backup og meta

Ibu Ada Masalah Bengkak Susu? Cuba Ubat Farmasi Ini & Cara Lain Untuk Atasinya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/06/2022

    Ibu Ada Masalah Bengkak Susu? Cuba Ubat Farmasi Ini & Cara Lain Untuk Atasinya!

    Situasi malang ini seringkali terjadi kepada si ibu yang menyusukan anak khas dengan susu badan. Jadi, adakah ubat bengkak susu di farmasi adalah salah satu daripada ikhtiar terbaik?

    Ya, ubat ini mungkin mampu untuk merawat dan mencegah kondisi ini daripada berlaku atau berulang. Jadi, jom terus baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut tentangnya!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu kondisi bengkak susu?

    Untuk pengetahuan anda semua, bengkak susu adalah kondisi sering terjadi kepada ibu yang sedang menyusukan bayi dengan susu badan. Ia datang dengan rasa sakit.

    Apabila kondisi ini berlaku, maka payudara anda akan terasa keras, sensitif serta sakit apabila disentuh atau ditekan. Silap hari bulan, emosi anda juga boleh terganggu.

    Kebiasaannya, payudara akan bengkak akibat susu ibu yang dihasilkan itu telah berlebihan dan tidak dikeluarkan. Ia berkaitan dengan si bayi yang tidak mahu menyusu.

    ubat bengkak susu di farmasi

    Dalam erti kata lebih mudah, ia adalah sama dengan situasi di mana supply dan demand yang tidak seimbang. Akibatnya, ‘kilang’ itu akan terjejas dengan amat teruk.

    Selain ketidakselesaan pada payudara, ada lagi beberapa gejala negatif lain seperti yang berikut:

  • Bahagian puting turut membengkak
  • Bahagian areola juga membengkak
  • Kelenjar pada bawah lengan membengkak
  • Susu ibu akan turun kualiti dan kuantiti
  • Ibu mengalami demam dengan suhu yang rendah
  • Ia boleh sembuh dengan sendiri?

    Sebenarnya, kondisi bengkak susu ini tidak begitu bahaya melainkan jika wujud infeksi. Ia juga mungkin boleh sembuh dengan sendiri seiring dengan perjalanan waktu.

    Apabila dibiarkan tanpa sebarang rawatan atau ubatan, maka ia biasa akan mengambil sekitar 1 ke 2 hari sahaja untuk bengkak pada payudara anda kebah dan sembuh.

    Disebabkan itu, para ibu diingatkan untuk tidak lupa menyusukan anak dengan menggunakan kedua-dua belah payudara dan dengan kerap agar masalah ini tidak timbul.

    Dalam pada itu, anda juga mungkin boleh cuba mengeluarkan susu yang telah tersimpan lama dari payudara dengan menyusukan bayi atau memicit ia keluar secara sendiri.

    Pun begitu, metode ini juga mungkin agak jarang dilakukan ekoran rasa sakit dan tidak selesa pada payudara. Jadi, ia tidak begitu digalakkan untuk para ibu di luar sana.

    Ada ubat bengkak susu di farmasi?

    ubat bengkak susu di farmasi

    Kajian yang dijalankan pada tahun 2011 terhadap 117 orang ibu menyusu badan mendapati bahawa 4.5 peratus daripada jumlah itu juga pernah mengalami bengkak susu.

    Dan daripada jumlah itu, hampir semua mereka juga menghidap mastitis, sejenis infeksi akibat bakteria yang biasa berlaku sebagai kesan sampingan kondisi bengkak susu.

    Sekiranya infeksi ini berlaku, anda perlu mencari ubat antibiotik di farmasi. Tidak sama seperti payudara bengkak akibat susu penuh, ia tidak boleh sembuh secara sendiri.

    Dalam pada itu, ada satu jenis ubat bengkak susu di farmasi yang anda boleh cuba yakni garam epsom. Ia sangat bagus untuk meredakan kebengkakan pada tubuh badan.

    Caranya juga cukup mudah dengan sapu, lumur dan tuam garam ini ke payudara yang bengkak. Walau bagaimanapun, sebelum mengambil sebarang ubat bengkak susu di farmasi mahupun dibeli di mana-mana, sila dapatkan informasi dan nasihat daripada pakar untuk tahu lebih lanjut.

    Antara alternatif lain untuk rawat!

    Selain ubat bengkak susu di farmasi dalam bentuk garam epsom dan antibiotik, ada banyak lagi alternatif yang wanita boleh cuba untuk membantu merawat masalah ini.

    ubat bengkak susu di farmasi

    Berikut adalah antara alternatif efektif lain yang anda boleh cuba secara sendiri di rumah sahaja:

    • Mandi air panas dengan hala atau fokus air kepada kawasan sekitar payudara
    • Tuam payudara dengan air suam bagi membolehkan susu ibu berjalan lebih lancar
    • Urut payudara dengan cermat dan perlahan dengan teknik membulat berulang kali
    • Pakai baju dalam tidak berdawai serta baju luar yang longgar dan selesa
    • Elak daripada posisi dan aktiviti yang beri tekanan kuat pada payudara anda

    Meskipun ia mungkin adalah kondisi atau situasi yang biasa bagi ibu menyusu anak dengan susu badan, namun itu tidak bermakna bahawa anda tidak perlu peduli tentangnya.

    Wujud juga risiko di mana ia akan berlaku secara berulang kali atau jadi punca infeksi di atas tadi. Jadi, dapatkan informasi dan nasihat lebih lanjut daripada doktor.

    Konklusinya, ada ubat bengkak susu di farmasi yang anda boleh cari dan beli. Jika kurang pasti, bertanya dan berbincang dengan ahli farmasi atau pakar berdekatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan