Mungkin masih ramai yang belum pernah baca, dengar apatah lagi tahu tentang kegunaan garam Epsom bukan? Tidak patut begitu ya, ikuti artikel kami untuk belajar tentang garam yang ajaib ini dengan lebih mendalam lagi!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Herba, sila dapatkannya di sini.
Apa dia kegunaan garam Epsom?
Namanya berasal dari kota Epsom di Surrey, England, ia adalah sejenis garam yang tercipta hasil sebatian magnesium, sulfur serta oksigen sehingga menjadi magnesium sulfat.
Meskipun disebut sebagai ‘garam’, namun garam ini bukan garam dapur yang biasa digunakan dalam masakan kerana ia lebih tepat dipraktikkan sebagai ubatan atau rawatan tradisional.
Ia disebut sebagai garam kerana garam ini memiliki struktur kimia magnesium sulfat (MgSO4).
Kegunaan garam Epsom tidak lain tidak bukan adalah untuk membantu dalam usaha merawat pelbagai jenis keadaan kesihatan atau penyakit yang berlaku pada tubuh badan kita.
Antara kegunaan garam ini yang paling utama adalah untuk melegakan serta menghilangkan tekanan dan stres dengan cara menjadikan ia sebagai sapuan, rendaman atau minuman.
Dalam erti kata lebih mudah, kegunaannya bukan dalam masakan tetapi ubatan serta rawatan.
Apa pula kebaikan garam Epsom?
Jangan tidak tahu ya, ada banyak kebaikan garam ini terhadap kesihatan tubuh badan termasuk:
#1. Meningkatkan prestasi atlet
Sebagai ahli sukan atau atlet, anda sudah pasti mahukan prestasi kecergasan atau kekuatan tubuh badan sentiasa berada di tahap yang terbaik, jadi garam ini mungkin boleh bantu.
Menurut kajian terbitan Journal of the International Society of Sports Nutrition, pengambilan suplemen magnesium sulfat mampu meningkatkan prestasi dan proses pemulihan.
Maka, tidak hairan jika ada individu yang ambil garam ini sebelum atau selepas bermain sukan.
Kebaikan garam Epsom #2. Bagus untuk otot
Dalam usaha untuk tubuh badan anda menjalankan sistem dan fungsi dengan baik, maka ia akan memerlukan magnesium yang cukup kerana ia mungkin tidak dapat berkontraksi atau berelaksasi, sekali gus menjadi punca kekejangan otot.
Penggunaan garam ini sebagai ubat sapuan atau air rendaman pada bahagian otot yang telah kejang itu mungkin akan dapat membantu merawat dan melegakan masalah otot anda.
Kebaikan garam ini #3. Bagus untuk otak
Bukan sahaja pada otot, kekurangan magnesium dalam tubuh badan juga akan beri tekanan pada otak lantas menyebabkan masalah seperti stres. Ini kerana ia penting untuk menghasilkan zat kimia dalam otak yang mengawal emosi anda.
Pengambilan garam ini secara oral atau topikal mungkin akan dapat bantu tubuh badan anda menyerap magnesium dengan lebih banyak lantas membuat mental anda lebih tenang.
#4. Membantu anda tidur lebih lena
Siapa yang sangka jika garam ini juga punya manfaat untuk merawat insomnia, lantas membantu anda tidur lebih lena ekoran ia boleh meningkatkan penghasilan hormon melatonin.
Buat anda yang belum tahu, hormon ini bersama dengan zat kimia dalam otak yang seimbang itu sangat penting untuk anda mendapatkan kualiti dan kuantiti tidur yang baik.
Setiap kali anda sukar untuk tidur, cubalah mandi air hangat bersama garam ini agar lebih relaks.
Kebaikan garam Epsom #5. Bagus untuk perut
Tahukah anda bahawa kebanyakan ubat julap itu tinggi dengan magnesium? Ini kerana mineral itu berfungsi dengan cara menarik air ke dalam tinja lantas merawat sembelit.
Disebabkan itu juga, pengambilan garam ini secara oral mungkin boleh membantu merawat sembelit. Namun, jangan lupa dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor, ya!
#6. Merawat rambut dan kulit kepala
Magnesium merupakan salah satu mineral yang paling penting untuk kesihatan mahkota individu kerana ia akan mampu melancarkan lagi sirkulasi darah di dalam kulit kepala.
Tidak hanya itu, mineral ini juga bagus untuk melembapkan kulit kepala sekali gus menjadikan ia tempat yang sesuai untuk rambut itu tumbuh dengan lebih lebat, tebal lagi sihat.
Tidak juga sukar, caranya anda hanya perlu guna garam ini umpama syampu ketika sedang mandi.
#7. Merawat masalah bengkak susu wanita
Wanita yang khas menyusukan bayi mereka dengan susu badan mungkin akan mengalami masalah bengkak susu akibat susu yang tersimpan atau tersekat di dalam puting payudara.
Dipercayai bahawa penyapuan garam ini pada kawasan sekitar puting secara lembut dan kerap dapat membantu wanita meredakan lantas menyelesaikan masalah bengkak susu ini.
Namun itu bukan bermakna anda tidak perlu membuang susu yang tertinggal dalam payudara, ya!
Walau bagaimanapun, kami sarankan sebelum anda amalkan garam ini, dapatkan dahulu nasihat daripada doktor anda.
[embed-health-tool-bmi]