JANGAN Basuh Vagina Dengan Sabun, Ada Cara Yang Lagi Selamat Nak Bersihkan Miss V

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Penjagaan faraj adalah perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh setiap wanita. Adakah anda tahu cara membersihkan miss v yang betul atau anda main buat sahaja?

Apakah cara membersihkan miss v yang sebenarnya?

Penjagaan faraj seperti membasuh bahagian sulit wanita tidaklah serumit yang disangka.

Apatah lagi ia mempunyai fungsi istimewanya yang tersendiri, iaitu keupayaan mencuci dirinya sendiri.

Pertama sekali, anda sebenarnya tidak mencuci faraj. Eh…kenapa pula?

Sebabnya faraj atau vagina merupakan bahagian dalam organ kemaluan wanita. Sebaliknya bahagian luar alat sulit dipanggil vulva. 

Vulva merujuk kepada bahagian luar faraj seperti:

Maka anda hanya perlu membasuh vulva dan bukan faraj. 

Faraj anda boleh menjalankan fungsi pembersihan dan mengekalkan tahap pH yang betul dengan sendirinya secara semula jadi.

Perbuatan membersihkan alat sulit boleh menjejaskan keupayaan istimewa faraj ini. Jika anda membasuh faraj, ia boleh menyebabkan pelbagai masalah dan jangkitan lain. 

penjagaan faraj

Bagaimana cara membersihkan miss v?

Cara terbaik untuk melakukan penjagaan faraj adalah dengan membasuh bahagian vulva menggunakan air suam.

Jika anda mahu, anda boleh menggunakan sabun ringan yang tidak akan menyebabkan kerengsaan pada kulit. Namun ia bukanlah 1 kemestian.

Sama ada menggunakan tangan atau kain basah yang bersih, buka bahagian bibir faraj dan gosokkan dengan perlahan. Elakkan dari membiarkan air mahupun sabun memasuki bahagian dalam faraj.

Di samping itu, selain membasuh bahagian vulva, membersihkan alat sulit seperti kawasan dubur dan bahagian antara vulva dan dubur juga amat digalakkan.

Cara terbaik untuk membasuh bahagian intim adalah dari depan ke belakang selepas membuang air sama ada kencing atau air besar untuk mengelakkan jangkitan bakteria.

Usah menggunakan sabun dalam aspek penjagaan faraj

Tiada keperluan untuk anda mencuci kemaluan iaitu vulva dengan menggunakan sabun. Seperti yang dinyatakan pada awal tadi ia bukanlah 1 kemestian.

Sebaliknya, jika anda berasakan masih mahu membasuh bahagian intim anda dengan sabun, pilihlah sabun yang tidak mengandungi bahan pewangi, ringan dan tiada pewarna. 

Ini kerana sabun dengan pewangi boleh menyebabkan kerengsaan pada bahagian kulit yang sensitif dan sekitar vulva. Nanti timbul pula masalah kegatalan faraj.

Anda pastinya pernah melihat rangkaian sabun pencuci feminin yang dijual di pasaran dan tertarik untuk menggunakannya.

Apatah lagi jika produk itu mendakwa bahawa ia boleh mengurangkan bau dan membersihkan alat sulit wanita. Tetapi jangan terpedaya!

Produk seperti itu lebih membawa kepada keburukan dan tidak diperlukan oleh bahagian intim anda. Ia boleh menyebabkan kerengsaan pada vulva dan faraj.

Mungkin ada dalam kalangan rakan anda yang memberitahu mereka menggunakan sabun pewangi bagi mengurangkan bau yang tidak menyeronokkan pada faraj.

Dan kesannya, tiada sebarang masalah yang berlaku.

Walau bagaimanapun, pada hakikatnya ia masih bukanlah 1 idea yang baik. Risiko untuk mengalami kerengsaan pada kulit sekitar vulva adalah tinggi.

Elakkan sebarang produk dan hanya gunakan air suam sahaja, okay?

Malahan ketika anda mengalami period sekali pun, cara membasuh faraj masih sama dan tidak berubah. Jika anda bimbangkan bauan yang tidak menyenangan, anda cuma perlu lebih kerap membasuhnya.

membersihkan-alat-sulit

Bauan faraj, bagaimana untuk atasinya?

Anda mungkin memilih untuk menggunakan sabun kerana berasakan faraj mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan selain risau jika ia dapat dikesan individu sekeliling anda.

Tetapi percayalah apa jua bauan yang mungkin dihasilkan oleh faraj tidak akan dapat dihidu oleh sesiapa melainkan mereka berada terlalu dekat dengan alat sulit anda, seperti suami anda.

Bau faraj adalah sesuatu yang normal dan tidak perlu dibimbangkan. Malahan tiada faraj yang tidak berbau.

Ia boleh terhasil daripada pelbagai punca seperti peluh. Bahkan bau daripada faraj boleh berubah mengikut diet pemakanan serta kitaran haid.

Sekiranya bauan yang terhasil daripada faraj tidak menyenangkan dan agak menyengat, cara terbaik untuk mengatasinya adalah dengan melakukan pemeriksaan doktor dan bukannya dengan menggunakan sabun.

Terdapat sesetengah keadaan kesihatan seperti vaginosis bakteria boleh menyebabkan faraj anda mengeluarkan bau yang kuat.

Masalah keputihan berlebihan

Jika masalah keputihan menjadi kebimbangan anda dalam aspek penjagaan faraj, ketahuilah bahawa ia adalah sesuatu yang normal dan dialami kebanyakan wanita. 

Anda hanya perlu memerhatikan warna yang dihasilkan, jika berwarna putih atau jernih, ia adalah warna pelincir semula jadi yang dihasilkan faraj bagi mengekalkan kelembapan tisu dan kesihatannya.

Manakala, jika warna keputihan cenderung kepada kelabu, hijau atau kuning dan disertai dengan gatal, sakit atau sebarang simptom yang luar biasa, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor.

membersihkan-alat-sulit

Aspek kebersihan

Penjagaan faraj dengan mencuci dan membersihkan alat sulit adalah kemestian yang harus dilakukan setiap wanita. 

Tanpa penjagaan yang betul, ia boleh meningkatkan risiko jangkitan dan penyakit, malahan mungkin menjejaskan aktiviti seks dan membahayakan kesihatan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Kehidupan Seks Terjejas Dengan Adanya Teknologi? Apa Kesannya Pada Hubungan Intim?

Sesungguhnya, seks dan teknologi itu memang akan saling berkaitan. Persoalannya, adakah ia positif atau negatif? Jom klik untuk baca lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 24/11/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil, Jangan Ambil Mudah Jika Ada Jangkitan Kulat Pada Faraj! BAHAYA Kepada Bayi

Jangkitan kulat pada faraj yang berlaku kepada wanita hamil, adakah berisiko mendatangkan bahaya kepada bayi? Ini penjelasan yang bakal ibu perlu fahami.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 24/11/2020 . 3 minit bacaan

Ladies, Pernah Tak Alami Bibir Faraj Membengkak? 5 Kondisi Ini Boleh Jadi Penyebabnya

Faraj merupakan bahagian tubuh utama wanita yang mempunyai fungsi unik tersendiri. Namun, kondisi vulva bengkak boleh berlaku pada sesetengah individu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 20/11/2020 . 3 minit bacaan

Hubungan Intim Bersama Pasangan Boleh Tingkatkan Kesihatan Jantung Anda, Betul Ke?

Ada individu yang bertanya, adakah terdapat manfaat seks untuk kesihatan jantung? Dan, berbahaya ke untuk melakukan seks jika mempunyai penyakit jantung?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 19/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

meruang selepas seks

Selepas Seks, Kena Meruang? Barulah Faraj Tidak Longgar, Busuk & Berbau! Betul Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 11/12/2020 . 3 minit bacaan
persetujuan seks dalam perkahwinan

Sudah Berkahwin Tak Bermakna Anda Boleh Terus Terjah Pasangan! Kena Minta Izin Sebelum Seks

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 09/12/2020 . 3 minit bacaan
hubungan seksual

Mudah Saja Nak Dapatkan Prostat Yang Sihat, Salah Satunya Kena Banyak Minum Kopi- Kajian

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 03/12/2020 . 3 minit bacaan
bulu alat kemaluan

Jangan Biarkan Alat Sulit Seperti Hutan Belantara, Ini 5 Kaedah Buang Bulu Bawah, Elak Rengsa

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/12/2020 . 3 minit bacaan