backup og meta

Tak Sangka, 5 Tokoh Berpengaruh & Artis Terkenal Ini Berjaya MELAWAN KANSER!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 17/01/2023

    Tak Sangka, 5 Tokoh Berpengaruh & Artis Terkenal Ini Berjaya MELAWAN KANSER!

    Kanser mempunyai impak yang amat besar kepada masyarakat di seluruh dunia. Setiap tahun, jutaan manusia di seluruh dunia didiagnosis dengan penyakit kanser. Orang kenamaan, termasuklah golongan selebriti luar negara dan juga artis Malaysia sakit kanser.

    Penyakit ini juga boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira kaya, miskin, terkenal ataupun tidak.

    Bezanya, artis atau orang kenamaan yang menghidap kanser boleh menggunakan platform yang mereka ada untuk bercakap mengenai kanser yang mereka alami.

    Malah, mereka juga boleh menyebarkan kesedaran, memberi semangat dan juga inspirasi kepada orang ramai khususnya kepada pesakit yang menderita dengan penyakit yang sama.

    Walaupun mereka terkenal, kesusahan, cabaran dan perasaan yang mereka alami sama seperti pesakit lain.

    Sempena Hari Pemandiri Kanser Kebangsaan 2021 yang bakal disambut pada 6 Jun nanti, mari kita ikuti pengalaman beberapa orang tokoh serta selebriti dalam dan luar negara yang pernah berhadapan dengan penyakit ini. 

    Jom ikuti perjuangan mereka termasuk artis Malaysia sakit kanser.

    5 tokoh berpengaruh termasuk artis Malaysia sakit kanser, kini menjadi cancer survivor!

    Sebenarnya, ada beberapa orang artis atau tokoh di Malaysia dan luar negara yang berjaya melawan sakit kanser. Mari ikuti perjalanan mereka melalui artikel di bawah:

    Penyakit kanser payudara – Tun Dr Siti Hasmah

    artis malaysia sakit

    Siapa sangka tokoh kesayangan rakyat Malaysia ini merupakan bekas penghidap kanser payudara?

    Wanita cekal yang berusia 95 tahun ini berkata, beliau menyedari terdapat beberapa perubahan pada dirinya dan terus berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

    Gerak hati beliau ternyata tepat apabila ketulan pada payudara kirinya itu disahkan sebagai kanser.

    Pesan Tun Dr Siti Hasmah, sentiasa peka dengan keadaan diri masing-masing. Jika ada sebarang abnormaliti, rawat dengan segera dan jangan bertangguh-tangguh.

    Pejuang penyakit kanser kulit – Hugh Jackman

    Hugh Jackman yang amat terkenal melalui lakonannya sebagai adiwira Wolverine juga tidak terlepas daripada cengkaman penyakit kanser.

    Beliau disahkan menghidap kanser kulit jenis sel karsinoma basal (BCG) yang boleh menjadi serius dalam jangka masa panjang.

    Menurut Jackman, kanser kulit ini boleh dicegah sekiranya kita memakai pelindung matahari secara kerap.

    Selain itu, pengesanan awal juga penting. Oleh sebab itu, beliau menegaskan agar semua orang melakukan pemeriksaan sekerap mungkin untuk mengelakkan kanser kulit pada masa hadapan.

    Kanser prostat – Ben Stiller

    artis malaysia sakit

    Apabila Ben Stiller mendedahkan kepada awam mengenai diagnosis penyakit kanser prostat yang diterimanya pada tahun 2016, matlamatnya cuma satu iaitu meningkatkan kesedaran awam mengenai ujian darah yang telah menyelamatkan nyawanya.

    Pelakon dan pelawak yang terkenal menerusi lakonannya dalam filem Night at The Museum ini telah menjalani pembedahan untuk membuang prostatnya.

    Sama seperti lelaki lain, perkara pertama yang beliau risaukan ialah kemampuan seksual beliau selepas pembedahan.

    Walau bagaimanapun, Ben Stiller menegaskan bahawa nyawanya lebih penting daripada kepuasan seksnya pada masa hadapan.

    Oleh sebab itu, beliau menjalani rawatan secepat mungkin dan surprise, beliau masih mampu menjalani kehidupan seksnya seperti biasa!

    Kanser hidung – Datuk Lee Chong Wei

    Walaupun bukan bergelar artis Malaysia sakit kanser, namun, nama Datuk Lee Chong Wei tidak perlu lagi diperkenalkan di negara ini.

    Selepas bertahun-tahun menjadi pemain nombor 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei akhirnya menggantung raket setelah menerima diagnosis penyakit kanser hidung pada tahun 2019.

    Menurut Datuk Lee Chong Wei, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain bersara daripada sukan ini setelah menerima konsultasi daripada doktor.

    Malah, doktor juga menggalakkan beliau untuk berehat sebentar kerana badminton merupakan sebuah sukan yang amat memenatkan dari segi mental dan fizikal.

    Namun, ada ura-ura yang menyatakan hero Malaysia ini bakal kembali ke pentas dunia pada masa hadapan. Betul atau tidak, wira negara ini sememangnya mendapat sokongan penuh daripada rakyat Malaysia!

    Penyakit kanser tekak – Michael Douglas

    artis malaysia sakit

    Siapa yang tidak kenal dengan pelakon veteran Michael Douglas? Bintang Hollywood ini telah didiagnosis dengan kanser tekak 10 tahun lalu dan merupakan seorang cancer survivor.

    Suami kepada pelakon Catherine Zeta-Jones ini pernah berkata, sepanjang rawatan beliau tidak pernah terfikir mengenai kematian.

    Selepas diagnosis kanser tersebut, Douglas mula sedar mengenai kepentingan kesihatan beliau. Malah, setelah kewujudan anak perempuannya, beliau mula memandang serius tentang masa hadapan.

    Apabila diminta mengulas tentang kanser yang pernah beliau hadapi, Douglas berkata itu semua hanyalah sejarah lama.

    Beliau juga melakukan pemeriksaan kesihatan sekali dalam masa 6 bulan untuk memastikan kanser tersebut tidak akan kembali pada masa hadapan.

    Kesimpulan

    Jelaslah, sesiapa sahaja boleh menjadi menghidap barah hatta artis Malaysia sakit kanser sekalipun. Malah, statistik kanser juga mempengaruhi semua orang secara sama rata.

    Semua orang mempunyai risiko untuk menghidap sakit kanser, sama jugalah dengan bapa, adik, jiran ataupun artis terkenal di Malaysia atau luar negara yang selalu anda tonton di kaca televisyen.

    Tetapi, apa yang membuatkan mereka berjaya menjadi pemandiri kanser ialah pengesanan dan juga rawatan awal.

    Malah, selepas menerima rawatan kanser, artis Malaysia sakit kanser juga masih melakukan pemeriksaan berkala untuk mengelakkan barah kembali semula.

    Apabila rawatan kanser tidak dapat dilakukan secepat mungkin, kos rawatan dan peluang untuk terus hidup akan semakin berkurangan.

    Sebab itulah, ujian saringan kanser merupakan sesuatu yang amat penting, lebih-lebih lagi jika anda tergolong dalam kumpulan berisiko.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan