backup og meta

WOW! Percaya Atau Tidak, Ada Satu Jenis Diet Yang Boleh Bantu Kita Lawan Depresi!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/07/2022

    WOW! Percaya Atau Tidak, Ada Satu Jenis Diet Yang Boleh Bantu Kita Lawan Depresi!

    Menurut kajian para pakar mental, dianggarkan bahawa kira-kira 10% daripada manusia akan atau masih mengalami depresi pada bila-bila waktu dalam kehidupan mereka.

    Ia adalah satu keadaan di mana berlakunya perubahan mood yang menjejaskan kehidupan dan kesihatan mental penderita jika tidak dirawat dengan kadar segera.

    Selain mengambil ubatan atau jalani terapi, Diet Mediterranean dipercayai boleh membantu!

    Apa itu definisi amalan Diet Mediterranean?

    Untuk pengetahuan anda, Diet Mediterranean adalah amalan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran, kekacang, minyak zaitun dan bijirin penuh.

    Diet ini juga akan kurang atau tidak langsung mengambil daging merah, daging proses, susu, lemak trans, lemak tepu serta gula halus yang diproses.

    Penyelidik dari Saint Louis University iaitu Edward Weiss berkata, makanan Mediterranean adalah sangat bagus kerana mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan.

    Antara manfaat utama yang selalu digembar-gemburkan adalah khas buat para atlet atau ahli sukan yang memerlukan tenaga untuk mempamerkan aksi hebat.

    Namun orang biasa juga disarankan untuk mengamalkannya terutamanya mereka yang mengalami depresi! Mengapa?

    diet vegan

    Diet Mediterranean boleh bantu lawan depresi?

    Menurut Profesor Psikiatri Mary Fristad dari The Ohio State University, masalah mental seperti depresi mungkin boleh dibantu dengan hanya mengamalkan diet pemakanan yang betul.

    Pertama sekali, kalian harus tahu bahawa diet ini yang banyak berfokuskan kepada tumbuhan adalah sangat bagus untuk mengurangkan kerengsaan di dalam otak.

    Selain itu, diet ini juga merangkumi polisi untuk tidak langsung menyentuh alkohol menjadikannya sangat bagus untuk minda dan tubuh badan yang lebih sihat.

    Dalam pada itu, Dr Konstantinos Argyropoulos dan pasukannya dari University in Patra, Greece juga berpendapat serupa mengenai kenyataan ini.

    Menurut mereka lagi, manfaat Diet Mediterranean mampu mencegah daripada berlakunya simptom depresi pada lewat usia sekiranya diamalkan sejak muda lagi.

    Jadi, anda mungkin mahu atau perlu cuba diet ini untuk kesihatan mental lebih baik pada masa akan datang!

    Namun, ia bukan sekadar pemakanan!

    Meskipun kita semua sudah tahu bahawa manfaat Diet Mediterranean ini adalah sangat bagus untuk membantu melawan depresi, namun kesihatan mental bukan hanya sekadar pada pemakanan.

    Ini kerana, terdapat 3 perkara utama menurut Mary Fristad yang akan menyumbang kepada kesihatan mental lebih baik yakni Sleeping (tidur), Eating (makan) dan Exercise (senaman) atau ‘SEE’.

    antidepresi

    Sekiranya ketiga-tiga perkara utama ini dapat dipraktikkan dengan cara yang betul, maka risiko serangan depresi juga mungkin akan dapat dikurangkan.

    Sebagai contoh yang ringkas, anda mungkin perlu untuk tidur lebih kurang 8 jam sehari, makan makanan yang bernutrisi tinggi serta kerap buat senaman dalam seminggu.

    Selain itu, wujudkah petua lain yang boleh diamalkan untuk mengelak dan merawat depresi ini?

    Elakkan serangan depresi dengan cara ini!

    Ya, tentu sahaja terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan serangan depresi selain mengamalkan manfaat Diet Mediterranean termasuklah:

    #1. Bersukan

    Sukan mampu menghilangkan tekanan kerana apabila kita bersukan, tubuh badan akan melepaskan sejenis hormon yang digelar endorfin.

    Hormon ini kemudian akan melahirkan rasa gembira dan membantu melawan depresi.

    #2. Bersosial

    Antara perkara yang sangat penting dalam mengelakkan depresi adalah untuk tidak bersendirian. Ya, anda perlu bersosial.

    Gunakan semua saluran yang ada kerana dengan teknologi yang semakin berkembang, ruang untuk bersosial terbentang luas.

    Paling penting, jangan lupa juga untuk sentiasa menghubungi ahli keluarga anda walau di manapun anda atau mereka berada.

    depresi

    Tip elak depresi #3. Tidur yang cukup

    Seperti mana yang telah termaktub dalam SEE di atas tadi, tidur adalah perkara yang pertama sekali.

    Ini kerana tidur memberikan tenaga kepada tubuh badan anda untuk berfungsi dengan baik dan tanpa rehat yang sepatutnya, fungsinya juga akan merosot.

    Kurang tidur juga boleh menjejaskan emosi anda sehingga membuatkan anda hilang fokus dan mudah marah. Ini sekali gus meningkatkan risiko depresi berlaku.

    #4. Kaunseling

    Akhir sekali, jangan sia-siakan pakar kaunseling yang tersedia di sekeliling anda dan jika menghadapi apa-apa masalah, dapatkan bantuan mereka.

    Anda juga mungkin boleh mulakan dan luahkan segala masalah kehidupan dengan kawan-kawan terlebih dahulu jika malu bertemu kaunselor.

    Adakah anda seorang yang pernah mengalami depresi? Jika ya, mungkin boleh cuba manfaat Diet Mediterranean bermula hari ini juga!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan