backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Sakit Nak Bersama Suami Sebab Faraj Kering? Ada 6 Cara Nak Atasi, Pasti Lancar Lepas Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/11/2022

    Sakit Nak Bersama Suami Sebab Faraj Kering? Ada 6 Cara Nak Atasi, Pasti Lancar Lepas Ini!

    Hello Doktor sering menerima persoalan tentang faraj kering daripada pembaca, sama ada wanita mahupun lelaki. Ramai yang mendedahkan masalah faraj kering dan pedih ini menyebabkan mereka sukar untuk melakukan hubungan seks bersama suami. Kenapa ia terjadi?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Kajian di UK tentang faraj kering dan pedih

    Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Durex terhadap 1,200 wanita di UK, 73% daripada jumlah ini mengatakan bahawa hubungan seks adalah menyakitkan.

    Satu pertiga wanita juga menyatakan kesakitan ini akan menjejaskan libido mereka sementara 1 daripada 10 wanita menegaskan ia akan menjejaskan hubungan mereka bersama pasangan.

    Tinjauan itu turut menjelaskan puncanya adalah disebabkan oleh faraj yang kering semasa melakukan hubungan intim.

    Untuk pengetahuan anda, kira-kira 20 hingga 40% wanita yang berusia lingkungan 17 hingga 50 tahun akan mengalami masalah ini. Statistik ini menunjukkan bahawa bukan wanita lanjut usia sahaja yang akan mengalaminya.

    Mengejutkan, bukan? Jadi kenapa masalah keadaan faraj ini boleh berlaku?

    Apa punca faraj kering dan pedih?

    faraj kering dan pedih

    Faraj kering dan pedih adalah punca kepada masalah ini.

    Ia mungkin disebabkan oleh kegelisahan, kurang rangsangan sebelum melakukan seks, pernah mengalami seks yang menyakitkan pada masa dulu atau trauma lampau seperti gangguan atau serangan seksual.

    Kesemua ini boleh menjadi punca miss V kering tanpa mengira berapa pun usia anda.

    Selain itu, ia juga mungkin disebabkan oleh kondisi Vaginismus. Kondisi ini boleh dikesan ketika wanita melakukan 3 perkara berikut:

    • Wanita melakukan penetrasi bersama pasangan
    • Wanita memasukkan tampon ke dalam miss V
    • Wanita disentuh pada kawasan sekitar miss V 

    Tetapi apa yang dikatakan dengan Vaginismus itu dan apakah punca yang menyebabkan ia berlaku?

    Bagi yang belum tahu, ia adalah 1 kondisi faraj menjadi ketat pada bahagian luar miss V yang membuat penetrasi sukar atau tidak boleh dilakukan.

    Keadaan ini terjadi kerana otot yang menyokong faraj, pundi kencing dan rektum tidak berada dalam keadaan relaks.

    Selain itu, ia juga mungkin disebabkan oleh jangkitan yis, cystitis, endometriosis, fibroid atau jangkitan penyakit kelamin atau STD (sexually transmitted infection).

    Kesemua ini adalah punca iritasi pada miss V. Ia sekali gus akan menyebabkan faraj kering dan hubungan seks yang berlangsung menjadi sesuatu aktiviti menyakitkan.

    faraj kering dan pedih

    Ia juga dikaitkan dengan faktor emosi. Untuk mengetahuinya, anda perlu lakukan diagnosis. Doktor akan meminta anda untuk melakukan ujian fizikal dan bertanya sejarah kesihatan dan kehidupan seksual anda. 

    Apa wanita perlu lakukan?

    Artikel berkaitan:

    Berita baiknya, masalah kekeringan pada faraj ia boleh diatasi dengan beberapa cara.

    Berikut merupakan 6 cara yang boleh dicuba:

    1. Gunakan minyak pelincir sebelum penetrasi
    2. Gandakan masa anda semasa foreplay
    3. Jangan memaksa, biarkan proses berlaku dengan tenang
    4. Kawal pernafasan anda dan fokus
    5. Ambil estrogen jika anda sudah atau hampir menopaus
    6. Berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan

    Konklusi

    Kesimpulannya, kondisi faraj kering ini mungkin tidak dapat dielakkan bagi sesetengah wanita. Akan tetapi, banyak teknik atau metode yang boleh anda lakukan untuk mengatasi keadaan ini.

    Jadi jika anda mengalami masalah yang sama seperti ini jangan risau ya? Sebaiknya, dapatkan rawatan di klinik pakar sakit puan yang berdekatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan