backup og meta

Nak Rambut Menawan Macam Model? Ini 7 Kelebihan Guna Serum Rambut

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/06/2022

    Nak Rambut Menawan Macam Model? Ini 7 Kelebihan Guna Serum Rambut

    Selain syampu dan perapi, sebenarnya penggunaan serum rambut amat penting dalam rutin penjagaan harian.

    Ingin tahu kelebihannya dan bagaimana cara memilih produk yang bersesuaian dengan rambut? Dalam perkongsian artikel ini, ada jawapannya. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Apa sebenarnya serum rambut?

    Serum adalah produk penggayaan berasaskan silikon yang direka untuk ‘membalut’ permukaan rambut bagi memberikan kilauan, kelicinan, penghidratan dan kelembapan serta perlindungan tambahan daripada pencemaran.

    Boleh digunakan ketika rambut basah ataupun kering, ia berfungsi sebagai rawatan prapenggayaan dan produk kemasan (finishing product).

    Di pasaran, terdapat pelbagai jenis produk untuk keadaan rambut yang berbeza. 

    Bergantung kepada formula, ada produk yang mungkin dapat mengurangkan keriting, lebih bersinar atau meluruskan rambut. Ada juga formula yang boleh melindungi rambut daripada pelbagai bentuk kerosakan. 

    serum rambut

    Manfaat penggunaan serum rambut

    Terdapat banyak kebaikan yang boleh diperolehi rambut, antaranya:

    Kurangkan masalah rambut kembang

    Bagi rambut yang tidak bermaya dan mudah rosak, biasanya ia akan mengembang atau kering. Silikon dalam serum boleh membantu mengawal masalah ini. 

    Ia akan menambah berat pada helaian rambut yang tidak bermaya. Keupayaan silikon untuk menyaluti rambut anda juga membantu mengekalkan corak keriting semula jadinya.

    Jadikan rambut lebih licin

    Sifat anti frizz pada serum akan membantu meningkatkan kelicinan rambut anda. Ini disebabkan oleh tindakan salutan silikon yang menampakkan helaian rambut lebih licin dan bersinar.

    Mengurangkan rambut kusut

    Apabila rambut licin, ia akan mengurangkan kemungkinan untuk menjadi kusut atau bersimpul. Kesan kusut pada serum membuatkan rambut lebih mudah untuk disikat, digayakan dan diurus.

    Rambut lebih bersinar

    Rambut yang licin akan cenderung tampak berkilat dan bersinar. Selain itu, beberapa jenis silikon yang digunakan dalam serum dapat membantu memantulkan cahaya, sekali gus meningkatkan lagi sinar pada rambut.

    Penggunaan serum rambut terbaik #Melindungi daripada kerosakan

    Kerana terdapat serum yang menyaluti helaian makhota anda, ia dapat membantu melindunginya daripada pelbagai jenis kerosakan. 

    Ini termasuk kerosakan yang disebabkan oleh:

    • Pemprosesan kimia – pewarnaan, meluruskan atau mengeritingkan rambut
    • Kerosakan haba – alat pengering dan haba daripada alat penggayaan rambut
    • Tekanan persekitaran – pendedahan matahari
    • Tekanan mekanikal – penggayaan rambut berulang

    Sesetengah produk dipasarkan sebagai pelindung haba, yang digunakan sebelum menggunakan alat penggayaan rambut.

    serum rambut

    Keriting atau lurus dengan lebih baik

    Menurut pakar, bentuk folikel rambut menentukan jenis rambut anda, sama ada:

  • Lurus 
  • Beralun 
  • Keriting 
  • Bergelombang (coily)
  • Jika berambut keriting, anda boleh menggunakan serum yang menghasilkan keriting melenting. Begitu juga bagi individu dengan rambut lurus, terdapat produk yang boleh meningkatkan kelicinan dan kilauan mahkota anda.

    Menyuburkan rambut kering

    Serum terbaik dirumus dengan bahan-bahan berkhasiat bagi memberikan rangsangan penghidratan pada rambut, sambil mengurangkan tanda kekeringan dan kerosakan yang jelas seperti hujung bercabang dan pecah.

    Memilih serum rambut terbaik untuk diri

    Kunci terbaik adalah memilih produk yang dirumuskan untuk jenis atau masalah rambut anda, seperti:

    Lebih lurus

    Jika mahukan rambut lebih lurus, gunakan produk yang mempunyai sifat melicinkan. Lebih licin rambut, lebih lurus ia akan kelihatan.

    Baca juga:

    Lebih keriting

    Serum yang terlalu pekat boleh mengurangkan keriting. Pilihlah produk dengan formula penghidratan. Ini dapat membantu mengurangkan rambut pecah sambil mengekalkan lantunan semula jadi keriting anda.

    Mengawal rambut kembang

    Udara kering dan kelembapan boleh menyumbang kepada keriting. Untuk mencegah isu ini, cari produk yang menawarkan penghidratan dan perlindungan terhadap kelembapan.

    Rambut rosak

    Jika rambut anda tampak kurang bertenaga dan tidak kuat, pilih produk yang direka untuk membaiki rambut. Ia mungkin dilabel sebagai ‘conditioning’, ‘fortifying’ atau ‘repairing’.

    Cara penggunaan serum rambut

    Untuk mendapatkan sepenuhnya manfaat serum, anda haruslah tahu menggunakannya dengan betul.

    1. Untuk hasil terbaik, sapukan produk pada rambut bersih dan lembap.
    2. Bergantung kepada ketebalan dan kepanjangan mahkota anda, titiskan 2-6 titik serum dan gosokkan antara tapak tangan selama 5 saat.serum rambut
    3. Sapukan pada rambut – bermula daripada hujung hingga ke tengah rambut. Cuba ratakan produk dengan tangan. Elakkan menyapu produk pada akar rambut atau menggunakan terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan rambut kelihatan berminyak.
    4. Sapu dengan perlahan dan elakkan daripada menarik rambut kerana ia boleh menyebabkan kerosakan.
    5. Selepas itu, gunakan sikat gigi lebar untuk meratakan produk secara perlahan-lahan.
    6. Gayakan rambut seperti biasa. 
    7. Jika perlu, anda boleh gunakan ia sepanjang hari untuk touch up rambut.

    Mengikut keperluan rambut

    Jika anda memilih serum rambut terbaik dan mengikut keperluan diri, ia pastinya boleh memberikan manfaat sepenuhnya.

    Carilah serum yang direka untuk jenis rambut atau matlamat yang diinginkan. Untuk hasil terbaik, gunakan ketika rambut masih lembap selepas dicuci dan hindari menyapu serum hingga ke akar rambut. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan