Diet alternatif bagi pesakit kanser payudara adalah pendekatan diet berfokuskan pada makanan ditanam. Makanan ditanam termasuklah makanan harian mengandungi bijirin penuh, buahan, sayuran, kekacang, bijian, herba, dan rempah. Pesakit juga boleh memakan daging dan produk tenusu tetapi hanya pada jumlah terkawal. Di bawah adalah dua diet alternatif yang mana ramai pesakit kanser payudara boleh ikutu untuk meningkatkan taraf kesihatan mereka secara positif keseluruhannya.
Pilihan Diet Alternatif bagi Pesakit Kanser Payudara
Pemakanan bebas tenusu
Sewaktu didiagnosis dengan kanser payudara, sesetengah orang akan segera memulakan diet dengan menghentikan produk tenusu. Mereka percaya bahawa dengan mengelak dari pengambilan produk tenusu dan digantikan dengan produk soya, atau makanan lain yang tidak mengandungi protein lemak dari susu. Belum ada lagi bukti saintifik yang konklusif menunjukkan faedah diet bebas tenusu bagi pesakit kanser. Maka, ramai pakar diet kesihatan mencadangkan pesakit untuk tidak menolak produk tenusu sepenuhnya dari makanan harian, tapi dengan menggantikannya dengan alternatif bukan-tenusu yang lebih baik.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen