Hanya 20-Minit untuk Membersihkan Rumah. Ini Caranya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kesibukan gaya hidup moden sekarang menyebabkan kita kurang masa untuk berehat-rehat di rumah selepas penat di tempat kerja. Akibatnya, kita sering mengabaikan kerja-kerja mengemas di rumah, walaupun sedar ia boleh menjejaskan kesihatan kita. Apatah lagi jika anda mempunyai bayi dan anak kecil atau membela haiwan peliharaan, jadi adalah amat penting untuk anda memastikan rumah bersih dan bebas kuman. Artikel ini membantu anda tentang cara-cara untuk anda membersihkan rumah dalam masa kurang daripada 20 minit.

Zon 1: Bilik air

  1. Bersihkan ruangan mandi, sinki, lubang jamban, dan tab mandi dengan menggunakan penyembur serbaguna dan biarkannya.
  2. Sukar sebenarnya untuk menggosok tandas sebersih-bersihnya. Namun, letakkan sedikit serbuk soda ke dalam mangkuk tandas, gosok menggunakan berus tandas, kemudian pam tandas. Dah siap! Anda akan lihat mangkuk tandas anda benar-benar bersih. Kemudian, lap bahagian luar tandas dan tangki dengan menggunakan kain mikrofiber yang disembur dengan penyembur serbaguna.
  3. Sembur pada cermin yang ada dalam bilik air anda, kemudian lap pada gerakan membulat bermula daripada bahagian atas.
  4. Mop lantai menggunakan mop mikrofiber yang telah direndam dengan air (campurkan sedikit haruman). Kemudian, mop segera lantai dari sudut sehingga penghujung pintu.

Zon 2: Dapur

  1. Pertama, mulakan dengan membersihkan pinggan yang kotor. Jangan biarkan pinggan kotor di dalam sinki lebih daripada sehari. Jika tidak, ia akan mula berbau busuk dan menyebabkan lalat, pepijat dan juga lipas datang.
  2. Kemaskan ruang atas kaunter dan susun barang dalam laci kabinet serta almari dapur. Semakin kurang barang atas kaunter anda, semakin bersih dapur anda.
  3. Bersihkan kaunter dengan menggunakan kain mikrofiber yang telah dibasahkan dengan penyembur serbaguna.
  4. Lap alatan dapur anda seperti pencuci pinggan mangkuk, dapur gas, ketuhar gelombang mikro dan peti sejuk, dengan menggunakan kain lembap.
  5. Sapu lantai, bermula daripada sudut sehingga ke penghujung, kemudian mop lantai. Gunakan cecair penyahbau supaya lantai anda bersih dan berbau segar.

Zon 3: Ruang tamu

  1. Lihat barang-barang yang mungkin anda tersalah letak. Letakkannya pada tempat yang betul supaya ruang tamu anda kelihatan tersusun dan bersih. Cara ini juga memudahkan anda untuk melakukan langkah lain selepas ini jika barang sudah dikemas.
  2. Bersihkan habuk dalam bilik atau pada perabot anda dari atas ke bawah, dan belakang serta seterusnya supaya debu dan habuk tidak terjatuh ke bahagian yang sudah anda bersihkan.
  3. Gunakan semburan serbaguna pada permukaan bercermin kemudian lap cermin tersebut pada gerakan membulat.
  4. Akhir sekali, vakum perabot dan lantai ruang tamu anda supaya tiada debu atau habuk yang tertinggal.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kulit Selalu Gatal Walaupun Baru Lepas Mandi? Mungkin Anda Ada Masalah Kulit Kering!

    Anda sering alami masalah kulit gatal selepas mandi? Cuba lakukan 3 langkah ini untuk menghilangkan rasa gatal-gatal selepas mandi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Alahan Kulit 01/03/2021 . 3 minit bacaan

    Bukan Sebab Duduk Atas Bantal, Ini Rupanya Punca Sebenar Bisul Di Punggung!

    Mungkin ramai yang masih percaya dengan mitos bisul di punggung adalah disebabkan oleh perbuatan duduk atas bantal. Ia salah, dan ini punca sebenarnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Penyakit Jangkitan Kulit 01/03/2021 . 3 minit bacaan

    Sudah Habis Teran Tapi Tak Keluar, Ini Petanda Sembelit Kronik, Apa Anda Kena Buat?

    Sekiranya anda mengalami sembelit, terdapat beberapa cara mengatasi sembelit yang boleh dicuba. Jom klik artikel ini untuk tahu tentangnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Sembelit 01/03/2021 . 3 minit bacaan

    Maklumat Lengkap Mengenai Penyakit Berjangkit: Simptom, Punca, Rawatan & Langkah Pencegahan

    Terdapat pelbagai jenis mikroorganisma yang boleh menyebabkan jangkitan kuman pada tubuh badan manusia. Ini sekali gus menyebarkan penyakit berjangkit

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Penyakit Berjangkit 26/02/2021 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    maksud alergi

    Apa Itu Alergi? Kenali Simptom, Diagnosis, Rawatan Dan Cara Pencegahannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 01/03/2021 . 4 minit bacaan
    ketumbuhan dalam perut

    Kanser Perut Sering Lewat Didiagnosis, Tapi Jangan Risau, Ada 5 Pilihan Rawatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
    upt negatif tapi perut buncit

    Perut Membuncit Tapi Tak Hamil Pun? Ladies, AWAS, Ini Kemungkinan Yang Berlaku!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
    badan manusia

    Bagaimana Sistem Otot Rangka & Tulang Manusia Berfungsi? Ini Info Lengkap Mengenainya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 01/03/2021 . 4 minit bacaan