Ibu Hidap Kanser Breast, Masih Boleh Susukan Bayi? Ini Jawapannya!
Diagnosis kanser breast bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan ibu, malah boleh menimbulkan pelbagai persoalan mengenai penyusuan bayi.

Ramai ibu tertanya-tanya sama ada mereka masih boleh menyusukan anak ketika menjalani rawatan atau selepas sembuh.
Jawapannya bergantung kepada jenis rawatan yang diterima, tahap penyakit serta keadaan kesihatan ibu.
Artikel ini akan menjelaskan tentang rawatan kanser payudara, penyusuan semasa dan selepas rawatan serta kesan kanser terhadap susu ibu.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kanser, anda boleh klik di sini.
Apakah punca breast kanser?
Walaupun punca sebenar breast kanser masih belum diketahui sepenuhnya, beberapa faktor boleh meningkatkan kemungkinan seseorang menghidap penyakit ini.
Antaranya ialah:
- Pertambahan usia
- Sejarah keluarga yang menghidap kanser payudara
- Mutasi gen seperti BRCA1 dan BRCA2
- Perubahan hormon
- Berat badan berlebihan selepas menopaus
- Pengambilan alkohol
Walaupun mempunyai faktor risiko tidak bermaksud seseorang pasti mendapat kanser, pemeriksaan awal tetap penting.
Siapa yang mempunyai risiko kanser payudara lebih tinggi?
Selain faktor genetik, terdapat beberapa keadaan yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara.
Golongan yang mempunyai risiko lebih tinggi termasuk:
- Wanita berusia 50 tahun ke atas
- Individu yang mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser payudara atau ovari
- Wanita yang tidak pernah hamil atau hamil pada usia yang lebih lewat
- Individu yang kurang aktif secara fizikal
- Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan selepas menopaus
Mengenali faktor risiko membolehkan seseorang mendapatkan saringan dan pemeriksaan lebih awal
Selamatkah menyusu jika menghidap kanser breast?
Secara umumnya, penyusuan tidak digalakkan semasa rawatan aktif seperti kemoterapi atau terapi sasaran kerana sesetengah ubat boleh memasuki susu ibu dan memberi kesan kepada bayi.
Namun selepas rawatan selesai, sesetengah ibu masih berpeluang menyusukan bayi, bergantung kepada:
- Jenis rawatan yang diterima
- Keadaan payudara selepas pembedahan
- Nasihat doktor dan pakar laktasi
- Tahap kesihatan ibu secara keseluruhan

Bagaimana rawatan mempengaruhi penyusuan?
Rawatan kanser breast boleh memberi kesan terhadap penghasilan susu dan keupayaan ibu untuk menyusu.
Tahap kesannya bergantung pada jenis rawatan yang diterima, bahagian payudara yang terlibat serta keadaan kesihatan ibu selepas rawatan.
Antara rawatan yang boleh mempengaruhi penyusuan ialah:
- Pembedahan – boleh menjejaskan saluran susu.
- Radioterapi – boleh mengurangkan penghasilan susu pada payudara yang dirawat.
- Kemoterapi – penyusuan perlu dihentikan sepanjang rawatan.
- Terapi hormon atau terapi sasaran – sesetengah ubat juga tidak selamat ketika menyusu.
Penyusuan semasa kemoterapi
Penyusuan ketika menjalani kemoterapi tidak disarankan kerana ubat boleh dipindahkan kepada bayi melalui susu ibu.
Bagi ibu yang ingin menyusukan bayi selepas rawatan selesai, doktor mungkin mencadangkan supaya ibu:
- Mengepam susu untuk mengekalkan penghasilan susu.
- Membuang susu yang dipam sepanjang tempoh rawatan.
- Menyambung penyusuan hanya selepas doktor mengesahkan ia selamat.
Penyusuan selepas rawatan
Selepas rawatan tamat, ramai wanita masih berjaya menyusukan bayi, walaupun hanya menggunakan sebelah payudara.
Setiap individu mempunyai pengalaman yang berbeza bergantung kepada:
- Jenis rawatan
- Tahap kerosakan tisu payudara
- Penghasilan susu
- Kesihatan ibu selepas rawatan
Kesimpulan
Walau bagaimanapun, keputusan untuk meneruskan penyusuan bergantung kepada jenis rawatan, keadaan kesihatan ibu dan nasihat doktor.