Hasilkan diet pemakanan yang menyokong mata
Untuk mengelak dan mengawal masalah myopia, anda harus memberikan kumpulan nutrien yang mencukupi dalam diet pemakanan harian:
- Kumpulan makanan vitamin A: tomato, lobak, kuning telur dan sebagainya
- Kumpulan makanan karotena: kubis, kacang pea, ubi keledek dan lain-lain
- Kumpulan makanan crom: daging lembu, cendawan dan sebagainya
- Kumpulan makanan kalsium: susu, telur, udang, ikan laut dan lain-lain
Mengendalikan tekanan
Tekanan adalah salah satu sebab yang membuatkan mata menjadi letih. Pada masa sekarang, terlalu banyak benda yang perlu dipelajari oleh anak anda, ini akan membuatkan mata menjadi tegang. Ia boleh menyebabkan semua saraf bekerja lebih kuat di bawah tekanan yang tinggi. Ini berisiko membuatkan saraf cedera, menjadikan penglihatan mata merosot.
Menjaga kebersihan mata
Untuk memastikan anak anda mempunyai mata yang bersih dan baik, berikut adalah beberapa langkah yang disyorkan:
- Pakaikan anak anda cermin mata setiap kali keluar. Ini boleh melindungi mata mereka daripada debu, sinar-UV dan udara yang tercemar.
- Gunakan sapu tangan atau tisu bersih untuk mengelap muka. Jangan berkongsi atau menggunakan sapu tangan atau tisu yang sama dengan individu lain
- Nasihati anak anda untuk tidak menggosok mata dengan tangan kerana tangan adalah antara tempat yang mengandungi jumlah bakteria yang tinggi. Ini sekali gus meningkatkan risiko jangkitan pada mata
- Berjumpa dengan doktor jika anak anda mempunyai tanda-atau simptom yang abnormal.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen