home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Adakah Vape Lebih Baik Daripada Rokok?

Adakah Vape Lebih Baik Daripada Rokok?

Sesetengah orang memilih rokok elektronik (vape) berbanding rokok biasa dan beranggapan tabiat itu tidak memudaratkan kesihatan mereka. Tetapi sebaliknya terdapat risiko serius penggunaan vape terhadap tubuh manusia.

Menurut Jurnal Pernafasan Eropah, didapati bahawa vape membantu bakteria yang menyebabkan pneumonia melekat pada sel yang menghubungkan saluran pernafasan.

Wap rokok elektronik didapati mempunyai kesan yang sama bagi zarah-zarah daripada bahan bakar fosil yang terbakat atau rokok biasa. Kedua-duanya menimbulkan risiko jangkitan paru-paru.

Nikotin tanpa asap

Tidak seperti rokok sebenar, rokok elektronik tidak membakar tembakau dan ia tidak membakar apa-apa. Sebaliknya ia mengubah cecair berperisa menjadi wap. Cecair berkenaan biasanya mengandungi nikotin. Ia adalah bahan ketagihan semula jadi yang terdapat dalam tembakau.

Rokok elektronik direka untuk membantu penagih tembakau melepaskan diri daripada merokok. Bagaimana pun, nikotin lebih daripada ketagihan. Satu kajian mendapati, ia sebenarnya boleh merosakkan paru-paru.

Penyelidik mendapati bahawa nikotin menyebabkan keradangan dalam tisu paru-paru. Ia juga mengurangkan keupayaan tisu untuk berfungsi sebagai penghalang kepada bahan-bahan asing. Doktor dan Pakar Paru-paru Universiti Indiana, Indianapolis, Irina Petrache dalam kajian yang diketuainya mendapati buat kali pertama nikotin, apa pun sumbernya, boleh membahayakan tisu paru-paru. Jadi pasukannya kini menyimpulkan, rokok elektronik tidak akan lebih baik untuk paru-paru berbanding merokok.

Bukti vape berbahaya

Para saintis juga telah mengumpul bukti kesan-kesan rokok elektronik terhadap paru-paru daripada sebilangan kecil orang. Satu kajian 25 orang, sebagai contoh, mendapati bahawa rokok dan vape mempunyai kesan jangka pendek yang sama pada paru-paru. Kedua-duanya mencipta tanda-tanda keradangan dan kerosakan paru-paru. Para saintis melaporkan penemuan dalam Toxicology and Applied Pharmacology terbitan 1 Julai 2014.

Saintis di Universiti Carolina Utara, Chapel Hill mendedahkan sel paru-paru manusia kepada 13 perasa rokok. Pendedahan selama 30 minit atau sehari penuh. Lima perasa (hot cinnamon candies, banana pudding, kola, vanilla and menthol tobacco) menjejaskan sel-sel. Kadang-kadang sel-sel yang dirawat tidak lagi boleh meniru (membiak) pada kadar normal. Pada dos yang tinggi, perasa ini juga membunuh sel-sel.

Pakar Paru-paru dan saintis, Laura Crotty Alexander juga mendedahkan bahawa vape menyebabkan kesukaran bagi tubuh untuk membunuh kuman. Dia juga mengkaji berkenaan bakteria Staphylococcus aureus. Kuman ini boleh menyebabkan radang paru-paru. Dalam kes-kes yang buruk, ia boleh membunuh. Nasib baik, tubuh manusia menghasilkan bahan yang biasanya boleh membunuh bakteria ini.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Vaping may Raise the Risk of Pneumonia https://www.labroots.com/trending/microbiology/8016/vaping-raise-risk-pneumonia Accessed on Oct 12, 2018.

Vaping may harm the lungs https://www.sciencenewsforstudents.org/article/vaping-may-harm-lungs Accessed on Oct 12, 2018.

 

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 05/12/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x