Banyak kes kita dengar di mana ramai yang terjatuh dalam bilik air atau tandas disebabkan lantai licin. Bagi orang tua, ia boleh menyebabkan perkara buruk lain yang tidak diingini. Apa yang boleh kita buat berkenaan design bilik air cantik dan simple tetapi selamat? Ini yang patut anda lakukan sebagai cara mengatasi lantai licin dalam bilik air di rumah.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Habit Sihat, anda boleh klik di sini.
Kepentingan design bilik air cantik dan simple tetapi selamat
Sewaktu anda merancang untuk membina rumah atau membuat pengubahsuaian terhadap bilik air, apakah perkara pertama yang anda fikirkan?
Biasanya kita lebih mementingkan reka bentuknya seperti design bilik air cantik dan simple.
Tidak ramai yang menitikberatkan soal keselamatan dan fungsi dalam bilik mandi tersebut.
Bilik air boleh direka dengan unsur-unsur keselamatan di samping tidak mengabaikan reka bentuk dan tata hias dalaman yang menarik.
Antara kepentingan bilik air yang cantik dan selamat ialah ia boleh mengelakkan sebarang kejadian buruk yang sebenarnya boleh dicegah lebih awal.
Antaranya ialah seperti renjatan elektrik, terjatuh, tergelincir atau sebagainya.
Cara design bilik air cantik dan simple tetapi selamat
Jika anda ingin mengubah suai bilik air di rumah, ada beberapa tip atau perkara yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk keselamatan penghuni rumah yang lain.
Antaranya ialah:
#1. Guna jubin yang kasar
Antara punca utama mengapa ramai individu mudah jatuh dalam tandas atau bilik air adalah kerana permukaan lantai yang licin.
Ini termasuklah penggunaan jubin atau mozek dengan permukaan yang licin.
Walaupun kebanyakannya dilihat sangat elegan dan cantik, namun penggunaan jubin yang licin sememangnya sangat tidak sesuai apatah lagi jika terdapat warga emas di kediaman anda.
Gantikan dengan jubin yang lebih kasar permukaannya agar dapat mengurangkan risiko terjatuh atau tergelincir.
#2. Pasangkan bar pemegang
Jika anda lihat di kebanyakan tandas-tandas untuk orang kelainan upaya, biasanya terdapat palang besi atau plastik yang dipasang pada dinding dan pintu tandas.
Ia merupakan bar pemegang yang berfungsi sebagai tempat untuk berpegang apabila berjalan dalam bilik air.
Selain itu, ia berfungsi sebagai tempat berpaut apabila warga emas hendak jatuh atau mengurangkan impak dan mengelakkan risiko terjatuh.
#3. Design bilik air cantik dan simple: Pasang pemanas air dengan ciri keselamatan
Warga emas mempunyai keadaan atau struktur kulit yang lebih nipis atau lembut berbanding individu lain. Oleh itu, mereka tidak sesuai untuk mandi dengan suhu air yang sangat panas.
Jika anda memasang alat pemanas air, pastikan ia mempunyai ciri keselamatan seperti butang yang mudah untuk menukarkan suhu air.
Selain itu, pastikan juga anda membuat ujian terhadap alat pemanas tersebut sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi memastikan ia berfungsi dengan baik dan mengelakkan renjatan elektrik.
#4. Lampu yang cerah
Pencahayaan atau lampu yang menarik dan cantik merupakan antara elemen penting dalam reka bentuk bilik air yang elegan.
Namun perlu diingat, jika ada warga emas yang tinggal dengan anda, pastikan pencahayaan dalam bilik air berada dalam keadaan optimum.
Ini untuk memastikan agar mereka dapat melihat dengan baik dan mengelakkan risiko terjatuh dalam bilik air.
Memandangkan warga emas kerap membuang air kecil pada waktu malam, maka lampu yang baik sangat penting untuk keperluan mereka.
#5. Kabinet yang boleh dicapai
Nak pasang kabinet dalam design bilik air cantik dan simple? Pastikan kabinet atau rak dalam bilik air anda boleh dan mudah dicapai oleh golongan warga emas.
Jika kabinet ini terlalu tinggi atau terlalu rendah, ia boleh merisikokan warga emas untuk terjatuh, tergelincir dan juga terhantuk.
Oleh itu, letakkan rak dan barangan mandian pada jarak dan ketinggian yang selesa untuk dicapai oleh mereka.
#6. Gunakan pelapik lantai
Antara produk penting untuk mengelakkan kejadian terjatuh dalam bilik air ialah penggunaan pelapik lantai.
Cuba pasang pelapik lantai untuk mengelakkan kaki mudah tergelincir apabila memasuki bilik air.
Pastikan juga ia sentiasa dicuci kerana lumut mudah membiak dan menyebabkan cengkaman pelapik pada lantai semakin longgar.
Kesimpulan
Enam tip di atas boleh membantu anda memastikan reka bentuk bilik air bukan sahaja cantik, tetapi selamat.
Selain itu, pastikan juga lantai bilik air sentiasa diberus dan dicuci bersih kerana ia boleh menyebabkan permukaan lantai menjadi licin jika jarang dicuci.
Kesannya, anda akan mudah jatuh dan tergelincir ketika sedang mandi.
[embed-health-tool-bmi]