backup og meta

6 Fakta Tentang Kanser Yang Ramai Masih Tak Tahu, No. 4 Paling Mengejutkan!

Dengan mengetahui 6 fakta tentang kanser, kita dapat meningkatkan kesedaran tentang faktor risiko, tanda awal serta langkah pencegahan yang boleh diambil untuk menjaga kesihatan dengan lebih baik.

6 Fakta Tentang Kanser Yang Ramai Masih Tak Tahu, No. 4 Paling Mengejutkan!

Ini kerana kanser merupakan antara penyakit yang sering menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat kerana kesannya yang serius terhadap kesihatan.

Namun, masih ramai yang kurang memahami maklumat sebenar mengenai penyakit ini.

Terdapat banyak salah faham terhadap kanser yang berlegar dalam masyarakat.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kanser, anda boleh klik di sini.

6 fakta tentang kanser

Mari kita lihat 6 fakta tentang kanser di bawah.

1. Tahap kanser melibatkan semua umur

Antara fahaman yang salah adalah kanser hanya melibatkan orang tua.

Walaupun banyak kanser berlaku pada orang tua, ada juga kanser yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak, khususnya kanser tulang.

2. Kanser tidak hanya berlaku di negara miskin dan membangun

Kanser boleh melibatkan semua peringkat masyarakat, sama ada orang kaya atau miskin, di negara maju atau membangun.

Namun sekitar 70 peratus darinya berlaku dalam negara berpendapatan rendah dan pertengahan kerana faktor-faktor risiko tertentu.

3. Barah payudara adalah kanser paling bahaya untuk wanita

Di Malaysia, 1 daripada 19 wanita berisiko mendapat kanser payudara.

6 fakta tentang kanser
Kanser payudara, mimpi ngeri buat wanita.

Di Eropah lebih tinggi, iaitu 1 daripada 9 wanita. Ini adalah kerana faktor gaya hidup dan bilangan anak yang berbeza.

4. Barah paru-paru adalah kanser paling bahaya buat lelaki

Faktor risiko utamanya adalah merokok. Peratusan wanita juga semakin meningkat disebabkan peningkatan jumlah wanita yang merokok.

5. Vaksin boleh mencegah penyakit kanser

Tiada vaksin boleh mencegah kanser secara khusus tetapi ada beberapa jangkitan yang meningkatkan risiko kepada kanser.

Contohnya adalah virus papilloma manusia (HPV) yang boleh menyebabkan kanser serviks dan virus hepatitis B yang menyebabkan kanser hati.

Vaksin kedua-dua virus ini boleh mencegah kanser yang berkaitan.

6. Tidak semua berakhir dengan kematian, ada rawatan kanser

Dengan perkembangan teknologi dan kajian terhadap kanser, ada beberapa kanser yang boleh dirawat. Antaranya ialah limfoma, leukemia dan kanser tiroid.

Kesimpulan

Memahami 6 fakta tentang kanser dapat membantu meningkatkan kesedaran tentang penyakit ini dan kepentingan pengesanan awal.

Dengan pengetahuan yang betul, setiap individu dapat mengambil langkah pencegahan yang sesuai serta mendapatkan rawatan lebih awal jika diperlukan.

Kesedaran tentang fakta yang betul juga dapat membantu masyarakat membuat keputusan yang lebih bijak demi menjaga kesihatan jangka panjang.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

11 Facts About Cancer. https://dosomething.org/article/11-facts-about-cancer. Diakses March 13, 2026.

Cancer. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/12194-cancer. Diakses March 13, 2026.

Cancer: Facts and Guidelines. https://www.moh.gov.sa/en/awarenessplateform/ChronicDisease/Documents/Cancer-Factsand-Guidelines.pdf. Diakses pada March 13, 2026.

Cancer Facts and Statistics. https://www.cancer.org/research/cancer-facts-statistics.html. Diakses March 13, 2026.

Cancer. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/cancer. Diakses March 13, 2026.

Versi Terbaru

13/03/2026

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Tahi Lalat Berubah Bentuk? Hati-hati, Itu Mungkin Simptom Barah Kulit

Ibu Lepas Kanser Pun Boleh Susukan Anak? Ini Cara Yang Selamat!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 4 jam lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan