backup og meta

Vape Yang Mempunyai Perisa Buat Remaja Lebih Ketagih, BERHENTI SEKARANG! - Kajian

Vape Yang Mempunyai Perisa Buat Remaja Lebih Ketagih, BERHENTI SEKARANG! - Kajian

“Aiman, cuba tengok kawan-kawan kamu dekat bus stop tu. Pakai baju sekolah tapi hisap vape macam benda alah tu perkara biasa pula. Ish! apa lah nak jadi dengan remaja zaman sekarang ni”, keluh seorang ibu kepada anaknya ketika mengambilnya pulang dari sekolah. Kelihatan juga orang sekeliling turut menggelengkan kepala melihat tingkah laku anak-anak muda itu.

Ini adalah senario yang biasa dilihat pada zaman sekarang. Kebanyakan remaja kini tanpa segan silu gemar menghembuskan asap dari rokok elektronik milik mereka di mana-mana sahaja tanpa memikirkan persepsi masyarakat. Memalukan, bukan? Vape bukan lagi merupakan satu gejala, tetapi satu trend yang sudah tentu tidak sihat buat remaja.

Mungkin ada yang mengatakan bahawa vape lebih bagus dari rokok. Jika anda merupakan salah seorang yang berpendirian sebegini, baca artikel ini dan fikirkan semula!

Kajian terbaharu dari Amerika

Menurut kajian yang dijalankan terhadap 478 remaja sekolah di Los Angeles County yang menghisap vape, majoriti mereka didapati akan lebih ketagih jika menghisap vape yang berperisa. Persoalannya, bukankah semua rokok elektronik mempunyai perisa?

Jika hendak dibandingkan dengan rokok tradisional, hanya terdapat 2 jenis perisa iaitu tembakau dan mentol – perisa tradisional. Akan tetapi, vape mempunyai pelbagai perisa alternatif lain yang boleh dikategorikan sebagai fruity, creamy atau free base.

Hampir 90% daripada jumlah vapers akan menghisap perisa alternatif dan yang paling popular dalam kalangan remaja adalah perisa buah-buahan. Ini kerana mereka menyangkakan bahawa perisa ini tidak mendatangkan bahaya, ternyata mereka silap.

Kajian tersebut kemudiannya menyatakan bahawa 64.3% remaja yang dikaji akan terus menghisap vape 6 bulan selepas itu. Lama-kelamaan, mereka akhirnya akan menjadi penagih nikotin tegar. Adakah anda mahu anak kesayangan anda merosakkan kesihatan mereka semata-mata kerana ketagihan rokok elektronik?

vape

Mengapa hanya golongan remaja ditekankan?

Jika hendak difikirkan dengan logik akal, bukan hanya golongan remaja yang menghisap rokok elektronik, bukan?. Golongan dewasa, wanita malahan kanak-kanak juga ada yang sudah berjinak-jinak dengan trend berbahaya ini. Jadi, mengapa ia lebih berbahaya kepada remaja?

“Bukan sahaja remaja, golongan dewasa, wanita dan kanak-kanak juga ada yang sedang atau pernah mencuba menghisap vape. Akan tetapi, golongan remaja lebih cenderung untuk terus menghisapnya berbanding menjadikannya sebagai satu eksperimen sahaja”, kata Profesor Adam Leventhal, pengarah University of Southern California. 

Beliau berkata lagi, golongan kanak-kanak yang menghisap vape mungkin hanya mahu mencubanya kerana terpengaruh dengan trend. Setelah mencubanya, mereka cenderung untuk meninggalkannya. Pun begitu, ibu bapa tidak boleh mengambil mudah perkara ini. Anda perlu lebih tegas dan jangan sesekali merisikokan masa depan anak anda.

Trend ini bukan sahaja akan menyakitkan mata dan hati orang sekeliling malahan juga merosakkan tahap kesihatan penghisapnya. Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), 34 individu telah meninggal dunia dan 1,604 lagi jatuh sakit akibat daripada rokok elektronik. Anda sebagai vapers, masih tidak mahu insaf?

Konklusi

Kesimpulannya, vape bukan penawar untuk berhenti merokok. Ia adalah alternatif merokok yang sama bahayanya dengan rokok tradisional. Tanpa mengira perisa yang anda hisap, kesemua alatan yang menghasilkan asap dan mengandungi nikotin adalah berbahaya kepada anda. Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan. Ia adalah risiko yang tidak wajar diambil.

Sebenarnya, apa yang dikatakan oleh ibu Aiman adalah benar. Kerisauannya terhadap anak muda yang menghisap rokok elektronik ini adalah kerana dia sayang akan anaknya dan remaja lain yang masih muda dan bakal menjadi peneraju negara satu hari nanti. Akhir kata, vape bukan penawar, tetapi pengganti rokok yang sama berbahaya kepada kesihatan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Teens Who Use Flavored E-cigarettes More Likely To Keep Vaping, Take More Puffs. https://www.newsweek.com/teens-flavored-e-cigarettes-vaping-puffs-1467749. Accessed on 31 October, 2019.

Versi Terbaru

02/07/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Ayu Idris


Artikel Berkaitan

Awasi Anak Anda, Ada Flavour Vape ‘Khayal’ Yang Dijual Secara Aktif Di Media Sosial!

5 Jenama Cat Paling Berbaloi Beli Tahun 2024, Boleh Bersedia Untuk Hari Raya Nanti!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan