Mop lantai dengan sabun alternatif ini!
Ada rumah menggunakan lantai jenis kayu, simen, jubin, seramik, porselin, linoleum dan lain-lain tetapi kesemuanya tidak akan terlepas daripada terdedah dengan kekotoran di dalam rumah.
Sekiranya kekotoran masih ada selepas mop dengan air dan sabun, boleh cuba alternatif di bawah:
#1. Gunakan cecair peluntur pakaian
Pertama, anda biasa menggunakan cecair peluntur pakaian atau bleach yang merupakan produk paling penting dalam usaha untuk menanggalkan kotoran melekat pada pakaian tanpa warna.
Sebenarnya, anda turut boleh menggunakan cecair ini pada lantai untuk menghilangkan kotoran yang degil. Caranya sangat mudah, ia hanya perlu dituang dan dibiar di lantai sebelum dimop.
Memandangkan ia mempunyai bau menyengat dan sifat menghakis, cegah daripada guna dengan terlalu banyak atau terkena kulit kerana ia mungkin boleh mendatangkan kesan sampingan!

Mop lantai dengan #2. Cuka
Mungkin ramai yang sudah tahu jika cuka juga adalah antara agen pencuci yang bagus dan sering kali digunakan pada dinding rumah. Jadi, sudah tentu ia juga boleh digunakan di lantai rumah.
Caranya, campurkan cuka dan air dengan nisbah 50:50 sebelum anda lumurkan ia di tempat yang kotor dan mopkan sahaja ia seperti biasa. Kemudian, simbah dan bilas dengan air bersih.
Mop lantai dengan #3. Kola
Pernahkah anda lihat atau dengar ada individu menggunakan minuman kola untuk membersihkan kotoran di jamban dan tandas? Sebenarnya, cara ini mempunyai asas dan alasan yang amat kuat.
Ini kerana kola memiliki sifat yang mampu menghakis dan mengikis kekotoran termasuk di dalam usus manusia! Maka, tidak hairan jika ia juga boleh digunakan di lantai untuk kotoran yang degil.
Mop lantai dengan #4. Lemon
Lemon adalah antara buah sitrus yang bersifat asidik sama kelas dengan limau, oren dan lain-lain. Ia biasa dimasukkan ke dalam produk pencuci domestik termasuk untuk barang kulinari, pakaian, mandian dan sebagainya lantas pasti boleh digunakan di lantai juga!
#5. Mungkin sabun buku lebih efektif?

Sabun buku mungkin lebih baik digunakan pada kulit namun siapa sangka ia boleh dilumurkan di lantai untuk menanggalkan kotoran degil? Caranya juga tidak serumit yang kita semua jangka.
Contohnya jika ada kotoran akibat kuah atau sos masakan yang melekat di lantai, anda cuma perlu calitkan sabun buku pada permukaan tersebut kemudian biar seketika, gosok, sental dan lihat kesannya.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen