backup og meta

Mata Biru Senang Dapat Kanser? Ini 5 Jenis Kanser Mata Dan Punca Ia Berlaku

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 21/05/2021

    Mata Biru Senang Dapat Kanser? Ini 5 Jenis Kanser Mata Dan Punca Ia Berlaku

    Terdapat pelbagai jenis penyebab kanser mata yang boleh menjadi punca penyakit kanser yang didiagnosis.

    Dari sudut statistik, kanser mata jarang didiagnosis dalam kalangan individu di seluruh dunia.

    Di United Kingdom (UK), bancian yang dibuat pada tahun 2015 mendapati 738 individu telah didiagnosis dengan masalah tersebut.

    Secara umumnya, risiko anda untuk mendapat kanser mata meningkat apabila usia meningkat.

    Walau bagaimanapun, seperti masalah kanser yang lain, jenis kanser mata yang berbeza boleh berpunca daripada faktor risiko yang berlainan.

    Artikel ini akan membincangkan faktor risiko dan punca bagi 5 jenis kanser mata.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkan di sini.

    #1 Kanser mata melanoma

    Melanoma adalah sejenis kanser yang terbentuk pada sel yang menghasilkan pigmen kulit, melanin.

    Mungkin anda menganggap pigmen tersebut hanya ada pada kulit, namun mata kita juga mempunyai melanin.

    Oleh itu, mata juga berisiko untuk mendapat masalah kanser melanoma.

    Antara punca bagi masalah ini adalah:

    • Usia – Diagnosis sering dibuat dalam kalangan penghidap yang berusia 60 tahun
    • Bangsa – Mereka yang berkulit putih lebih cenderung mendapat kanser ini
    • Warna mata dan tona kulit – Individu dengan mata berwarna biru, hijau dan kelabu lebih mudah mendapat masalah ini. Risiko juga agak tinggi pada mereka yang berkulit cerah atau mempunyai jeragat
    • Tahi lalat – Terdapat individu yang mempunyai jumlah tahi lalat yang banyak. Ia mempunyai bentuk tidak rata dan warna yang berbeza. Individu dengan tahi lalat sebegitu berisiko tinggi untuk mendapat kanser melanoma kulit dan mata
    • Sindrom kanser warisan – Mutasi genetik pada gen BAP1 boleh meningkatkan risiko kanser mata, kulit dan lain-lain
    • Radiasi ultraungu (UV) – Walaupun tiada bukti klinikal yang mencukupi, radiasi UV juga boleh menyebabkan kanser mata. Ini termasuklah mereka yang terdedah secara langsung dengan UV ketika bekerja atau menggunakan katil UV

    #2 Kanser mata sel skuamos

    punca penyakit kanser

    Ini merupakan jenis kanser mata yang lazim didiagnosis dalam kalangan penghidap kanser.

    Ia boleh tumbuh pada permukaan kornea mata atau lapisan konjunktiva dalam kelopak mata. 

    Penyebab kanser mata jenis ini adalah seperti berikut:

    • Usia dan jantina – Sama seperti kanser mata yang lain, mereka yang berusia 60 tahun lebih berisiko didiagnosis. Lelaki juga lebih berisiko mengalami kanser ini berbanding wanita
    • Radiasi UV – Terik cahaya matahari dan pendedahan terhadap radiasi UV boleh menyebabkan masalah kanser ini
    • Jangkitan HIV – Mereka yang mengalami jangkitan HIV berisiko mendapat masalah kanser karsinoma mata. Perkara ini mempunyai sangkut paut dengan kesan aktiviti virus terhadap sistem pertahanan badan
    • Ubat yang menurunkan fungsi sistem imun – Mereka yang perlu mengambil ubat untuk menurunkan sistem imun boleh mendapat kanser mata. Ubat ini kebiasaannya diambil oleh mereka yang melalui prosedur pemindahan organ
    • Jangkitan HPV – Lazimnya, jangkitan HPV tidak menyebabkan sebarang masalah. Namun, bersama dengan faktor lain, ia boleh menyebabkan masalah kanser sel skuamos pada badan termasuklah pada organ mata

    #3 Limfoma mata

    Purata usia diagnosis bagi masalah kanser ini adalah pada sekitar 50 hingga 60 tahun.

    Mereka yang mengalami masalah sistem imun berisiko untuk mengalami kanser ini.

    Ini termasuklah:

  • Mereka yang mengambil ubat selepas prosedur pemindahan organ.
  • Mempunyai jangkitan HIV atau AIDS.
  • Didiagnosis dengan penyakit autoimun seperti artritis reumatoid.
  • Dilahirkan dengan sindrom penyakit yang menurunkan fungsi sistem imun.
  • Pun begitu, individu yang mempunyai sistem imun normal turut berisiko mengalami masalah ini.

    Punca di sebaliknya masih tidak jelas namun ia boleh jadi berikutan kecanggihan teknologi yang membolehkan diagnosis dibuat dengan lebih tepat.

    #4 Sarkoma kaposi mata

    penyebab kanser

    Walaupun sarkoma kaposi kebiasaannya menyebabkan perubahan patologi pada kulit, ia juga boleh mempengaruhi organ mata.

    Jenis kanser ini sangat jarang berlaku dan ia berpunca daripada virus herpes 8. 

    Mereka yang menghidap HIV peringkat lewat berisiko untuk mendapat masalah ini.

    Dalam kes yang sangat jarang berlaku, orang tua dan mereka (tanpa HIV) yang mempunyai masalah pada sistem imun badan boleh mendapat masalah ini.

    #5 Retinoblastoma

    Retinoblastoma jarang berlaku dan ia lazimnya didiagnosis dalam kalangan kanak-kanak terutamanya mereka yang berusia 5 tahun dan ke bawah.

    Punca penyakit kanser ini boleh berlaku akibat mutasi pada gen RB1 yang diwarisi daripada ibu bapa.

    Saintis masih lagi sedang cuba untuk mengenal pasti punca penyakit kanser mata ini. Antara faktor risiko yang boleh meningkatkan risiko kanser ini adalah:

    1. Ibu yang merokok ketika hamil.
    2. Usia ibu lanjut ketika melahirkan anak.

    Konklusi 

    Terdapat pelbagai faktor penyebab kanser mata. Ia bergantung kepada jenis kanser yang dialami.

    Kanser mata jarang didiagnosis. Namun, jika anda menghidapnya, rawatan awal boleh meningkatkan potensi kesembuhan dan menurunkan risiko komplikasi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 21/05/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan