Sekiranya anda sekeluarga gemar masak dan makan di rumah, maka stok bahan perlu sentiasa ada di dalam peti ais atau dapur. Tetapi, apa senarai barang dapur basah yang wajib kena ada dan bagaimana untuk buat ia tahan lebih lama? Jom baca artikel!
Berapa kerap kena top up stok bahan?
Sebenarnya, berapa kerap ketua isi rumah perlu pergi ke pasar untuk membeli-belah stok bahan? Ramai individu yang mungkin kata sebulan sekali, seminggu sekali bahkan sehari sekali turut ada.
Untuk pengetahuan anda semua, ia amat bergantung kepada individu dan keluarga itu sendiri. Pun begitu, kekerapan yang paling ideal untuk tujuan di atas adalah sekali dalam masa sebulan.
Ini kerana anda bukan sahaja bakal dapat menjimatkan masa dan tenaga malahan juga duit ekoran pembelian secara pukal sudah tentu lebih mudah dan jimat. Cuma, ia mungkin ada masalah.
Masalah tersebut adalah barang dapur basah yang telah anda beli secara pukal mungkin terpaksa disimpan dalam tempoh lebih lama sekali gus mengakibatkan ia lebih cepat rosak atau tamat tarikh luput produk. Jadi, anda juga kena ambil perhatian aspek ini!
Baca lagi artikel berkaitan:
- Ada Termakan Makanan Tamat Tarikh Luput, Adakah Ia Boleh Mendatangkan Bahaya Pada Tubuh?
- 7 Jenis Makanan Ini Tak Boleh Masuk Peti Ais, Ia Hanya Menghilangkan Zat & Khasiatnya!
- Suka Makan Makanan Organik? Ini 4 Manfaat Kesihatan Jika Anda Amalkannya!
Senarai barang dapur basah yang wajib ada!
Sebelum memikirkan berapa lama ia mampu tahan, anda juga kena tahu apa yang wajib dibeli dan ditambah ke dalam senarai barang dapur basah. Ia terbahagi kepada dua kategori termasuk:
Barang dapur yang boleh tahan lama
- Gas masak
- Minyak masak
- Beras
- Garam
- Gula
- Tepung
- Rempah – cili, tomato, bawang, lada dan lain-lain
- Mi
- Bihun
- Telur
- Teh
- Kopi
- Kicap
- Sos
- Mayones
- Mentega
- Susu pekat
- Sup bunjut
- Biskut kering
Barang dapur yang tidak tahan lama
- Daging sumber darat – ayam, lembu, kambing dan lain-lain
- Daging sumber laut – ikan, udang, sotong dan lain-lain
- Roti putih
- Sayur-sayuran
- Buah-buahan
- Produk sejuk beku
Diingatkan, senarai di atas ini hanya sekadar contoh stok bahan yang wajib ada di dapur anda jika gemar makan di rumah. Sedikit penambahan, pengurangan dan pengubahsuaian juga penting.
Mungkin bagi barang dapur yang boleh tahan lama, tiada masalah untuk anda beli sebulan sekali. Namun buat barang dapur yang tidak tahan lama, sehari atau seminggu sekali sudah memadai.
Trik untuk buat ia tahan lebih lama lagi!
Bagi kategori barang dapur basah yang boleh tahan lama, anda mungkin tidak perlu risau kerana jangka hayatnya lebih panjang dan boleh disimpan serta digunakan walaupun sudah agak lama.