai sistem imun yang lemah

    Tubuh mereka mungkin tidak dapat menghasilkan tindak balas imun yang kuat selepas menerima vaksin, sekali gus mengehadkan keberkesanan vaksin. 

    Terdapat juga rawatan kanser yang boleh melemahkan sistem imun seseorang. Ia secara tidak langsung menyekat tubuh untuk bertindak balas terhadap vaksin. 

    Atas sebab ini, sesetengah penyelidik berpendapat vaksin akan berfungsi lebih baik bagi penyakit barah pada peringkat awal atau ketika sel tumor masih kecil.

    Untuk sebarang pertanyaan mengenai vaksin untuk kanser, rujuklah doktor untuk lebih kepastian.

    #OpenYourMind #CelikKanser

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan