Bentuk Endemik Kaposi’s Sarcoma – Pada tahun 1950, bentuk endemik penyakit ini telah dilaporkan dan ianya adalah salah satu daripada neoplasma (barah) yang paling kerap diperhatikan di Afrika tengah, mempengaruhi lelaki, wanita dan kanak-kanak. Selepas epidemik AIDS, insidens penyakit ini di kawasan tersebut meningkat dengan drastiknya, dengan Kaposi’s Sarcoma mewakili 48.6% daripada keseluruhan kanser dalam kalangan pesakit kanser lelaki dan prevalens dalam kalangan wanita meningkat kepada 17.9%.
Bentuk Iatrogenik Kaposi’s sarcoma – Pada tahun 70-an, bentuk Iatrogenik KS telah ditemui dan ianya melibatkan penyebaran penyakit ini kepada mereka yang menerima transplantasi organ dan juga dalam kalangan pesakit yang menjalani rawatan imunosupresif untuk penyakit-penyakit lain. Sejak kebelakangan ini, terdapat peningkatan laporan insidens KS Iatrogenik dalam kalangan mereka yang menjalani rawatan immunospresif dan juga rawatan menggunakan ejen biologik seperti rituximab dan infliximab. Namun yang demikian, kejadian KS dalam pesakit-pesakit ini kerapnya akan sembuh sendiri apabila rawatan imunosupresif tersebut dihentikan. Fokus baru kini diberikan kepada insidens Kaposi’s sarcoma dalam pesakit yang mempunyai sistem imun yang sangat lemah selepas prosedur transplantasi organ, melihat kepada insidens yang 400 hingga 500 kali ganda lebih tinggi dalam golongan ini berbanding populasi umum.
Sekiranya anda khuatir akan risiko anda untuk menghidap penyakit ini, berjumpalah dengan doktor anda untuk bertanyakan risiko dan tanda-tanda penyakit ini khususnya jika anda tergolong dalam golongan yang berisiko tinggi untuk menghidap Kaposi’s sarcoma.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen