Makanan Yang Dilarang Untuk Pesakit Kanser Kolorektal, Apa Yang Harus Dielakkan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 07/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kanser kolorektal, juga dikenali sebagai kanser usus atau rektum, adalah barah yang mempengaruhi usus besar dan rektum.

Persatuan Kanser Amerika menganggarkan sekitar 1 daripada 21 lelaki dan 1 daripada 23 wanita di Amerika Syarikat menghidap barah kolorektal sepanjang hayatnya.

Ini juga adalah penyebab utama kematian yang diakibatkan kanser pada wanita, dan yang ke-3 bagi kaum Adam.

Apa itu kanser kolorektal?

Kanser kolorektal mungkin tidak berbahaya atau bersifat barah, namun ia juga boleh menjadi malignant (bersifat agresif).

Kanser yang bersifat malignant boleh merebak ke bahagian badan lain dan merosakkannya.

Usus besar adalah aspek utama sistem pencernaan anda, yang memproses dan memberikan nutrien ke seluruh badan untuk memastikan anda kuat dan sihat.

Oleh itu, makan dengan baik dan kekalkan diet berkhasiat adalah salah satu kaedah terbaik yang boleh anda persiapkan untuk pulih daripada rawatan kanser kolorektal.

Faktor-faktor risiko

merokok jejaskan kesuburan

Antara faktor risiko yang mungkin termasuklah:

  • Usia lebih tua
  • Diet yang tinggi protein, lemak tepu, dan kalori
  • Diet yang rendah serat
  • Pengambilan alkohol yang tinggi
  • Pernah menghidap barah payudara, ovari, atau rahim
  • Sejarah keluarga kanser kolorektal
  • Berat badan berlebihan dan kegemukan
  • Merokok
  • Kekurangan aktiviti fizikal

Sebilangan besar kanser kolorektal berkembang dalam polip (adenoma) dan ia sering dijumpai di dalam dinding usus.

Di samping itu, amalan memakan daging merah atau diproses terlampau banyak juga boleh meningkatkan risiko kanser ini.

Menurut WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) kanser kolorektal adalah barah ke-2 paling sering berlaku dalam kalangan lelaki dan wanita, selepas kanser paru-paru.

Perubahan usus dan makanan yang harus dielak

Sekiranya anda pernah menjalani kolostomi (prosedur menebuk lubang di bahagian perut sebagai saluran pembuangan najis), anda mungkin memerlukan beberapa bulan agar usus kembali normal.

Sekiranya anda mempunyai kombinasi rawatan, anda mungkin mengalami perubahan berterusan pada usus.

Oleh itu, anda perlu mengelakkan makanan tertentu. Sesetengah makanan juga boleh menyebabkan masalah perut berangin.

Makanan-makanan yang berisiko menimbulkan angin adalah:

Tip pemakanan semasa menghidap kanser kolorektal

Usus besar mempunyai peranan penting dalam memastikan proses pencernaan yang betul.

Tubuh anda tidak akan mendapat nutrien, lemak, dan protein yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik ketika melawan barah.

Selain itu, rawatan kanser kolorektal seperti kemoterapi akan menyukarkan lagi proses pemulihan tubuh, kerana kadangkala rawatan tersebut akan menghancurkan tisu yang sihat.

Untuk membina semula kekuatan, pakar mengatakan ada beberapa aspek utama yang perlu diberi perhatian.

5 sehingga 6 porsi makanan kecil sehari disyorkan untuk mengelakkan rasa mual dan kembung.

Selain itu, amat penting agar anda tidak skip makan walau sesukar mana pun anda bergelut untuk menelan, cubalah untuk makan dan minum secara perlahan-lahan.

Anda juga boleh memilih makanan dan minuman yang bersuhu bilik atau lebih sejuk untuk membantu mengurangkan rasa mual.

Apa yang perlu diambil bagi membantu pemulihan

makanan sihat

Diet bagi rawatan selepas kanser juga harus diberi tumpuan, kepada amalan pemakanan yang baik.

Ini untuk membantu mencegah kanser dan penyakit kronik lain seperti penyakit jantung, darah tinggi, dan diabetes.

Oleh itu, pilih makanan yang kaya dengan lemak baik, daging tanpa lemak, dan protein berasaskan tumbuhan.

Produk tenusu rendah lemak juga merupakan pilihan yang baik. Pesakit kanser ini juga disarankan terus hadkan pengambilan alkohol dan tembakau sebanyak mungkin.

Bagi memastikan anda dapat manfaat yang terbaik daripada diet pemakanan bagi proses pemulihan, ini yang perlu anda ambil:

  • Isi pinggan anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Sayuran berdaun hijau gelap, mangga, beri, dan tembikai (seperti cantaloupe), adalah pilihan yang sihat dan baik untuk dijadikan makanan ringan
  • Minum air dan kekal hidrat. Ini dapat membantu pencernaan dan meredakan kesan sampingan seperti sembelit dan keletihan
  • Hadkan pengambilan kafein dan alkohol. Ini juga dapat membantu meningkatkan tenaga dan mengelakkan agar ubat bercampur dengan kafein dan alkohol
  • Cuba makanan tenusu diproses minimum yang kaya dengan kalsium dan vitamin D, seperti yogurt Greek. Probiotik dalam makanan ini dapat membantu pencernaan
  • Amalkan bijirin penuh quinoa, dan beras perang yang menyediakan serat, vitamin dan mineral penting seperti zat besi, magnesium dan folat

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Malu Terkentut Di Tempat Awam? Ini Sebab Tidak Boleh Tahan Kentut, Ada Kesannya Kepada Tubuh!

Buang angin atau kentut merupakan proses semula jadi badan, namun masyarakat mungkin memandang perkara ini sebagai agak tidak sopan mahupun menjijikkan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Pusat Kesihatan, Penyakit Perut/Gastrousus 24/08/2020 . 3 minit bacaan

Anak Kurus Kering Sebab Kurang Zat? Apa Lagi Salah Faham Tentang Malnutrisi? #6 Paling Top

Penyakit malnutrisi bukan sahaja menjadi masalah orang yang lapar tetapi diet mereka kekurangan nutrien, banyak mitos yang disalahertikan oleh orang ramai.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 16/07/2020 . 3 minit bacaan

7 Makanan Sesuai Diambil Wanita Sedang Datang Bulan, No 3 PALING Ramai Perempuan Suka!

Anda datang bulan? Rasa sakit badan dan ingin makan sesuatu yang sihat? Cuba 7 makanan ini untuk bantu anda kurang berasa sakit ketika haid!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 22/06/2020 . 3 minit bacaan

Dalam Sibuk Jaga Kesihatan Badan, Jangan Lupa Kesihatan Otak Anda Juga! Bahaya Jika Tak Dijaga

Otak manusia adalah antara bahagian penting yang perlu dijaga. Terdapat beberapa cara meningkatkan kecerdasan otak yang perlu anda lakukan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 02/06/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

makanan untuk otak

Nak Otak Cerdas Dan Ingatan Kuat? Amalkan Makan 5 Makanan Ini Untuk Kuatkan Minda Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
warna kulit

Rahsia Kulit Putih Hanya Dengan Makanan, Lepas Ini Tak Perlu Lagi Buat Rawatan Cerahkan Kulit

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
bahaya kanser kolon

‘Wakanda Selamanya!’, 4 Tahun Mendiang Chadwick Boseman Berjuang Melawan Kanser Kolon

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan
kesihatan mental

Betul Ke Individu Yang Kekurangan Vitamin B12 Berisiko Alami Masalah MENTAL? Bahaya Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan