AWAS! Ubah Tabiat Makan Laju, Bukan Saja Buat Anda Jadi GEMUK, Tapi Ada Banyak Risiko Lain!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Tahukah anda, salah satu sebab anda jadi gemuk adalah kerana tabiat makan dengan laju. Punca gemuk ini seringkali diabaikan oleh ramai pihak, sekali gus menyebabkan ia kelihatan seperti bukan satu perkara yang perlu dirisaukan.

Otak perlukan masa terima isyarat anda kenyang, sebab itu boleh jadi punca gemuk

Kita mungkin sering makan dengan laju dan berasa lapar lagi selepas itu. Lalu kita membuat keputusan untuk makan lagi sehinggalah perut berasa seperti hendak meletup atau berasa ingin muntah.

Namun, tahukah anda, otak memerlukan masa untuk memproses isyarat tubuh bahawa anda sebenarnya telah kenyang. Otak anda mungkin memerlukan masa sehingga 20 minit untuk menyedari yang perut anda sudahpun penuh.

Apabila anda makan dengan terlalu laju, anda lebih cenderung untuk makan lebih banyak makanan daripada keperluan sebenar tubuh badan.

Lama kelamaan, pengambilan kalori yang berlebihan daripada sumber makanan boleh menyebabkan anda jadi gemuk dan alami pertambahan berat badan yang agak signifikan.

Satu kajian yang dijalankan dalam kalangan kanak-kanak menunjukkan bahawa 60% daripada mereka yang makan dengan laju turut makan dengan banyak.

Individu yang makan dengan laju ini juga cenderung untuk mempunyai berat badan berlebihan sebanyak 3 kali ganda. 

Berisiko untuk alami obesiti di kemudian hari

punca gemuk

Obesiti merupakan salah satu daripada masalah kesihatan yang paling besar di seluruh dunia. Ini kerana masalah obesiti bukan disebabkan oleh satu faktor semata-mata seperti pemakanan yang tidak seimbang.

Ia juga boleh disebabkan oleh beberapa faktor lain seperti kehidupan yang tidak aktif dan makan dengan laju.

Siapa sangka, makan dengan laju juga boleh jadi punca gemuk. Menurut kajian, makan secara gelojoh ini boleh menjadi faktor risiko untuk seseorang itu menjadi obes.

Analisis terhadap 23 kajian yang lain menunjukkan, orang yang makan dengan gelojoh mempunyai dua kali ganda kecenderungan untuk menjadi obes berbanding orang yang makan dengan kelajuan biasa. 

Bukan hanya jadi punca gemuk, tetapi sebabkan masalah lain juga

Selain daripada jadi gemuk, makan dengan laju juga boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan yang lain. Ini termasuklah:

  • Kerintangan insulin: Makan dengan cepat telah dikaitkan dengan risiko yang tinggi untuk alami kerintangan insulin
  • Diabetes jenis 2: Makan dengan laju juga dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat diabetes jenis 2. Golongan ini mempunyai risiko sebanyak 2.5 kali ganda berbanding mereka yang makan dengan perlahan
  • Sindrom metabolik: Makan secara laju juga boleh meningkatkan risiko anda untuk mengalami sindrom metabolik, iaitu satu kumpulan faktor risiko yang meningkatkan potensi anda untuk mendapat diabetes dan juga penyakit jantung
  • Masalah penghadaman: Apabila anda makan dengan terlalu cepat, masalah berkaitan pencernaan pasti akan timbul. Ini kerana mereka yang makan dengan cepat cenderung untuk menggigit makanan dengan saiz yang besar sehingga menyebabkan gangguan pada penghadaman

Adakah saya perlu makan dengan perlahan selepas ini?

jadi gemuk

Semestinya. Ada satu kajian yang melibatkan dua kumpulan individu, satu kumpulan adalah mereka yang mempunyai berat badan yang normal, sementara kumpulan kedua adalah mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

Kedua-dua kumpulan mengambil beberapa kalori ketika waktu makan secara perlahan-lahan. Kumpulan-kumpulan ini turut melaporkan bahawa mereka berasa kenyang dalam tempoh yang lama setelah makan secara perlahan-lahan.

Mereka juga kurang berasa lapar 60 minit selepas waktu makan perlahan berbanding selepas waktu makan laju. Ini menunjukkan bahawa makan dengan perlahan berpotensi membuatkan anda kehilangan berat badan dari semasa ke semasa.

Perlu diketahui bahawa nafsu makan dan pengambilan kalori dikawal oleh hormon anda. Selepas anda makan, usus anda akan menekan sejenis hormon yang disebut sebagai ghrelin.

Hormon inilah yang bertanggungjawab mengawal rasa lapar. Hormon ini kemudiannya akan melepaskan hormon kenyang.

Hormon ini akan memberitahu otak anda bahawa anda sudah pun makan, mengurangkan selera makan, membuatkan anda berasa kenyang lalu membantu anda untuk berhenti makan dengan serta-merta.

Kesemua proses ini boleh memakan masa sekitar 20 minit. Oleh sebab itu, apabila anda makan dengan perlahan, anda sebenarnya telah memberikan masa yang cukup untuk otak anda memproses isyarat bahawa anda sudah kenyang. 

Cara untuk makan secara perlahan dan tidak jadi punca gemuk

Jika anda tidak mahu jadi gemuk, ini teknik yang perlu anda lakukan untuk memperlahankan kadar waktu makan anda. 

  • Jangan makan depan televisyen atau ketika menonton sesuatu
  • Letakkan sudu atau garpu setelah setiap kali anda menyuapkan makanan ke dalam mulut
  • Jangan biarkan diri anda menjadi terlalu lapar
  • Kerap minum air untuk kurangkan rasa lapar dan dahaga
  • Banyakkan kunyahan ketika memasukkan makanan ke dalam mulut sebelum menelannya
  • Makan makanan yang kaya dengan kandungan serat
  • Gigit makanan dengan gigitan yang kecil
  • Berpada-pada ketika makan dan kawal saiz pemakanan anda

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ini Cara Mudah Elak Anak Obes Apabila Besar, Ibu Kena Berikan Si Manja Susu Badan Eksklusif

Kebaikan penyusuan susu ibu sama ada pada anak mahupun ibu itu sendiri sudah diketahui. Tetapi benarkah susu badan kurangkan risiko obesiti pada si manja?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penyusuan Badan 06/01/2021 . 3 minit bacaan

Info Lengkap Mengenai Obesiti: Punca, Komplikasi Dan Langkah Pencegahan

Obesiti boleh dikategorikan sebagai penyakit kronik yang kini didiagnosis dalam kalangan 650 juta orang dewasa di seluruh dunia. Ini kesannya...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Obesiti, Pemakanan Sihat 30/12/2020 . 4 minit bacaan

Masalah Darah Beku Secara Tiba-tiba Boleh Membawa Maut! Ini 7 Puncanya

Penyakit darah beku boleh menyebabkan saluran darah tersumbat. Jika tidak dicegah, anda boleh diserang penyakit seperti sakit jantung dan strok!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gangguan Darah, Gangguan Platelet 08/12/2020 . 3 minit bacaan

AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

Tidur malam berkualiti baik untuk proses pemulihan tubuh. Tapi wujud masalah kesihatan jika tidur berlebihan. Tak percaya? Hello Doktor ada penjelasannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gangguan Tidur, Tidur Berkualiti 26/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

anak tidur berdengkur

Si Kecil Boleh Alami 7 Kesan Berdengkur Ini Jika Tidak Dapat Rawatan Segera Doktor Gigi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan
kalori per hari untuk diet

Psssttt.. Ini Rahsia Nak Kurus! Jaga Pengambilan KALORI Harian, Ikut Cara Ini Pasti Jadi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
minyak kelapa dara dan santan

FAKTA! Santan & Minyak Kelapa Dara VCO Berkalori Tinggi, Jadi Sila Ambil Berpada-pada

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 13/01/2021 . 3 minit bacaan
berat badan naik haid

Stres! Tiap Kali DATANG BULAN Mesti Berat Badan Naik, Ini Faktor Wanita Gemuk Ketika Period

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 06/01/2021 . 3 minit bacaan