Jika anda kerap mengalami sakit perut, anda perlu lakukan pemeriksaan dengan doktor anda untuk melihat sama ada ia menandakan keadaan perbubatan. Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang keadaan perubatan yang boleh menyebabkan sakit perut, anda perlu menganalisis reaksi anda kepada tekanan. Apabila anda pasti kesakitan berasal dari kegelisagan, terdapat langkah yang boleh anda ambil untuk mengawalnya.
Ramai orang memilih untuk menjalani terapi. Itu adalah pilihan yang baik, tetapi ia bukan satu-satunya. Malah, anda benar-benar boleh belajar untuk menguruskan tekanan anda sendiri. Berikut adalah beberapa tip untuk membantu meringankan emosi anda:
- Ambil nafas mendalam, kemudian biarkan udara keluar perlahan-lahan. Lakukan sehingga anda tenang.
- Cuba bersenam atau bermeditasi.
- Lakukan sesuatu yang menyenangkan untuk mengalihkan fikiran.
- Bercakap dengan rakan atau keluarga anda.
- Rancang bagaimana anda akan menangani masalah, langkah demi langkah.
- Mengamalkan diet yang sihat.
- Dapatkan rehat yang mencukupi.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen