backup og meta

13 Gejala Ini Tanda Anda Mungkin Alami Kanser Kolon, Jom Semak Sekarang!

Pada peringkat awal, gejala kanser kolon atau kolorektal biasanya asimtomatik, bermakna ia tidak menyebabkan simptom. Dalam tempoh ini, kanser tidak merebak ke nodus limfa berdekatan atau ke bahagian lain badan. 

13 Gejala Ini Tanda Anda Mungkin Alami Kanser Kolon, Jom Semak Sekarang!

Gejala kanser kolon jenis 1 dan 2

  • Perubahan pergerakan usus. Anda boleh mengalami cirit-birit yang berterusan atau sembelit berulang. Perubahan ini boleh berlangsung selama beberapa minggu
  • Jika kebiasaannya berlaku pergerakan usus harian yang kerap, anda mungkin mendapati kekerapannya telah berubah
  • Pendarahan daripada rektum biasanya boleh menjadi gejala sembelit atau buasir yang teruk. Tetapi ia juga boleh menjadi petunjuk masalah yang lebih serius seperti kanser kolorektal. Jika ini berlaku, anda dapat melihat bahawa najis berwarna terang, merah gelap atau kelihatan hitam kerana darah lama. Selepas mengelap dengan kertas tandas, mungkin terdapat kesan darah

gejala kanser kolon

Simptom kanser kolon jenis 3

Apabila kanser telah berpindah ke nodus limfa, bermakna anda berada di peringkat 3 kanser kolon. Berikut adalah gejala kanser kolon yang mungkin dialami:

  • Keletihan berlebihan dan rasa lemah yang tidak dapat dijelaskan. Walaupun mendapat tidur yang cukup dan tidak mengalami sebarang peristiwa kehidupan tertekan, anda boleh merasa letih sepanjang masa
  • Penurunan berat badan yang tidak disengajakan. Penurunan berat badan juga mungkin berkaitan dengan bagaimana gejala lain, termasuk loya, cirit-birit atau sakit perut yang menjejaskan selera makan
  • Rasa usus tidak kosong sepenuhnya
  • Muntah. Halangan pergerakan usus apabila sel-sel kanser merebak boleh menyebabkan loya dan muntah

Gejala kanser kolon jenis 4

Apakah simptom kanser kolon tahap 4? Peringkat 4 adalah apabila kanser telah merebak ke organ-organ lain yang jauh, seperti hati atau paru-paru, maka anda akan mengalami gejala seperti:

  • Jaundis atau mata dan kulit kuning
  • Bengkak di tangan atau kaki. Petanda bahawa kanser merebak dan menjejaskan hati
  • Kesukaran bernafas. Jika paru-paru terjejas, gejala mungkin termasuk sesak nafas. Tetapi ia mungkin tidak serius
  • Sakit kepala kronik. Jika otak dan/atau saraf tunjang terjejas, gejala mungkin termasuk sakit, kekeliruan, kehilangan ingatan, sakit kepala, penglihatan kabur atau berganda, kesukaran bercakap dan/atau sawan
  • Penglihatan kabur. Simptom menjejaskan penglihatan ini adalah kesan sampingan disebabkan kanser kolon jarang berlaku
  • Patah tulang. Adalah diakui bahawa kanser kolorektal tidak sering merebak ke tulang. Beberapa tanda-tanda ini termasuk sakit tulang, kelemahan, kebas, kesukaran membuang air kecil, loya, dahaga, sembelit, keletihan, kekeliruan dan ketidakselesaan umum untuk jangka masa yang panjang

Apa yang perlu dilakukan jika anda mempunyai gejala kanser kolon?

Secara keseluruhan, kanser kolorektal adalah salah satu jenis kanser yang paling boleh dirawat dan sangat boleh dicegah jika dikesan lebih awal. 

Jika setiap orang yang berisiko melakukan menjalani pemeriksaan kolonoskopi, dianggarkan sehingga 85% bahaya kolorektal boleh dielakkan atau dirawat dengan berkesan.

Pemeriksaan kanser kolon yang kerap boleh membantu mengesan polip lebih awal dan doktor anda mungkin dapat membuangnya semasa kolonoskopi.

gejala kanser kolon

Gejala yang dialami anda mungkin juga didasari masalah kesihatan lain seperti:

  • Buasir
  • Keradangan kolon (IBD)
  • Penyakit radang usus (IBS)

Cadangan pemeriksaan untuk kanser kolon

Jika tanda-tanda dan simptom menunjukkan bahawa anda mungkin mengalami kanser kolon, doktor boleh mengesyorkan satu atau lebih ujian dan prosedur, termasuk: 

  • Menggunakan skop untuk memeriksa bahagian dalam kolon (kolonoskopi)
  • Ujian darah

Rujuk doktor jika anda merasakan mana-mana gejala yang disebutkan di atas atau mempunyai sebarang kebimbangan lain mengenai kesihatan kolon.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Do I Have Colorectal Cancer? Signs, Symptoms and Work-Up. https://www.cancer.org/latest-news/signs-and-symptoms-of-colon-cancer.html, Accessed on Sept 7, 2022
  2. Understanding Nausea and Vomiting. https://www.cancer.org/treatment/treatments-and-side-effects/physical-side-effects/nausea-and-vomiting/what-is-it.html, Accessed on Sept 7, 2022
  3. Kannan Thanikachalam* and Gazala Khan. (2019). Colorectal Cancer and Nutrition. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6357054/, Accessed on Sept 7, 2022
  4. Colon cancer. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/colon-cancer/symptoms-causes/syc-20353669, Accessed on Sept 7, 2022
  5. Colorectal (Colon) Cancer. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/14501-colorectal-colon-cancer, Accessed on Sept 7, 2022 

Versi Terbaru

23/09/2026

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Takut Nak Jalani Pemeriksaan Kolonoskopi? Cuba 7 Kaedah Alternatif Ini

Lakukan Ujian Najis Untuk Kesan Kanser Kolorektal, Adakah Benar-benar Berkesan?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 jam lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan