Untuk pengetahuan anda, bahan kimia ini merupakan bahan utama dalam pembuatan cecair vape dan rokok berperisa mentol yang dikatakan lebih berbahaya berbanding rokok atau cecair vape biasa. Hal ini pertama sekali diperakui oleh Centers for Disease Control and Prevention (CDC), yang menyatakan bahawa kedua-dua kit merokok ini mengandungi toksik yang berbahaya buat manusia.
Berbaloikah ambil risiko?
Meskipun FDA telah mengeluarkan amaran kepada syarikat pengeluaran rokok dan cecair vape berperisa mentol untuk menurunkan tahap pulegone di dalam produk mereka, ia masih berisiko tinggi kepada penggunanya.
Menurut Dr Sven-Eric Jordt yang merupakan pakar perubatan dari Duke University, FDA sebenarnya perlu lebih mengetatkan peraturan mengenai penggunaan pulegone di dalam apa-apa sahaja produk yang digunakan oleh pengguna terutamanya rokok dan cecair vape berperisa mentol yang sangat longgar pengawasan dan pengawalannya.
Buat individu pula, adakah berbaloi untuk anda membahayakan kesihatan semata-mata ingin mendapatkan kepuasan sementara dengan merokok? Ketahuilah bahawa segala produk cecair vape dan rokok sama ada berperisa mentol atau biasa sebenarnya memang mengandungi pelbagai lagi bahan kimia berbahaya!
Jadi, setiap kali anda mengunjungi kedai rokok atau vape untuk membeli apa-apa sahaja kit dengan tujuan untuk menghembus asap tidak sihat ke udara, fikirkan semula.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen