backup og meta

Kini Sudah Ada Ujian HPV Untuk Saringan Kanser Serviks Selain Pap Smear!

Persatuan Kanser Amerika (ACS) telah mengeluarkan panduan terkini berkaitan dengan keberkesanan saringan virus human papiloma (HPV) dalam mengesan kanser serviks. Umumnya, kita tahu kanser itu boleh disaring melalui pemeriksaan pap smear.

Kini Sudah Ada Ujian HPV Untuk Saringan Kanser Serviks Selain Pap Smear!

Namun kini, ia tidak lagi dianggap sebagai satu kaedah yang efektif

Rumusan tersebut dibuat berdasarkan kepada dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019.

Menurut kajian tersebut, kira-kira 60 peratus wanita tidak membuat ujian pap smear sejak 3 tahun yang lalu.

Walau bagaimanapun, timbul persoalan berkaitan dengan ketepatan diagnosis jangkitan HPV dan risiko untuk mendapat kanser serviks.

Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut, baca artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser sila dapatkannya di sini.

Salah anggap tentang HPV

Sebelum kita menyelami jenis ujian yang ada, penting untuk memahami bahawa HPV adalah virus yang sangat biasa dan tersebar melalui sentuhan kulit ke kulit semasa hubungan intim.

Ramai yang tersalah anggap bahawa HPV hanya menyerang mereka yang tidak menjaga kebersihan atau mereka yang merasa sihat tidak akan dijangkiti.

Hakikatnya, 80% individu akan dijangkiti sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, dan virus ini sering kali tidak menunjukkan simptom jelas sehinggalah ia menjadi serius.

Bukan hanya untuk wanita: mengapa lelaki juga perlu peduli?

Walaupun ujian saringan ini difokuskan kepada wanita, lelaki memainkan peranan kritikal sebagai pembawa virus secara ‘senyap’.

Lelaki boleh menyebarkan HPV tanpa menunjukkan simptom, dan bagi mereka, jangkitan berisiko tinggi boleh membawa kepada kanser zakar, dubur, atau tekak.

Kesedaran mengenai ujian saringan pasangan adalah langkah pertama dalam memikul tanggungjawab bersama terhadap kesihatan seksual.

Mengapa ramai wanita tidak jalani pemeriksaan pap smear?

Aspek kewangan tidak sesekali menjadi isu dalam menjalani ujian pap smear.

Anggaran kos adalah sekitar RM40 hingga RM80 (berbeza mengikut klinik) dan ia hanya perlu dibuat tiga tahun sekali (atau seperti yang diarahkan oleh doktor).

Isu utama kepada peningkatan jumlah wanita yang tidak membuat ujian tersebut mempunyai kaitan dengan cara ujian pap smear itu sendiri.

Berbeza dengan ujian HPV yang hanya melibatkan prosedur pengambilan swab, dalam pap smear, doktor perlu mengambil sampel pada tisu serviks untuk dihantar ke makmal.

Perkara ini membuatkan individu wanita kurang selesa untuk tampil dan membuat ujian.

pemeriksaan pap smear
Jalani ujian HPV bersama doktor.

Seperti yang pembaca sedia maklum, ujian saringan penting bagi mengesan kanser pada peringkat awal.

Rawatan boleh diberikan secepat mungkin dan pesakit akan mempunyai peluang hidup yang lebih tinggi.

Namun, perkara tersebut tidak akan berlaku sekiranya prosedur saringan menjadi halangan kepada diagnosis kanser.

Melihat kepada keperluan ini, ujian HPV telah disarankan dan ia boleh dilakukan pada kekerapan 5 tahun sekali tanpa pemeriksaan pap smear.

Umur minimum bagi mereka yang perlu menjalani ujian juga telah dinaikkan kepada 25 tahun.

Ujian tersebut perlu dibuat sehinggalah wanita itu mencecah usia 65 tahun.

Apa itu HPV dan bagaimana ia boleh menyebabkan kanser serviks?

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (CDC), jangkitan oleh virus HPV merupakan jangkitan kelamin terlazim.

Oleh sebab itulah setiap pasangan (lelaki atau wanita) perlu memahami apa itu HPV dan bagaimana ia boleh mengancam nyawa penghidap.

Sehingga kini, dianggarkan terdapat lebih daripada 100 sub jenis HPV dan lebih daripada 40 daripadanya boleh disebarkan melalui hubungan seks.

Walau bagaimanapun, majoriti kes jangkitan pulih dengan sendirinya. Pun begitu, sub jenis tertentu boleh menyebabkan terjadinya masalah kutil kemaluan dan kanser.

Oleh sebab virus ini kebiasaannya tersebar melalui sentuhan kulit ke kulit, seseorang itu tidak perlu melakukan hubungan seks pun untuk mendapat jangkitan.

Ia boleh berlaku dalam diam (tanpa simptom) dan secara amnya, ia memberikan risiko kesihatan yang lebih kepada wanita berbanding lelaki.

Rasional pertukaran saranan daripada pemeriksaan pap smear kepada ujian HPV bersandarkan kepada fakta yang menunjukkan HPV merupakan punca utama berlakunya kanser serviks.

Peranannya dalam mengubah integriti sel serviks kepada sesuatu yang bersifat kanser telah dibuktikan melalui banyak kajian lepas.

pemeriksaan pap smear
Ini bagaimana vaksin HPV membantu mencegah kanser serviks.

Oleh sebab itulah rekomendasi bagi membuat saringan HPV dilihat sebagai langkah yang relevan.

Apa yang lebih menarik lagi adalah perubahan pada teknik saringan ini dianggarkan boleh meningkatkan kadar pengurangan insiden kanser serviks sebanyak 13%.

Kematian akibat kanser serviks juga boleh dikurangkan 7% lebih daripada pelaksanaan protokol saringan terdahulu.

Pasangan perlu proaktif galakkan ambil ujian HPV sebagai alternatif kepada pemeriksaan pap smear

pemeriksaan pap smear
Lakukan ujian HPV bersama-sama pasangan anda.

Bukan sahaja suami, keluarga juga perlu memainkan peranan penting bagi memastikan kanser serviks dapat dibendung.

Berbeza dengan prosedur pemeriksaan pap smear, anda boleh melakukan swab tersebut sendiri.

Anda akan diberikan peranti calitan yang kemudiannya perlu diserahkan semula kepada petugas kesihatan untuk ujian analisis menggunakan kaedah polimerase transkripsi terbalik (RT-PCR).

Galakan daripada pasangan untuk menjalani ujian HPV bukan sekadar sokongan moral, tetapi langkah perlindungan bagi kedua-dua pihak.

Oleh kerana jangkitan boleh berlaku berulang kali antara pasangan (reinfection cycle), memastikan seorang pasangan menjalani saringan dan rawatan adalah kunci untuk melindungi pasangan yang lain.

Ini adalah bentuk tanggung jawab bersama dalam memastikan hubungan kekal sihat dan bebas daripada risiko kanser.

Konklusi

Penting bagi setiap individu untuk memahami bahawa HPV boleh didiagnosis awal melalui ujian terbaharu ini.

Selain saringan, langkah pencegahan paling berkesan adalah melalui vaksinasi HPV bagi lelaki dan wanita, serta mengamalkan hubungan yang selamat.

Menerusi peningkatan kesedaran dan pendidikan, kita dapat menghapuskan stigma yang sering dikaitkan dengan HPV.

Jangan tunggu sehingga simptom muncul; bertindaklah sekarang demi masa depan anda dan pasangan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Cervical cancer screening for individuals at average risk: 2020 guideline update from the American Cancer Society. https://acsjournals.onlinelibrary.wiley.com/doi/full/10.3322/caac.21628. Diakses pada 7 Ogos 2020.
  2. Human Papillomavirus (HPV). https://www.cdc.gov/std/hpv/stdfact-hpv.htm. Diakses pada 7 Ogos 2020.
  3. HPV and Cancer. https://www.cancer.gov/about-cancer/causes-prevention/risk/infectious-agents/hpv-and-cancer. Diakses pada 7 Ogos 2020.
  4. Human papillomavirus. https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/human-papillomavirus. Diakses pada 7 Ogos 2020.
  5. Human Papillomavirus (HPV). https://www.hhs.gov/opa/reproductive-health/fact-sheets/sexually-transmitted-diseases/hpv/index.html. Diakses pada 7 Ogos 2020.
  6. Human papillomavirus (HPV) and cervical cancer. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/human-papillomavirus-(hpv)-and-cervical-cancer. Diakses pada 7 Ogos 2020.

Versi Terbaru

20/02/2026

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Waspada, Ini Tanda-Tanda Kanser Dan Komplikasi Yang Boleh Terjadi, Penting Untuk Anda Tahu!

Wow! Dengan Hanya Berjalan Kaki, Anda Terhindar Daripada 7 Jenis Kanser Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan