backup og meta

Lelaki Lembut Itu Gay? Eh, Jangan Salah Faham, Ini 6 Punca Lelaki Berperwatakan Feminin!

Lelaki Lembut Itu Gay? Eh, Jangan Salah Faham, Ini 6 Punca Lelaki Berperwatakan Feminin!

Pernahkah anda tonton drama ‘Sutun’ atau ‘Suamiku Encik Sotong’? Kedua-dua cerita yang pernah popular ini mempunyai satu persamaan – ia berkisar tentang kisah hidup seorang lelaki lembut atau ‘pondan’.

Namun, apakah maksud sebenar lelaki yang lembut? Ada orang kata, lelaki yang soft-spoken ini masih lagi dikira sebagai lelaki sejati sekiranya mereka sukakan wanita.

Namun, ada juga yang anggap terma ‘lelaki yang lembut’ hanya sesuai digunakan untuk lelaki yang menyerupai perempuan ataupun telah melakukan pembedahan menukar jantina. Hmm, apa pendapat anda?

Dalam artikel kali ini, kami akan membincangkan lebih lanjut mengenai lelaki yang berperwatakan lembut dan bezanya dengan ‘mak nyah’, ‘pondan’, transgender dan sebagainya. Kita juga akan menyelami dengan lebih mendalam mengenai lelaki lembut dari sudut psikologi.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.

Lelaki lembut tidak semestinya pondan!

lelaki lembut

Suka pakai baju pink, menjaga kebersihan, sensitif dan bercakap sopan tanda lelaki pondan? Eh, jangan salah faham! Sebenarnya, ada banyak perbezaan lelaki yang berperwatakan feminin dan juga ‘pondan’.

Lelaki yang mempunyai watak lembut ini selalunya suka dengan wanita. Mereka tidak bernafsu songsang, berbeza dengan golongan lelaki gay.

Jadi, jangan pula salah anggap! Bukan semua lelaki yang bercakap sopan dan pandai bergaya itu sebenarnya gay!

Sama jugalah dengan lelaki yang digelar metroseksual. Mereka tidak ada kaitan langsung dengan lelaki heteroseksual ya!

  • Heteroseksual: Cenderung tertarik dari segi seks kepada orang yang berlainan jantina
  • Metroseksual: Lelaki ‘straight’ yang sensitif, mengambil berat tentang penampilan diri, sukakan fesyen, sering memanjakan diri dan tidak malu untuk mengetengahkan sisi feminin

[embed-health-tool-bmi]

Apakah yang menyebabkan lelaki menjadi lembut?

Menurut sebuah kajian yang bertajuk ‘Lelaki Lembut: Faktor Dan Kesannya Kepada Pembentukan Sahsiah Mahasiswa IPTA’, ada beberapa faktor yang mungkin menyebabkan seorang lelaki menjadi lembut.

Antaranya ialah:

1. Gemar berkawan dengan perempuan

Sebahagian besar responden yang mengambil bahagian dalam kajian ini mengakui mereka suka berkawan dengan perempuan berbanding lelaki.

Bukan itu sahaja, disebabkan minat dan juga ‘jiwa’ yang hampir serupa, lelaki lembut rasa lebih rapat dan tidak akan dipulaukan sekiranya berkawan dengan perempuan. Mereka juga tidak akan menerima layanan yang sama sekiranya berkawan dengan lelaki biasa.

2. Trauma selepas bercinta dengan wanita

Kesan trauma juga dapat dilihat melalui emosi sedih dan takut.
Kesan trauma juga dapat dilihat melalui emosi sedih dan takut.

Ada juga lelaki yang mengakui mereka trauma selepas bercinta dengan wanita. Selepas dikecewakan, mereka tidak mahu lagi berhubungan dengan wanita!

3. Berkawan dengan lelaki lembut sejak di bangku sekolah

Selain itu, kebanyakan responden juga mengakui mereka telah berkawan dengan lelaki yang berperwatakan feminin sejak berada di bangku sekolah lagi. Apabila mereka memasuki universiti, mereka akan cuba mencari dan berkawan dengan ‘pondan’ yang lain.

Walaupun kebanyakan responden mempunyai kawan lelaki yang normal, mereka masih akan luangkan masa dengan kawan-kawan mereka yang digelar ‘pondan’ ini, terutamanya jika mereka mempunyai masalah peribadi, pelajaran atau hal kewangan.

Bukan itu sahaja, kelompok ini sebenarnya lebih ‘caring’. Mereka sanggup meluangkan masa untuk mengajar junior-junior yang mengalami kesukaran dalam pelajaran. Selain itu, mereka juga merupakan pendengar yang setia!

Baca juga:

4. Kurangnya kasih sayang seorang bapa

Bukan itu sahaja, ada juga responden yang mengakui bahawa kurangnya kasih sayang seorang bapa mungkin mendorongnya untuk menjadi seorang yang berperwatakan lembut.

Menurut responden tersebut, bapanya seorang yang sangat tegas. Oleh sebab itu, dia lebih rapat dengan ibu. Malahan, dia juga dibesarkan dengan adik-beradik perempuan. Pada waktu kecil, dia juga dipaksa untuk berkongsi bilik dengan adik-adiknya yang lain.

Lama-kelamaan, timbul minat dalam dirinya untuk mencuba apa yang ibu atau adik-beradik perempuan mereka pakai.

Disebabkan dia dibesarkan dalam kalangan wanita, dia lebih suka menonton program andaman, masakan dan rancangan-rancangan fesyen.

5. Jadi lelaki lembut disebabkan pengaruh media

Cara pemakaian lelaki lembut disebabkan oleh pengaruh media yang tidak terkawal. t
Cara pemakaian lelaki lembut disebabkan oleh pengaruh media yang tidak terkawal.

Seperti yang dinyatakan dalam perenggan di atas, pengaruh media juga mempunyai kesan terhadap perwatakan seseorang.

Menurut dua lagi responden lain dalam kajian yang sama, mereka sangat meminati rancangan-rancangan fesyen. Selain itu, mereka juga suka melihat model-model di kaca televisyen yang mempunyai rupa paras yang cantik dan kacak.

Walaupun watak ‘pondan’ di kaca televisyen selalunya dijadikan bahan lawak, namun ramai yang mengakui mereka sukakan gaya lelaki yang bersifat metroseksual. Jadi, selalunya jenis lelaki ini lebih gemar berdandan dan bersolek.

6. Minat yang tidak sama dengan lelaki lain

Kadangkala, perkara yang menyebabkan mereka tidak dapat ‘relate’ dengan lelaki biasa ialah minat. Lelaki yang berpewatakan lembut ini selalunya tidak suka tengok bola, main futsal atau melepak.

Mereka mempunyai hobi yang lebih feminin seperti menjahit, memasak, bersolek dan banyak lagi. Ada juga yang mengakui mereka ingin melanjutkan cita-cita dalam bidang yang mereka minati walaupun ia bersifat feminin.

Kesimpulannya, tidak semua lelaki yang bersifat lembut itu sesuai digelar ‘pondan’ hanya kerana sifat mereka yang lembut. Pendek kata, jaga mulut, jaga tingkah laku dan jangan bertindak menghukum orang.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. ‘It’s A Metrosexual Thing’: A Discourse Analytical Examination Of Masculinities. https://core.ac.uk/download/pdf/30624374.pdf. Accessed on February 16, 2023.
  2. Lelaki Lembut Dan Kesannya Kepada Pembentukan Sahsiah Mahasiswa. https://www.researchgate.net/publication/270706889_Lelaki_Lembut_Faktor_Dan_Kesannya_Kepada_Pembentukan_Sahsiah_Mahasiswa. Accessed on February 16, 2023.
  3. Metrosexual Man: How it is different from a homosexual man. https://wingsoverthehills.org/metrosexual-man-how-it-is-different-from-a-homosexual-man/. Accessed on February 16, 2023.
  4. Science still seen as male profession, according to international study of gender bias. https://www.science.org/content/article/science-still-seen-male-profession-according-international-study-gender-bias. Accessed on February 16, 2023.
  5. The Gender Gap in STEM Fields: The Impact of the Gender Stereotype of Math and Science on Secondary Students’ Career Aspirations. https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/feduc.2019.00060/full. Accessed on February 16, 2023.

Versi Terbaru

29/10/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Jambang Tebal Sebab Kerap Bercukur? Ini 5 Punca Ada Lelaki Berjambang & Tiada Bulu Muka!

Payudara Lelaki Membengkak, Jangan Ambil Ringan! Semak 6 Punca Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 29/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan